Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Demi Kepuasan Pelanggan, Toyota Perkenal ‘Care That Amazes’
Auto Terkini

Demi Kepuasan Pelanggan, Toyota Perkenal ‘Care That Amazes’

Abang HirataBy Abang Hirata19/04/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TOYOTA sejak puluhan tahun lalu terkenal sebagai pengeluar kenderaan yang boleh diharap, tahan lasak dan menjimatkan minyak. Di Malaysia sejak 60-an, pelbagai generasi pengguna negara ini sudah merasai pengalaman pemilikan kenderaan Toyota yang banyak menyumbang kepada pertumbuhan industri automotif negara.

Usaha keras Toyota bukan sahaja demi memenuhi jangkaan pelanggan, tetapi turut menjangkauinya. Sejak mula pelanggan dibawa memasuki bilik pameran untuk melihat model terkini sehinggalah kepada detik-detik manis memiliki kenderaan Toyota.

UMW Toyota Motor (UMWT) kini cuba menambahbaik aspek khidmat pelanggan menerusi pelancaran program ‘Care that Amazes’ dengan matlamat memberikan khidmat dan pengalaman pemilikan terbaik kepada setiap pelanggan Toyota. Apakah itu Care That Amazes?

Toyota Drive Mobile Apps
Toyota Drive

TOYOTA CARE THAT AMAZES?

  • 5 Tahun Waranti – Setiap kenderaan baharu Toyota ditawarkan waranti lima tahun, tanpa had perbatuan dan boleh dipindahkan kepada pemilik seterusnya dalam tempoh lima tahun kereta didaftarkan.
  • 1 Tahun Waranti Badan dan Cat – Jika kereta rosak akibat kemalangan dan dibaik pulih di mana-mana bengkel badan dan cat (body and paint) Toyota, pengguna diberikan waranti setahun.
  • Aksesori Peribadi – Pelanggan boleh dapatkan aksesori berkualiti yang dipasang pekerja profesional Toyota dengan bayaran pendahuluan minimum.
  • TopMark – Premis kenderaan terpakai Toyota, di mana semua kondisi semasa kenderaan akan diperiksa secara menyeluruh termasuk baki pinjaman, manakala kenderaan terpakai yang dibeli juga diberikan waranti setahun.
  • Jaringan Seluruh Negara – Toyota menawarkan liputan perkhidmatan seluruh negara demi keselesaan pelanggan.
  • Toyota 24Seven Road Assist – Khidmat bantuan jalanan jika kenderaan bermasalah. Sah bagi tahun pertama pemilikan dan boleh digunakan bila-bila masa, hari dan lokasi seluruh negara. Turut disediakan khidmat menunda kenderaan ke pusat servis Toyota berhampiran.
  • Sokongan Pelanggan – Menawarkan bantuan khidmat pelanggan kepada pemilik Toyota dengan penuh dedikasi. Pemilik juga boleh hubungi Toyota untuk memperbaharui cukai jalan.
  • Toyota Drive – Aplikasi mobil untuk pemilik telefon pintar iOS atau Android yang membolehkan pelanggan Toyota menyemak butir sejarah servis dan membuat janji temu untuk khidmat penyenggaraan. Muat turun sekarang!
Auto Terkini Care That Amazes khidmat pelanggan Toyota Toyota Toyota Malaysia UMW Toyota
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    KPDN Batal Kawalan Jualan Diesel di Sabah, Sarawak, dan Labuan Mulai Hari Ini

    01/07/2026
    Passport dan MyKad wahaj baharu akan diperkenal dalam enam bulan
    Auto Terkini

    Pasport Malaysia Baharu Dengan Tempoh Sah Laku 10 Tahun Kini Boleh Dimohon

    01/07/2026
    Nozel RON95 dan RON97
    Auto Terkini

    Harga Petrol, Diesel Tanpa Subsidi Turun 10 Sen Bermula Hari Ini

    01/07/2026
    Lesen memandu vokasional GDL, PSV
    Auto Terkini

    Selamatkan Nyawa Di Jalan Raya, ‘Pilot Darat’ Wajib Jalani Pemeriksaan Kesihatan Menyeluruh

    01/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Vespa Edizione Ottantesimo, Unit Terhad 80 Tahun, Enjin 310 HPE Berkuasa Tinggi

    By Abang Hirata30/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.