Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

Abang HirataBy Abang Hirata19/02/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

KECANTIKAN sesebuah jentera biasanya diperakui melalui dua aspek utama.

Pertama adalah melalui respon serta maklum balas positif daripada khalayak ramai dan pengguna sendiri manakala kedua pula datangnya daripada pengiktirafan golongan pakar dalam industri.

Ducati Panigale V4 berjaya menepati kedua-dua ciri tersebut dengan cemerlang malah pengaruh reka bentuknya yang ikonik turut diserlahkan lagi apabila ia menjadi sumber inspirasi kepada pelbagai model motosikal lain merangkumi segmen sport sehingga ke rekaan skuter moden.

Anugerah Good Design 2025

Terbaharu jentera superbike kebanggaan Ducati ini terus mengukuhkan dominasinya apabila memenangi Anugerah Good Design 2025 yang merupakan salah satu pengiktirafan antarabangsa paling dihormati dan tertua dalam bidang kecemerlangan reka bentuk dunia.

Kemenangan ini menambah lagi koleksi trofi Ducati yang sememangnya sudah sedia berprestij.

Kejayaan merangkul Anugerah Reka Bentuk iF 2025 dan Anugerah Red Dot 2025 dan terbaru Anugerah Good Design 2025 berjaya melengkapkan hatrik anugerah berpengaruh dalam industri reka bentuk global.

Pengiktirafan Bersejarah Dari Chicago

Anugerah Good Design ditaja oleh Chicago Athenaeum Museum of Architecture and Design serta European Centre for Architecture Art Design and Urban Studies.

Diasaskan di Chicago pada tahun 1950 oleh tokoh terkenal Eero Saarinen bersama Charles dan Ray Eames anugerah ini memberikan pengiktirafan tahunan kepada kecemerlangan global dalam bidang reka bentuk.

Bagi Panigale V4 pengiktirafan ini adalah bukti kejayaan integrasi antara kecantikan visual dan teknologi canggih.

Andrea Ferraresi yang merupakan Pengarah Strategi dan Centro Stile Ducati menyatakan bahawa setiap garis dan bentuk pada motosikal ini lahir daripada visi yang tepat di mana reka bentuk dan prestasi saling berinteraksi secara harmoni.

Pengiktirafan ini mengesahkan bahawa rekaan Ducati bukan sahaja memikat pada pandangan pertama tetapi juga menepati janji prestasinya apabila jentera mula memecut.

Evolusi Reka Bentuk dan DNA Perlumbaan

Memasuki generasi ketujuh superbike dari Borgo Panigale ini mewakili ekspresi terbaharu DNA perlumbaan Ducati.

Reka bentuknya diilhamkan daripada usaha mentafsir semula prinsip gaya ikonik model Ducati 916 ke dalam elemen moden yang digabungkan dengan kepakaran teknikal daripada kejayaan mereka dalam Kejohanan Dunia Superbike.

Prinsip gaya jentera ini mengembangkan konsep integrasi antara aerodinamik dan reka bentuk yang mewujudkan penyatuan harmoni antara bentuk dan fungsi.

Ia menggambarkan falsafah Ducati dalam mencipta motosikal yang merupakan gabungan magis antara estetika yang menawan dan teknologi sofistikated.

Terlalu banyak seni yang boleh dihargai pada motosikal ini malah apabila Ducati membuat keputusan untuk beralih kepada penggunaan lengan ayun dua sisi bagi menggantikan rekaan sebelah sisi yang ikonik sebelum ini, ianya dipersembahkan dengan begitu menarik.

Kepada yang berkenan, Ducati Panigale V4 pasaran tempatan ditawarkan pada harga RM183 ribu.

Ducati ducati 916 Ducati Panigale Ducati Panigale V4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Aeronas – Syarikat Tempatan Yang Mampu Bina Pesawat

    09/07/2026
    Auto Terkini

    BMW iX3 dan ZEEKR 7GT Raih 5 Bintang Ujian Baharu Euro NCAP Yang Lebih Ketat!

    09/07/2026
    Auto Terkini

    Jurujual Mengaku Bersalah Tetak Penunggang Motosikal Dipenjara 10 Tahun, 2 Sebatan

    08/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    08/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.