Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Art of Speed (AOS) Malaysia 2019: Pameran Kenderaan Kustom dan Vintaj di MAEPS, Hujung Bulan Ini!
Auto Terkini

Art of Speed (AOS) Malaysia 2019: Pameran Kenderaan Kustom dan Vintaj di MAEPS, Hujung Bulan Ini!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju11/07/20193 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PAMERAN kenderaan kustom dan vintaj Malaysia, Art of Speed (AOS) kembali lagi pada 27-28 Julai ini di Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS), Selangor.

Pameran buat tahun ke-8 ini akan menghimpunkan ramai pembina dan pembikin, termasuk peminat kereta dan motosikal dalam satu acara pameran seni kustom tempatan melibatkan aneka kenderan yang siap dimodifikasi dan diubahsuai, galeri seni, aktiviti interaktif dan pelbagai hadiah cabutan bertuah menarik.

Pada hari akhir, pemenang bertuah akan membawa pulang model Mini Cooper yang diubah suai menggunakan enjin Suzuki Hayabusa sentuhan FNG Works.

BACA >>> Hot Wheels® Rasmi Sambutan Ulang Tahun ke-50 di Art of Speed Malaysia 2018

Pemenang kategori motosikal dan kereta pameran terbaik pula akan memenangi pakej percutian dan berpeluang mengunjungi acara MOONEYES Yokohama Hot Rod Custom Show 2019 ke-28 di Kanagawa, Jepun pada Disember nanti.

Setiap tahun AOS akan menghidangkan barisan kenderaan vintaj dan ubah suai dari luar negara. Tradisi itu diteruskan lagi dalam acara kali ini dengan menampilkan beberapa motosikal KQQL dan juga sebuah kereta istimewa dari Jepun.

Pengunjung AOS 2019 tahun ini akan dapat melihat sentuhan kustom daripada:

  • Heiwa Motorcycle (Jepun) – BMW R9T Custom, BMW Motorrad
  • Moon of Japan 1961 – Ford Falcon Sedan Delivery ‘PANTASTIC’
  • Hot Dock Custom Cycle (Jepun) – 1948 FL Harley-Davidson Custom ‘StG Nautilus’ yang menerima anugerah ‘Grand Champion’ dalam acara S&S 50th Anniversary ‘World’s Largest Build-Off’ (2008)
Pan Sumi bersama ‘Pantastic’
Keiji Kawakita dari Hot Dock
BMW R9T Custom

Selain itu, kehadiran komuniti kustom dan media antarabangsa bakal memeriahkan AOS 2019 seperti:

  • The Nash – Burnout Magazine (Jepun)
  • Geoffrey Douglas Baldwin – Return of the Café Racers (Australia)
  • Jeffrey Chang – MOONEYES (Taiwan)
  • Kenichiro Kaneko – Truck Masters Show (Jepun)
  • Lou Nozaki – Beetle Helmet (Jepun)

JUMPA PENGURUS REKABENTUK HOT WHEELS

Kepada peminat kereta mainan kecik, Hot Wheels, jangan lepaskan peluang bertemu Pengurus Rekabentuk Global Hot Wheels (Premium dan Koleksi), Steve Vandervate yang diterbangkan khas dari Amerika Syarikat.

Vandervate akan melancarkan siri ‘Japan Historics 3’ yang akan dikeluarkan pada 2020 di bawah tema ‘Legendary Japanese Cars’. 😱😲

Nissan Skyline R31 saiz sebenar dan Honda City Turbo II akan dipamerkan bersama prototaip ‘diecast’ untuk tatapan pengunjung AOS 2019. Jadi, jangan lepaskan peluang anda untuk merasai pengalaman eksklusif ini!

Juga ada pertandingan seni kustom, Art of Speed Invitational Car Build Off 2019, dikuasakan Petronas, yang menyaksikan tujuh pembina bersaing untuk merebut hadiah tunai RM10,000 (pilihan juri) dan tunai RM5,000 (pilihan awam).

