Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Aksesori»Dapatkan Hot Wheels Kustom Edisi Petronas di AOS 2019, Terhad 200 Unit Sahaja!
Aksesori

Dapatkan Hot Wheels Kustom Edisi Petronas di AOS 2019, Terhad 200 Unit Sahaja!

Han OthmanBy Han Othman25/07/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BERITA baik buat pengumpul barangan dan peminat kereta mainan, Petronas bakal memperkenalkan model Hot Wheels edisi terhad yang dikustomkan pereka tempatan, Krome Bandits sempena acara Art of Speed (AOS) Malaysia 2019 di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) pada 27 Julai ini.

Cuma 200 unit dikeluarkan, terdiri daripada model seperti Mazda RX-7, Honda Civic Type-R, For Mustang Shelby GT500 dan Lamborghini Reventon Roadster yang akan dijual kepada pemilik Kad Mesra Petronas secara siapa cepat dia dapat di reruai Petronas, di Hall A.

BACA >>> Hot Wheels® Rasmi Sambutan Ulang Tahun ke-50 di Art of Speed Malaysia 2018

Setiap model Hot Wheels kustom itu akan dijual pada harga RM200 seunit dan setiap orang hanya boleh membeli dua model untuk satu transaksi. Jualan dijangka laku keras dan anda diminta datang awal jika mahu memilikinya.

Petronas juga menawarkan kad ganjaran Petronas GiftCards bernilai RM30 dengan 1,000 pembeli pertama akan mendapat tiket masuk percuma ke AOS. Pembeli juga berpeluang menyertai cabutan bertuah untuk memenangi satu daripada tiga model Hot Wheels kustom, iaitu Mercedes-AMG GT. Setiap pembelian dikira satu penyertaan untuk cabutan bertuah.

Ada juga baucar TeaLive untuk 1,500 pengunjung pertama yang mendaftar Kad Mesra Petronas, manakala pemilik kad sedia ada layak membeli dua minuman TeaLive pada harga RM10.

BACA >>> Art of Speed (AOS) Malaysia 2019: Pameran Kenderaan Kustom dan Vintaj di MAEPS, Hujung Bulan Ini!

MUAT TURUN SETEL DAN MENANG!

Tidak cukup itu, pengunjung berpeluang menyertai program roda pusing ‘Setel and Confirm Win’ bagi meraih pulangan tunai minyak RM100 dengan memuat turun aplikasi e-bayar isian minyak, Setel dan menambah baki e-dompet sebanyak RM50 di reruai Petronas.

Akhir sekali, Petronas dengan Cycle & Carriage Bintang akan mempamerkan Mercedes-Benz A 250 dengan grafik rekaan khas, ‘Move Like Never Before’ .

Pengunjung berpeluang mendapatkan Petronas GiftCard bernilai RM30 dengan memuat naik foto sendiri di samping kereta pameran itu dalam Instagram peribadi bersama kapsyen “PETRONAS Primax 95 with Pro-Drive is the best fuel for me because…” dan dituliskan tanda pagar #PETRONAS #Primax95 #movelikeneverbefore.

Akaun mesti dalam status ‘Public’ dan jangan lupa imbas kod QR pada A250 ‘Move Like Never Before’ atau di reruai Petronas untuk pendaftaran.

BACA >>> #RetroAuto: Hot Wheels Cetus Fenomena Kumpul Kereta Mainan Kenit

Jadi, jangan lupa datang beramai-ramai ke AOS Malaysia 2019 pada 27 Julai (10 pagi hingga 11 malam) dan 28 Julai (10 pagi – 7 malam) di MAEPS. Maklumat lanjut boleh layari laman web ArtOfSpeedMY.com.

GALERI
AOS 2019 AOS Malaysia 2019 Art of Speed (AOS) Malaysia 2019 Hot Wheels Kad Mesra Petronas Krome Bandits MAEPS Pameran Auto Petronas Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS)
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
Auto Terkini

Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

28/07/2026
Spyshot BMW S 1000 RR 2027
Auto Terkini

#Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

28/07/2026
Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
Auto Terkini

PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

27/07/2026
Suzuki meterai MoU FLUX |
Auto Terkini

FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny Diskaun 69 Peratus Sempena Merdeka

28/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Auto Terkini

#Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

By Syafie27/07/2026
Nissan GT-R NISMO 2020
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

By Abang Hirata28/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
OMODA C7 PHEV
PHEV

OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

By Syafie27/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.