Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Dua Anggota Trafik Tunda Yamaha RX-Z Ekzos ‘Perang’, Tak Ada Plat
Auto Terkini

Dua Anggota Trafik Tunda Yamaha RX-Z Ekzos ‘Perang’, Tak Ada Plat

SyafieBy Syafie20/02/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Trafik IPD Marang tunda Yamaha RX-Z rosak

WALAUPUN Yamaha RX-Z ditunggang jelas tidak sah berada atas jalan, dua anggota trafik dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang tetap tampil membantu menunda motosikal rosak itu sejauh kira-kira 3km.

Insiden dilaporkan berlaku kira-kira jam 5.30 petang Isnin lalu di Jalan Marang-Bukit Payung (Bukit Kor), berhampiran sebuah universiti swasta yang tidak berpenghuni.

Rondaan Biasa Bertukar Misi Bantuan

Sarjan Yufaiza Azha Yunos, 41, berkata, beliau dan rakan setugas, Koperal Wan Muhamad Fazreen Wan Nasir, 38, sedang melakukan rondaan pencegahan kemalangan dan melancarkan aliran trafik sebelum ternampak seorang penunggang motosikal tersadai di bahu jalan.

Menurutnya, motosikal tersebut gagal dihidupkan dan penunggang berkenaan dilihat cemas apabila anggota polis menghampirinya.

Walaupun menyedari motosikal itu ‘tidak cukup sifat‘ seperti tiada nombor pendaftaran, tiada cermin sisi dan menggunakan ekzos diubah suai, kedua-dua anggota trafik itu memilih untuk membantu terlebih dahulu.

Tunda ke Lokasi Lebih Selamat

Selepas mendapati motosikal berkenaan tidak dapat dihidupkan, kedua-dua anggota trafik berkenaan bertindak menunda sejauh kira-kira tiga 3km ke kawasan lebih selamat dan mempunyai penempatan penduduk.

Langkah itu diambil bagi memastikan keselamatan penunggang terbabit, kerana lokasi kejadian agak sunyi dan berisiko mengundang insiden tidak diingini.

Yufaiza berkata, tindakan tersebut dibuat menggunakan budi bicara dan atas dasar perikemanusiaan.

Tular, Terima Pujian Warganet

Rakaman insiden itu tular di media sosial sejak Isnin lalu dengan menerima pelbagai reaksi positif daripada netizen.

Majoriti memuji tindakan dua anggota trafik itu yang mendahulukan ihsan dan bantuan kepada orang awam walaupun motosikal berkenaan jelas tidak mematuhi spesifikasi jalan raya.

Insiden tersebut sekali lagi menunjukkan sisi kemanusiaan anggota penguat kuasa di lapangan yang bukan saja menjalankan tugas, tetapi turut mempertimbangkan situasi dan kesusahan orang awam.

SUMBER: SinarHarian

Auto Terkini Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Marang (IPD Marang) video tular Yamaha RX-Z
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.