• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda, Yamaha, Kawasaki dan Suzuki Akan Bekerjasama Tetapkan Standard Motosikal EV

Honda, Yamaha, Kawasaki dan Suzuki Akan Bekerjasama Tetapkan Standard Motosikal EV

April 4, 2019 By Aryon Leave a Comment

386
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


EMPAT pengeluar motosikal utama dari Jepun bakal berkolaborasi dalam menghasilkan standard yang sama untuk pembuatan motosikal elektrik.

Honda, Kawasaki, Suzuki dan Yamaha buat masa ini belum lagi menghasilkan produk motosikal elektrik mampu milik untuk pasaran massa. Selain Honda yang sudah melancarkan PCX Electric, dan memperkenalkan konsep CR250 pada Pameran Motosikal Tokyo 2019, baru-baru ini, tetapi pengeluar lain seperti Suzuki, Kawasaki dan Yamaha masih berkira-kira tentang menghasilkan produk motosikal elektrik.

BACA >>> eCub - Motosikal Elektrik Kustom Berasaskan Kapcai Honda Cub dan Super Cub

Namun, kerjasama terbaharu sesama pengeluar dalam menetapkan standard motosikal elektrik mungkin mengubah industri segmen jentera mesra alam di Jepun dan antarabangsa. Keempat-empat pengeluar itu akan menubuhkan badan konsutansi yang bakal menyeragamkan standard motosikal elektrik.

MUDAHKAN PENGGUNA

kawasaki-logo
suzuki-motor-logo
yamaha-motor-logo
honda-motor-logo

Tujuannya ialah mengelak perbezaan standard yang terlalu banyak seperti stesen mengecas dan infrastruktur lain. Ini termasuk memudahkan pengguna kenderaan elektrik untuk bertukar-tukar jenama, sekali gus menjadikan pasaran lebih kompetitif.

Buat masa ini, pengeluar motosikal elektrik seperti Zero Motorcycles hanya menyediakan sistem mengecas dengan voltan 110VAC (tahap 1). Ini memerlukan pengguna menggunakan peranti tahap 2 untuk mengecas daripada voltan elektrik rumah 220VAC. Pengeluar lain pula ada menawarkan jenis bateri yang boleh ditukar pasang.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Kelebihan dan Kekurangan Motosikal Elektrik?

Perbezaan inilah yang cuba dielakkan Honda, Suzuki, Kawasaki dan Yamaha. Satu-satunya cara paling ideal ialah menetapkan standard baharu untuk motosikal elektrik dan setiap rakan sekutu perlu mematuhinya.

386
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Honda, Jepun, motosikal elektrik, roda2, Suzuki, Yamaha

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Model Retro Klasik - Kawasaki W175 Masuk Malaysia?
    Model Retro Klasik - Kawasaki W175 Masuk Malaysia?
  • Lori Gelek Saga Ketika 'U-Turn' di Stesen Minyak
    Lori Gelek Saga Ketika 'U-Turn' di Stesen Minyak
  • #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak
    #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak

PANDU UJI

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Ducati Multistrada V4 S - Sport Tourer Serba Canggih, Lincah dan Berkuasa!

SEGMEN sport-tourer, iaitu motosikal jelajah berkuasa tinggi ialah … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my