Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#EICMA2018: 12 Fakta Pantas – BMW 1000 RR (2019) Dinaik Taraf Lebih Berkuasa
Auto Terkini

#EICMA2018: 12 Fakta Pantas – BMW 1000 RR (2019) Dinaik Taraf Lebih Berkuasa

AryonBy Aryon12/11/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SUPERBIKE flagship BMW, S 1000 RR dilancarkan pada 2009. Pada tahun itu juga pengeluar motosikal Bavarian itu menghasilkan 1,000 unit model untuk memenuhi peraturan homologasi Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK).

Tahun berikutnya, S 1000 RR generasi pertama memasuki barisan pengeluaran penuh dengan mengubah lanskap supersport menerusi ciri elektronik superior dan enjin berkuasa hampir 200hp. Kini sempena meraikan ulang tahun ke-10 pada 2019, BMW melakukan kemas kini penuh ke atas S 1000 RR dengan memberikan superbike generasi ketiga itu lebih kuasa kuda, elektronik diperhalusi, suspensi dinaik taraf dan gaya baharu.

BACA >>> Lakaran 3D BMW S1000RR (2019) Bocor Sebelum Debut Global

BMW melancarkan motosikal itu pada Selasa lalu sempena Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2018. Berikut 12 fakta pantas fakta pantas tentang BMW S 1000 RR (2019):

1. Enjin S 1000 RR (2019) dirombak dan kini dimuatkan teknologi pemasa injap variabel (VVT), BMW ShiftCam Technology untuk lebih kuasa liner pada julat rev rendah hingga pertengahan, dengan lebih kuasa puncak.

2. Enjin kini 4kg lebih ringan berbanding model terdahulu, dengan janaan kuasa 205hp @ 13,500rpm dan tork 112.5Nm @ 11,000rpm. Menurut BMW, enjin baharu ini memiliki sekurang-kurangnya 98.9Nm tork yang dicapai pada 5,500rpm – 14,500rpm.

3. Frem utama direka semula, dipanggil Flex Frame. Rekabentuk baharu membolehkan enjin mengambil lebih banyak fungsi bering-beban. Menurut BMW, rekabentuk Flex Frame mengenakan lebih banyak daya secara langsung ke atas struktur enjin menerusi laluan paling singkat, yang membolehkan berat dioptimumkan dan traksi lebih baik.

4. Ciri standard diberikan ialah HP Shift Assistant Pro, untuk anjakan naik dan turun tanpa klas (clutchless)

5. BMW memperhalusi geometri suspensi untuk menambah baik pengendalian, traksi dan respon jentera. Penunggang juga boleh memilih suspensi elektronik generasi baharu, Dynamic Damping Control (DDC). BMW Motorrads turut menawarkan pakej shim untuk mengubah suspensi elektronik berasaskan kondisi lumba trek.

6. S 1000 RR (2019) memiliki kluster sensor 6-paksi baharu (IMU), dan dipasangkan dengan ABS Pro dan Dynamic Traction Control (DTC) sebagai ciri standard.

BACA >>> #BikinMotor: TVS Apache RR 310 Tukar Jadi BMW S1000RR

7. BMW S 1000 RR (2019) didatangkan standard dengan 4 mod tunggangan dikemas kini – Rain, Road, Dynamic dan Race – dengan opsyen Pro Modes.  Mod Pro ini menawarkan 3 mod tunggangan tambahan (Race Pro 1-2-3) yang bebas diprogramkan dan membolehkan penunggang memiliki 3 tetapan kustom untuk kondisi trek. Tetapan itu akan mengubah Dynamic Traction Control (DTC), ABS, pengesanan wheelie, input terotel dan brek enjin. Pro Modes juga dipakejkan dengan Launch Control (LC) dan Pit Lane Limiter (PLL).

8. Bagi menyenangkan maklumat dibaca, S 1000 RR (2019) dikemas kini dengan skrin TFT 6.5 inci yang mudah dipandang walaupun dalam kondisi sekeliling terang. Skrin boleh disesuaikan mengikut keperluan penunggang yang berbeza. Skrin ‘Pure Ride’ memaparkan semua maklumat yang diperlukan untuk tunggangan atas jalan raya biasa, manakala skrin ‘Core’ direka untuk trek lumba, dengan jarum rev dipaparkan dalam bentuk analog (Core 1 dan Core 2), atau carta bar (Core 3).

9. Flex Frame membolehkan BMW menggunakan tangki minyak langsing dan mengoptimumkan kawan tempat duduk untuk menambah baik ergonomik dan cengkaman lutut pada tangki.

10.BMW S 1000 RR (2019) ditawarkan dalam dua warna: Racing Red (merah) dan Motorsport (putih-biru).

11. Buat kali pertama, BMW Motorrad menawarkan apa ditawarkan divisyen kereta, iaitu pakej M. The S 1000 RR M terdiri daripada:

  • Kemasan cat Motorsport
  • Rim gentian karbon M
  • Bateri ringan M
  • M Chassis Kit dengan tinggi belakang boleh laras dan pivot swingsarm
  • Pelana sport M
  • Mod Pro

12. Setakat artikel ini ditulis, spesifikasi penuh dan harga BMW S 1000 RR (2019) masih belum didedahkan.

GALERI

 

 

BMW BMW Motorrad BMW S 1000 RR BMW S 1000 RR (2019) Flex Frame Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK) roda2 superbike World SBK WorldSBK
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    17/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.