Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Ducati 2021 Pecah Rekod Jualan Sepanjang Sejarah Penubuhan
Auto Terkini

Ducati 2021 Pecah Rekod Jualan Sepanjang Sejarah Penubuhan

WahidBy Wahid18/01/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


Walaupun 2021 menjadi tahun mencabar buat industri automotif, Ducati berjaya mencatatkan rekod jualan tertinggi sepanjang 95 tahun penubuhan pengeluar motosikal dari Itali itu dengan jualan 59,447 unit tahun lalu.

Jualan diperoleh itu adalah peningkatan 24 peratus berbanding 2020, dan 12 peratus berbanding 2019.

BACA >>> Ducati Akan Bekalkan Jentera Lumba Elektrik untuk MotoE Bermula 2023

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Claudio Domenicali berkata;

2021 ialah tahun cukup baik buat Ducati kerana kami berjaya menghantar lebih 59,000 unit motosikal. Ini angka yang tidak pernah dicapai dalam 95 tahun sejarah kami.

“Kami juga dapat memenangi kategori pembina dalam Kejuaraan Dunia MotoGP dua tahun berturut-turut, dan memulakan era motosikal elektrik selepas mengumumkan prototaip V21L yang akan berlumba dalam kejuaraan MotoE bermula 2023.”

Pasaran terbaik Ducati ketik ini ialah Amerika Syarikat (AS) yang mencatatkan jualan 9,007 unit, meningkat 32 peratus berbanding 2020. Itali menyusul dengan angka jualan 8,707 unit, diikuti Jerman (6,107 unit), dan China (4,901 unit), manakala Perancis (4,352 unit) dan Britain (2,941 unit).

Penubuhan cawangan baharu di Australia pula mendorong kepada peningkatan 50 peratus jualan di negara itu walaupun berdepan perintah kawalan pergerakan sepanjang 2020.

Model Ducati paling popular ialah:

  • Multistrada V4 (9,957 unit)
  • Scrambler 800 (9,059 unit)
  • Monster (2021) baharu (8,734 unit)

Jualan terbaik dalam sejarah itu dicapai hasil kerja keras semua cawangan Ducati global yang bertungkus-lumus menjual produk jenama itu. Pencapaian itu juga menunjukkan kejayaan Ducati berjaya menangani masalah logistik yang menimpa industri automotif.

Ducati juga berharap dapat menjual lebih banyak motosikal sepanjang tahun ini menerusi pengenalan model Panigale V4 yang versi dipertingkat, model advencer Desert-X, dan Multistrada V4 Pikes Peak.

BACA >>> Ducati Multistrada V4 S Motosikal Terbaik Eropah 2021!
BACA >>> Ducati Desert-X (2022) Ilham Model Rali Paris-Dakar Lancar, Harga RM70k
BACA >>> Ducati Monster (2021) Kini di Malaysia dengan Harga Istimewa Terhad RM69.9k Sahaja!

Auto Terkini Claudio Domenicali Jualan Ducati Global 2021 roda2
Wahid

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Jurujual Mengaku Bersalah Tetak Penunggang Motosikal Dipenjara 10 Tahun, 2 Sebatan

    08/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    08/07/2026
    Auto Terkini

    Mangsa Letupan Rakyat Malaysia Terima Pampasan RM80K Daripada Kerajaan Thailand

    08/07/2026
    Auto Terkini

    Chery x Robert Lewandowski Raikan Demam Bola Sepak, Tempah Kereta Dapat Jersi Edisi Terhad

    08/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.