Peminat model vintaj pula boleh menyaksikan koleksi bernilai hampir RM2 juta di Dewan C, melibatkan 16 vendor dijemput khas untuk memeriahkah AOS 2019.

BACA >>> Art of Speed Malaysia 2018: Jom ke Pameran Kustom Automotif di MAEPS! (28 & 29 Julai)

TIKET ‘FAST LANE’

AOS 2019 akan memperkenalkan lorong pantas akan Speed Lane untuk pembelian tiket ke acara ini yang dibuka sejam lebih awal bermula jam 10 pagi, berharga RM50 untuk dua hari. Pengunjung juga dapat menikmati satu jam masa tambahan di Dewan Utama dan Dewan C.

Pemegang tiket Speed Lane juga layak masuk konsert Sound Circus di luar dewan.

Tiket hujung minggu pula (tanpa konsert Sound Circus) berharga RM20 sahaja. Tiket dalam talian boleh didapati di AOS QTIC. Maklumat lanjut  boleh layari laman web AOS  atau Facebook ArtOfSpeedMY.

BACA >>> Rotobox Splice – Supermoto Kustom Sentuhan Pengeluar Rim Gentian Karbon Slovenia

GALERI
BMW R9T Custom
Keiji Kawakita dari Hot Dock
Pan Sumi bersama ‘Pantastic’
art of speed Art of Speed 2018 Art of Speed 2019 Art Of Speed Malaysia Auto Terkini kustom Modifikasi Motosikal Kustom Pameran Kustom roda2 Roda4 Steve Vandervate
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Kementerian Pengangkutan rasmi membukan lapan cawangan Perkhidmatan Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM) sebagai alternatif kepada Puspakom
    Auto Terkini

    Bukan Puspakom Sahaja Boleh Periksa Kenderaan, JPJ Buka Lapan Pusat Pemeriksaan Baharu Tukar Nama Kereta

    26/05/2026
    Kementerian Pengangkutan rasmi membukan lapan cawangan Perkhidmatan Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM) sebagai alternatif kepada Puspakom
    Auto Terkini

    MOT Lulus Lapan Cawangan PPKM Baharu Bagi Urusan Tukar Hak Milik Kenderaan

    26/05/2026
    Passport dan MyKad wahaj baharu akan diperkenal dalam enam bulan
    Auto Terkini

    Pengeluaran Pasport Baharu Malaysia Ditunda, Tarikh Baru Diumum Kemudian

    26/05/2026
    Auto Terkini

    Lebih 150,000 Kenderaan Dijangka Guna WCE Sempena Aidiladha Dan Cuti Panjang

    26/05/2026

    3 Comments

    1. Ahmadun on 12/07/2019 22:10

      1. Adakah penyertaan motosikal kustom cub.,yang menggunakan enjin cub dibenarkan penyertaan….

      2. Jika dibenarkan berapakan bayaran yuran yg dikenakan untuk pendaftaran

      Reply
    2. Angah on 26/07/2019 15:12

      Harga tiket berapa ye

      Reply
      • ABG GYL on 26/07/2019 15:25

        RM20 tiket masuk

        Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    Auto Terkini

    Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

    By Shazwan Hisam15/05/2026
    Roda2

    BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT Sempena Ulang Tahun TT ke-115

    By Abang Hirata25/05/2026
    Denza B8 2026
    PHEV

    Denza B8 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM458,800

    By Syafie22/05/2026
    John Cena beli Honda Prelude
    Auto Terkini

    John Cena Tambah Koleksi, Beli Honda Prelude Baharu Ketika Hantar Servis FL5

    By Shazwan Hisam25/05/2026
    Ferrari HC25 2026
    Roda4

    Ferrari HC25 2026 – Roadster One-Off Khas untuk Seorang Pelanggan

    By Abang Hirata18/05/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.