• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ducati Multistrada V4 S Motosikal Terbaik Eropah 2021!

Ducati Multistrada V4 S Motosikal Terbaik Eropah 2021!

January 4, 2022 By Shawkath Leave a Comment

167
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TAHUN 2021 dianggap tahun mencabar buat pemain industri automotif apabila banyak pengeluar bergelut pelbagai isu seperti masalah kekurangan komponen, gangguan rantaian bekalan dan pandemik Covid-19.

Bagaimanapun tahun lalu juga dianggap menarik kepada peminat motosikal berikut kemunculan beberapa model yang ditunggu-tunggu.

BACA >>> #RetroAuto: Tentang Hayabusa, Syarat Emisi dan Pakatan Sulit Hadkan Halaju Superbike
BACA >>> Honda, Yamaha, Kawasaki dan Suzuki Akan Bekerjasama Tetapkan Standard Motosikal EV

Antaranya Triumph Trident 660 dan Aprilia Tuono 660 untuk kategori motosikal middleweight, manakala segmen heavyweight menyaksikan kemunculan Suzuki Hayabusa dan Triumph Speed Triple 1200 RS.

Bagi menilai impak setiap model baharu itu, 10 penerbitan majalah dan portal permotoran dari 10 negara Eropah mengundi untuk memilih Motosikal Terbaik Eropah 2021 (European Bike of The Year 2021).

BACA >>> Otomotif Award 2020: Yamaha NMAX 155 Dipilih Motosikal Terbaik Indonesia

Ranking 10 Model Terbaik Eropah 2021

Kiraan undi menempatkan Ducati Multistrada V4 S di tangga teratas sebagai Motosikal Terbaik 2021 (Bike of the Year 2021). Tempat kedua menjadi milik Harley-Davidson Pan America dengan perbezaan cuma satu mata.

Tempat ketiga ialah model dari Jepun, Yamaha Tracer 9 yang membuktikan kehebatan pengeluar Asia itu dalam segmen advencer dan sport-touring.

BACA >>> Honda CBR1000RR-R Fireblade Menang Anugerah Rekabentuk Red Dot 2020!

Ducati Monster mendiami tangga keempat, disusuli Aprilia RS 660 (kelima) dan Triumph Trident 660  (keenam), manakala Yamaha MT-09, ketujuh.

Posisi kelapan dikongsi tiga model berbeza: Triumph Speed Triple 1200 RS, Honda Africa Twin 1100 dan Aprilia Tuono 660.

Suzuki Hayabusa berada di kedudukan ke-11, manakala dua model BMW, M 1000 RR dan S 1000 R masing-masing mendiami dua tangga terakhir.

Berikut senarai 10 penerbitan permotoran yang terlibat dalam undian motosikal terbaik Eropah sepanjang 2021:

  1. Moto.it - Itali
  2. MO Magazin - Jerman
  3. Allt Om MC - Sweden
  4. KicXstart - Belanda
  5. Moto May - Perancis
  6. Motomagazine - Greece
  7. Moto Sport Suisse - Switzerland
  8. Moto80 - Belgium
  9. Motorevija - Croatia
  10. SoloMoto - Sepanyol

SUMBER: RideApart | Moto.It

Artikel Berkaitan

167
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Aprilia RS 660, Aprilia Tuono 660, Bike of the Year 2021, BMW M1000 RR, BMW S1000 R, Ducati Monster, Ducati Multistrada V4 S, Harley-Davidson Pan America, Honda Africa Twin 1100, roda2, Suzuki Hayabusa, Triumph Speed Triple 1200 RS, Triumph Trident 660, yamaha mt-09, Yamaha Tracer 9

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Buang Brek Belakang, Guna Tayar Sotong Sebab Motor Yamaha Y15ZR Tak Cukup Laju
    Buang Brek Belakang, Guna Tayar Sotong Sebab Motor Yamaha Y15ZR Tak Cukup Laju
  • Chery Tiggo 7, Tiggo 8 Dapat Ranking SUV Nombor 1 JD Power di China
    Chery Tiggo 7, Tiggo 8 Dapat Ranking SUV Nombor 1 JD Power di China
  • RASMI! Anda Boleh Bayar Tol Guna Kad Kredit, Debit di 11 Lebuhraya Utama Mulai Hari Ini
    RASMI! Anda Boleh Bayar Tol Guna Kad Kredit, Debit di 11 Lebuhraya Utama Mulai Hari Ini
  • Polis Buru Warga Asing Tak Bayar Saman Trafik, Lancar Operasi di Seluruh Negara
    Polis Buru Warga Asing Tak Bayar Saman Trafik, Lancar Operasi di Seluruh Negara

PANDU UJI

Pengalaman Pemanduan Bridgestone POTENZA Sport, Tayar Prestasi untuk Pemanduan Mantap!

BRIDGESTONE Tyre Sales Malaysia Sdn Bhd memperkenal siri tayar perdana … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Mazda CX-30 - Crossover Kompak Mewah Anggun dengan Pakej Keselamatan Terbaik

PADA awal Mac lalu, Bermaz Motor memperkenal kenderaan utiliti sukan … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton X90 dengan Suspensi yang Ditala Khas Ikut Kondisi Jalan Malaysia

SAYA berpeluang memandu uji kenderaan utiliti sukan (SUV) 7-kerusi … [Baca Lagi...]

2014 – 2023 © PanduLaju.com.my
Managed service by XCII.my