Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Dorna Mahu Bantu Pasukan Jepun, Elak Tarik Diri daripada MotoGP?
Auto Terkini

Dorna Mahu Bantu Pasukan Jepun, Elak Tarik Diri daripada MotoGP?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju28/06/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ADA satu kisah sedang menghantui padok MotoGP sejak beberapa bulan lalu tentang Honda dan Yamaha yang MUNGKIN menarik diri daripada kejuaraan dunia itu.

Jika dua pengeluar Jepun itu berundur daripada MotoGP, ini memberi petunjuk kurang baik tentang sukan lumba tersebut. Ditambah pula cerita Suzuki nekad meninggalkan MotoGP musim ini walaupun berdepan risiko didenda.

PRESTASI HONDA, YAMAHA

Laporan mengatakan pengendali MotoGP, Dorna Sport SL sedang berusaha menyelamatkan keadaaan dan membantu mengekalkan kewujudan pengeluar Jepun dalam sukan tersebut.

Honda terjerumus dalam situasi hampa siri GP Dunia sejak tiga tahun kebelakangan ini, manakala Yamaha pula gagal memenangi sebarang perlumbaan sejak GP Jerman 2022. Prestasi terbaik sepanjang musim ini ialah tempat ketiga di GP Amerika, dilakukan Fabio Quartararo.

Di GP Assen, ada rundingan tidak rasmi antara Dorna dengan pihak yang membekalkan jentera kepada lima pasukan pengilang (factory) GP. Ini susulan situasi Honda yang masih gagal bangkit daripada situasi menghampakan dan jentera Yamaha YZR-M1 pula masih tidak berdaya memberi saingan kompetitif terhadap pelumba lain.

Peminat sudah tentu tidak mahu melihat seorang lagi bintang GP mengikut jejak Valentino Rossi untuk bersara yang menjadikan suasana MotoGP semakin suram.

Cubaan Ubah Nasib Honda, Yamaha

Sama seperti 2014, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Dorna, Carmelo Ezpeleta pernah menghulurkan bantuan kepada Ducati hingga pengeluar itu mampu membina jentera kemenangan selepas kejayaan Casey Stoner pada 2007.

Waktu itu, bos pasukan Ducati, Gigi Dall’Igna berjaya mendapat izin melakukan transformasi ke atas pasukan pengilang Ducati Corse menerusi Andrea Dovizioso dan Nicky Hayden (Honda) daripada status Factory kepada Open-Class, yang hadir dengan beberapa kelebihan.

Satu persetujuan pelik dicapai sembilan hari sebelum MotoGP 2014 bermula dengan Ducati diberi manfaaf Open Class untuk musim 2014 dan 2015.

Alasannya mudah, Ducati gagal memenangi sebarang perlumbaan sepanjang 2013. Maka, empat pelumba Ducati Corse dan Pramac layak mendapay manfaat Open Class untuk saingan 2014 dan 2015.

Factory vs Open Class 2014

Factory
  • Perlu menggunakan unit kawalan elektronik (ECU) dibekalkan Dorna, tetapi dibenarkan menggunakan perisian sendiri.
  • Had lima unit enjin setahun dengan pembekuan pembangunan enjin.
  • Cuma 20 liter petrol boleh diisi setiap perlumbaan
  • Perlu patuh kawalan ujian rasmi Dorna
Open Class
  • Perlu menggunakan ECU Dorna dan perisian yang juga dibangunkan pemilik siri tersebut
  • Diberi tayar belakang baharu Bridgestone (lebih lembut)
  • Hany isi 24 liter petrol setiap perlumbaan
  • 12 unit enjin boleh dibangunkan sepanjang tahun.
  • Bebas membuat sebanyak mana ujian dimahukan.

Ini bermaksud Ducati mendapat tambahan tujuh unit enjin berbanding pencabar GP lain, dibenarkan menambah kuasa dan kelajuan mengikut suka dan tidak perlu bimbang penggunaan petrol.

