Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Suzuki Hayabusa (2021) Lancar di India, Harga Mula RM90k!
Auto Terkini

Suzuki Hayabusa (2021) Lancar di India, Harga Mula RM90k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju27/04/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SUZUKI Motorcycle India semalam secara rasmi melancarkan superbike Hayabusa (2021) untuk pasaran negara itu.

Masih mengekalkan DNA rekabentuk terdahulu, model 2021 ini hadir dengan trenkuasa dan teknologi dipertingkat yang sesuai dengan masa sekarang, serta dijual pada harga 16.40 lakh (RM90,350).

Berikut ciri menarik Hayabusa (2021):

  • Menampilkan skema warna dwi-tona dalam tiga pilihan: Glass Sparkle Black/Candy Burnt Gold (hitam/emas), Metallic Matte Sword Silver/Candy Daring Red (perak/merah), dan Pearl Brilliant White/Metallic Matte Stellar Blue (putih/biru).

  • Dikuasakan enjin 4-silinder sebaris 1,340cc DOHC penyejukan cecair dengan sistem suntikan bahan api (FI) berkuasa 187hp @ 9,700rpm dan tork 150Nm @ 7,000rpm serta dipadankan kotak gear manual 6-kelajuan, manakala kelajuan maksimum dihadkan kepada 290kmj.
  • Semua lampu menggunakan LED penuh. Lampu siang (DRL) diposisikan di sisi panel depan, bersebelahan ventilator ambilan udara. Lampu belakang direka dalam bentuk dua kluster dan diapir dwi-ekzos di kiri dan kanan motosikal.

  • Panel meter semi digital dengan skrin LCD multi-info di tengah. Kluster spidometer dan takometer masih mengekalkan gaya oldskool jenis analog. Begitu juga tolok minyak dan suhu enjin di sudut kira dan kanan panel meter.

  • Sistem suspensi menggunakan fork terbalik (USD) di depan monoshock di belakang. Bahagian roda dilengkapi brek cakera kembar dengan kaliper 4-piston di depan, dan brek cakera tunggal Nissin dengan kaliper piston tunggal di belakang.

  • Hadir dengan teknologi mod tunggangan Suzuki Drive Mode Selector Alpha (SDMS-α), anjakan gear lancar Bi-Directional Quick Shifter dan terotel elektronik Ride-by-Wire sebagai ciri standard.
  • Ciri keselamatan dibekalkan ialah Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) depan dan belakang, suis memotong Pass Switch, Kawalan Traksi (TRC), Kawalan Luncur (Launch Control), Pilihan Mod Kuasa, Sistem Kawalan Anti-Angkat (Anti-lift Control System), Sistem Kawalan Brek Enjin (EBCS), Pengehad Halaju Aktif (ASL), Signal Henti Kecemasan (ESS), Bantuan Rev Rendah, Kawalan Jelajah (Cruise Control), Sistem Brek Bersepadu (IBS), Kawalan Pegun Bukit (HHC), Sistem Kawalan Cerun (DCS) dan sistem antikecurian Imobiliser Enjin.

BACA >>> Suzuki GSX-S1000 (2021) Lancar untuk Pasaran Global, Harga Mula RM62.5k!
BACA >>> Suzuki Raider R150 Special Edition (2021) Lancar di Vietnam, Harga RM8.9k!

SUMBER: bikewale.com

Hyperbike roda2 Suzuki Suzuki Hayabusa Suzuki Hayabusa (2021) Suzuki Motorcycle India
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    09/06/2026
    Nahas Proton X50 Sungai Petani
    Auto Terkini

    Ralat Polis: Pemandu X50 Maut Bukan Abang, Tapi Adik Berusia 21 Tahun yang Baru Ambil Kereta

    09/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    09/06/2026
    Auto Terkini

    Honda Civic Dengan Aksesori Mugen Baharu, Rim FS10, Performance Damper

    09/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata04/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie04/06/2026
    Auto Terkini

    XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’

    By Syafie04/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: KOMINE Lancar Koleksi 2026SS Di MBS, Fokus Keselamatan Penunggang

    By Shazwan Hisam04/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

    By Syafie30/05/2026
    Aksesori

    #MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

    By Syafie29/05/2026
    Moto Morini C3 1/2 Sport dan Rumble 350 previu di Malaysia Bike Show (MBS) 2026 yang berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS), Selangor.
    Roda2

    #MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

    By Syafie03/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.