Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Loke Umum Diskaun 30 Peratus Tiket ETS, ERT Mula 15 April 2026
Auto Terkini

Loke Umum Diskaun 30 Peratus Tiket ETS, ERT Mula 15 April 2026

Han OthmanBy Han Othman14/04/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

ETS Rawang

KERAJAAN melalui Kementerian Pengangkutan mengumumkan diskaun 30 peratus bagi tiket perkhidmatan rel kendalian Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), melibatkan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dan Ekspres Rakyat Timuran (ERT) bermula 15 April – 14 Oktober 2026.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, inisiatif ini bertujuan menggalakkan penggunaan pengangkutan awam selain membantu rakyat mengurangkan kos perjalanan harian, terutama dalam situasi kos bahan api global yang tidak menentu.

Diskaun 30%, Apa Perlu Anda Tahu?

 

Logo KTMB

Promosi itu melibatkan:

  • Semua laluan ETS
  • Laluan ERT (JB Sentral – Tumpat)
  • Sah untuk perjalanan Isnin hingga Khamis sahaja

Tempoh tempahan:

  • 15 April – 30 April 2026
  • Tarikh perjalanan: 15 April – 14 Oktober 2026

Namun, diskaun tersebut ada beberapa pengecualian, iaitu:

  • Tidak sah ketika cuti sekolah dan cuti umum
  • Tidak termasuk kelas ETS Business Class, ERT First Class dan Sleeper
  • Tidak terpakai untuk tiket konsesi

Pengguna perlu menggunakan kod promosi khas yang akan diumumkan KTMB.

Alternatif Lebih Jimat vs Kos Minyak

Trafik sesak ke Pantai Timur

Langkah itu dilihat selari usaha Kerajaan mengurangkan kebergantungan kepada kenderaan persendirian, terutama ketika harga minyak global semakin tidak menentu.

Rakyat Malaysia kini masih menikmati subsidi bahan api, dengan harga petrol RON95 pada kadar RM1.99 per liter. Namun, kos operasi kenderaan masih kekal tinggi seperti tol, servis, dan parkir).

My50, Rapid Pass Masih Diteruskan

Logo Prasarana

Pada masa sama, Kerajaan masih mengekalkan inisiatif pengangkutan awam lain seperti berikut:

  • My50 Pass (RM50/bulan): Diskaun ~67 peratus daripada nilai sebenar
  • Rapid Kota Pass: RM10 (1 hari) / RM25 (3 hari)
  • Rapid Keluarga Pass: RM30 untuk empat orang (hujung minggu/cuti umum)

Inisiatif itu dikendalikan Prasarana Malaysia Berhad bagi meningkatkan mobiliti rakyat, terutama di Lembah Klang.

SUMBER: TheStar

Anthony Loke ETS discount diskaun ETS 30% harga tiket ETS murah 2026 harga tren Malaysia Kementerian Pengangkutan kos perjalanan vs minyak Malaysia My50 pass promo KTMB Malaysia
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

24/07/2026
Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
Auto Terkini

Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

24/07/2026
Auto Terkini

Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

24/07/2026
PHEV

OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

24/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.