Pada 2014, Andrea Iannone (Pramac Ducati) mencatat rekod kelajuan terpantas MotoGP di Mugello dengan kelajuan 349.6kmj.

Sekadar perkongsian, Ducati juga gagal mencatat kemenangan pada 2011 dan 2012. Ketika itu, tiada sesiapa sangka ada ganjaran disediakan untuk kegagalan. Hal itu disedari Dall’Igna dan beliau segera mengambil manfaat.

PRESTASI SEMASA PENGELUAR JEPUN

HRC Honda mencatat dua podium sepanjang musim lalu dengan Pol Espargaro di tempat ketiga GP Qatar 2022, manakala Marc Marquez menjadi Naib Juara GP Australia 2022. Musim ini, Alex Rins (LCR Honda) muncul juara GP Amerika 2023. Tiga pencapaian itu menunjukkan tiada prospek mendapat layanan istimewa Open Class.

Pengarah Teknikal MotoGP, Danny Aldridge berkata;

Pengeluar cuma mendapat ‘konsesi’ jika gagal mengutip sebarang poin konsesi dalam suatu musim penuh.

“Sebagai contoh, jika pengeluar cuma mengumpul poin konsesi tunggal dalam tempoh dua musim akan datang, mereka tidak akan terima sebarang konsesi. Walaupun satu podium, Factory akan kekal sebagai ‘pengeluar bukan konsesi’.”

HARAPAN DORNA

Pengurusan Dorna berharap Ducati, KTM dan Aprilia bersetuju dengan ‘konsesi’ untuk membantu momen sukar Honda dan Yamaha. Ramai pakar tertanya, berapakah lama pasukan Jepun sanggup menunggu dan menahan malu dengan prestasi hambar masing-masing.

Apapun, Ducati memang pernah dibantu Dorna pada 2013, tetapi masih belum menyatakan persetujuan dengan rancangan ‘konsesi’ kerana belum dibuat secara rasmi. Maknanya, tiada perbincangan rasmi dbuat pihak berkaitan dan hanya pertanyaan dalaman.

Bos Aprilia Racing, Massimo Rivola memberitahu Speedweek;

Kamu tak penuhi syarat untuk layak terima ‘konsesi’. Jadi, kami tak akan bersetuju (dengan cadangan Dorna).”

Bantahan juga dijangka datang dari kem KTM dan Ducati. Ini kerana tiada mana-mana pasukan mahu memperjudi semua kelebihan teknikal yang dibawa ke litar untuk memburu kejuaraan.

MANFAAT ‘KONSESI’ HONDA, YAMAHA

Ada kemungkinan Honda dan Yamaha menerima manfaat jika semua pasukan pengilang bersetuju membenarkan pemberian ‘konsesi’ seperti:

  • Jumlah tayar lebih tinggi untuk tempoh setahun
  • Dibenarkan menaik taraf satu atau dua enjin hingga akhir musim
  • Lebih bebas merekabentuk pakej aerodinamik
  • Dibenarkan melakuka beberapa ujian persendirian

SUMBER: Speedweek | Motorsport

2023 MotoGP autoterkini Carmelo Ezpeleta Danny Aldridge Dorna Sport SL Fabio Quartararo Gigi Dall'Igna HRC Honda Marc Marquez Massimo Rivola Pol Espargaro roda2 Valentino Rossi
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Mercedes-Benz GLS 2027, S-Class Versi SUV 7 Tempat Duduk, Canggih Dengan AI!

    01/04/2026
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    01/04/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Auto Terkini

    GWM Malaysia Sedia Pelan 2026 – 2028 – Sasar 60k Jualan Fokus SUV, Teknologi Hibrid

    01/04/2026
    Roda4

    Isuzu D-Max 2026 2.2L 8AT Kini Jadi Single Cab Automatik Pertama Malaysia!

    01/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Ron95
    Auto Terkini

    Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

    By Syafie31/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.