• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #EICMA2018: 12 Fakta Pantas - BMW 1000 RR (2019) Dinaik Taraf Lebih Berkuasa

#EICMA2018: 12 Fakta Pantas - BMW 1000 RR (2019) Dinaik Taraf Lebih Berkuasa

November 12, 2018 By Aryon Leave a Comment

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SUPERBIKE flagship BMW, S 1000 RR dilancarkan pada 2009. Pada tahun itu juga pengeluar motosikal Bavarian itu menghasilkan 1,000 unit model untuk memenuhi peraturan homologasi Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK).

Tahun berikutnya, S 1000 RR generasi pertama memasuki barisan pengeluaran penuh dengan mengubah lanskap supersport menerusi ciri elektronik superior dan enjin berkuasa hampir 200hp. Kini sempena meraikan ulang tahun ke-10 pada 2019, BMW melakukan kemas kini penuh ke atas S 1000 RR dengan memberikan superbike generasi ketiga itu lebih kuasa kuda, elektronik diperhalusi, suspensi dinaik taraf dan gaya baharu.

BACA >>> Lakaran 3D BMW S1000RR (2019) Bocor Sebelum Debut Global

BMW melancarkan motosikal itu pada Selasa lalu sempena Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2018. Berikut 12 fakta pantas fakta pantas tentang BMW S 1000 RR (2019):

1. Enjin S 1000 RR (2019) dirombak dan kini dimuatkan teknologi pemasa injap variabel (VVT), BMW ShiftCam Technology untuk lebih kuasa liner pada julat rev rendah hingga pertengahan, dengan lebih kuasa puncak.

2. Enjin kini 4kg lebih ringan berbanding model terdahulu, dengan janaan kuasa 205hp @ 13,500rpm dan tork 112.5Nm @ 11,000rpm. Menurut BMW, enjin baharu ini memiliki sekurang-kurangnya 98.9Nm tork yang dicapai pada 5,500rpm - 14,500rpm.

3. Frem utama direka semula, dipanggil Flex Frame. Rekabentuk baharu membolehkan enjin mengambil lebih banyak fungsi bering-beban. Menurut BMW, rekabentuk Flex Frame mengenakan lebih banyak daya secara langsung ke atas struktur enjin menerusi laluan paling singkat, yang membolehkan berat dioptimumkan dan traksi lebih baik.

4. Ciri standard diberikan ialah HP Shift Assistant Pro, untuk anjakan naik dan turun tanpa klas (clutchless)

5. BMW memperhalusi geometri suspensi untuk menambah baik pengendalian, traksi dan respon jentera. Penunggang juga boleh memilih suspensi elektronik generasi baharu, Dynamic Damping Control (DDC). BMW Motorrads turut menawarkan pakej shim untuk mengubah suspensi elektronik berasaskan kondisi lumba trek.

6. S 1000 RR (2019) memiliki kluster sensor 6-paksi baharu (IMU), dan dipasangkan dengan ABS Pro dan Dynamic Traction Control (DTC) sebagai ciri standard.

BACA >>> #BikinMotor: TVS Apache RR 310 Tukar Jadi BMW S1000RR

7. BMW S 1000 RR (2019) didatangkan standard dengan 4 mod tunggangan dikemas kini - Rain, Road, Dynamic dan Race - dengan opsyen Pro Modes.  Mod Pro ini menawarkan 3 mod tunggangan tambahan (Race Pro 1-2-3) yang bebas diprogramkan dan membolehkan penunggang memiliki 3 tetapan kustom untuk kondisi trek. Tetapan itu akan mengubah Dynamic Traction Control (DTC), ABS, pengesanan wheelie, input terotel dan brek enjin. Pro Modes juga dipakejkan dengan Launch Control (LC) dan Pit Lane Limiter (PLL).

8. Bagi menyenangkan maklumat dibaca, S 1000 RR (2019) dikemas kini dengan skrin TFT 6.5 inci yang mudah dipandang walaupun dalam kondisi sekeliling terang. Skrin boleh disesuaikan mengikut keperluan penunggang yang berbeza. Skrin 'Pure Ride' memaparkan semua maklumat yang diperlukan untuk tunggangan atas jalan raya biasa, manakala skrin 'Core' direka untuk trek lumba, dengan jarum rev dipaparkan dalam bentuk analog (Core 1 dan Core 2), atau carta bar (Core 3).

9. Flex Frame membolehkan BMW menggunakan tangki minyak langsing dan mengoptimumkan kawan tempat duduk untuk menambah baik ergonomik dan cengkaman lutut pada tangki.

10.BMW S 1000 RR (2019) ditawarkan dalam dua warna: Racing Red (merah) dan Motorsport (putih-biru).

11. Buat kali pertama, BMW Motorrad menawarkan apa ditawarkan divisyen kereta, iaitu pakej M. The S 1000 RR M terdiri daripada:

  • Kemasan cat Motorsport
  • Rim gentian karbon M
  • Bateri ringan M
  • M Chassis Kit dengan tinggi belakang boleh laras dan pivot swingsarm
  • Pelana sport M
  • Mod Pro

12. Setakat artikel ini ditulis, spesifikasi penuh dan harga BMW S 1000 RR (2019) masih belum didedahkan.

GALERI

 

 

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: BMW, BMW Motorrad, BMW S 1000 RR, BMW S 1000 RR (2019), Flex Frame, Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK), roda2, superbike, World SBK, WorldSBK

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my