Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Dasar Pengangkutan Awam Perlu Dikaji Semula, Perluas Lorong Khas Bas
Auto Terkini

Dasar Pengangkutan Awam Perlu Dikaji Semula, Perluas Lorong Khas Bas

SyafieBy Syafie11/05/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Bas Rapid KL Jalan Ampang

KERAJAAN disaran mengkaji semula dasar pengangkutan awam negara termasuk memperluaskan laluan khas bas dan meningkatkan kecekapan perkhidmatan bagi menggalakkan lebih ramai rakyat menggunakan pengangkutan awam.

Ketua Pegawai Eksekutif Mara Liner, Wan Md Hazlin Agyl berkata, langkah itu penting bagi membantu mengurangkan kesesakan jalan raya selain memberi penjimatan kepada rakyat dari segi kos parkir dan bahan api.

Menurut beliau, walaupun kerajaan sudah menyediakan subsidi minyak kepada operator bas awam dan menawarkan perkhidmatan bas percuma seperti Bas Smart Selangor dan Bas GoKL, penggunaan pengangkutan awam masih belum mencapai tahap optimum.

Perjalanan Bas Terlalu Lama Jadi Punca

Wan Md Hazlin Agyl berkata, antara faktor utama rakyat kurang menggunakan bas adalah isu ketersediaan perkhidmatan dan tempoh perjalanan yang terlalu panjang akibat kesesakan lalu lintas.

Menurutnya, perjalanan yang sepatutnya hanya mengambil masa sekitar 20 minit boleh meningkat sehingga satu jam setengah kerana keadaan trafik selain bas perlu berhenti di banyak lokasi.

Beliau berkata demikian ketika menjadi ahli panel program Rundingan Meja Bulat Nasional (Rimbun 2.0) di World Trade Centre Kuala Lumpur.

Lorong Khas Bas Dilihat Penyelesaian Praktikal

Sehubungan itu, beliau mencadangkan supaya kerajaan memperluaskan penyediaan lorong khas bas terutama di bandar utama.

Menurutnya, langkah tersebut mampu:

  • melancarkan pergerakan pengangkutan awam
  • memendekkan masa perjalanan
  • mengurangkan jumlah kenderaan persendirian di jalan raya

Pada masa sama, sistem pengangkutan awam yang lebih efisien juga dilihat dapat membantu negara mengurangkan penggunaan bahan api secara keseluruhan.

Pendekatan Bekerja Dari Rumah Turut Dicadang

Selain penambahbaikan pengangkutan awam, Wan Md Hazlin Agyl turut mencadangkan pendekatan bekerja dari rumah (BDR) diperkukuhkan sebagai langkah sokongan untuk mengurangkan penggunaan bahan api negara.

Pendekatan itu dilihat mampu membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas terutama di kawasan bandar utama selain memberi fleksibiliti kepada pekerja.

Pengangkutan Awam Masih Perlu Diperkasa

Walaupun pelbagai inisiatif sudah diperkenalkan termasuk subsidi bahan api dan perkhidmatan bas percuma, cabaran utama pengangkutan awam negara ketika ini masih tertumpu kepada:

  • ketepatan masa
  • kekerapan perkhidmatan
  • keselesaan pengguna
  • tempoh perjalanan

Penambahbaikan menyeluruh terhadap sistem pengangkutan awam dilihat penting sekiranya kerajaan mahu mengubah tabiat rakyat daripada terlalu bergantung kepada kenderaan persendirian.

SUMBER: AstroAwani

Auto Terkini Bas GoK Bas Smart Selangor Lorong Khas Bas mara liner Rapid KL
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    Nissan Clipper Van & Clipper Rio 2026 Lebih Selamat, Digital & Praktikal!

    11/05/2026
    Auto Terkini

    Opel Bekerjasama Dengan Leapmotor Untuk EV Baharu!

    09/05/2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali Lebih Besar dengan Lapan Jenama, Lancar Portfolio Kereta Sewa Budget!

    08/05/2026
    HEV

    Toyota Yaris Cross Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    08/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

    By Han Othman06/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026: Festival Automotif Terbesar Kembali dengan Tawaran Hebat, Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    HEV

    Toyota Yaris Cross Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie08/05/2026
    Nissan Gravite CNG 2026
    Roda4

    Nissan Gravite CNG 2026 – MPV Kecil dengan 7-Kerusi dan Dua Tangki CNG!

    By Abang Hirata07/05/2026
    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia โ€“ Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Aksesori

    Bridgestone Lancar Potenza Adrenalin RE005 di Malaysia, Harga Mula RM351!

    By Syafie08/05/2026
    Roda4

    Subaru Crosstrek 2026 Lancar di Malaysia – SUV Subkompak CBU dari Jepun, Harga RM190k

    By Han Othman06/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.