• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Otomotif Award 2020: Yamaha NMAX 155 Dipilih Motosikal Terbaik Indonesia

Otomotif Award 2020: Yamaha NMAX 155 Dipilih Motosikal Terbaik Indonesia

April 22, 2020 By Aryon Leave a Comment

58
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


YAMAHA NMAX 155 meraih gelaran Motosikal Terbaik Indonesia dalam acara Otomotif Award 2020 yang disiarkan secara langsung menerusi platform media sosial YouTube selepas mendapat skor tertinggi dalam pelbagai aspek penilaian.

Skuter sport itu mengalahkan pesaing lain dari segi pemarkahan berdasarkan rekabentuk, ciri, teknologi, prestasi, pengendalian, posisi tunggangan, penggunaan bahan api, harga dan nilai baharu.

yamaha-nmax-155-otomotif-award-indonesia-2020-1
yamaha-nmax-155-otomotif-award-indonesia-2020-3

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Yamaha Indonesia Motor Manufacturing, Minoru Morimoto berkata, pihaknya gembira dengan pencapaian terbaik diraih NMAX 155 yang dinobatkan sebagai motosikal terbaik Indonesia tahun ini.

“Anugerah ini hadiah istimewa buat Yamaha Indonesia untuk terus berusaha untuk menemani anda, pelanggan kami, untuk mengembangkan produk yang mampu menambah baik kualiti hidup pelanggan,” katanya.

NMAX 155 kali pertama diperkenalkan pada Disember tahun lalu, dan pantas mendapat respon positif daripada pelanggan Indonesia. Harga ditawarkan skuter itu bermula Rp29.5 juta (RM8,260). Model ini tampil dengan rekabentuk yang kental dengan DNA Maxi Yamaha, prestasi enjin mantap dan ciri motosikal moden.

Bagi varian Connected/ABS, pemilik diberikan ciri YConnect yang boleh menghubungkan telefon pintar untuk mengetahui beberapa maklumat tentang skuter ditunggang seperti lokasi parkir, notifikasi panggilan dan mesej masuk, pusat servis, penggunaan bahan api, notifikasi jika berlaku ralat pada motosikal, dan pemuka rev.

Teknologi ditawarkan Yamaha itu adalah yang pertama diperkenalkan pada motosikal di Indonesia.

SUMBER: DapurPacu

58
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Anugerah, Minoru Morimoto, Otomotif Award 2020, roda2, skuter, skuter maksi, skuter sport, Yamaha NMAX 155

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • WMoto F-15 (2022) Lancar di Malaysia, Harga RM5.9k!
    WMoto F-15 (2022) Lancar di Malaysia, Harga RM5.9k!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my