• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Rotobox Splice – Supermoto Kustom Sentuhan Pengeluar Rim Gentian Karbon Slovenia

Rotobox Splice - Supermoto Kustom Sentuhan Pengeluar Rim Gentian Karbon Slovenia

December 14, 2018 By AO Leave a Comment

633
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PAKAR gentian karbon dari Slovenia, Rotobox yang terkenal dalam pembuatan rim ringan menarik, buat kali pertama menghasilkan motosikal lengkap dan boleh dikatakan antara supermotor paling mengancam pernah dilihat.

Motosikal yang diberikan nama Splice ini dibina berasaskan jentera motocross Yamaha (250 dan 450) dengan dibantu pasukan  Yamaha Austria Racing Team sendiri.

BACA >>> Yamaha YZ250F dan YZ85 (2019) Lengkapkan Barisan Jentera Off-Road Eropah

Jentera ihsan itu dibogelkan hingga meninggalkan bentuk enjin dan frem sebelum Robotox mengubah suai swingarm R6 supaya jadi lebih kukuh dan boleh dipasangkan dengan tayar belakang 190mm.

Suspensi menggunakan fork Öhlins FG461 di depan dan monoshock TTX Flow di belakang, manakala brek daripada Brembo GP4RR dan kaliper X20 dengan silinder master XR0. Tidak dilupakan, sudah tentu rim gentian karbon Rotobox Boost dengan cat kustom.

REKABENTUK BADAN KUSTOM

rotobox-splice-3
rotobox-splice-5
rotobox-splice-4

Tidak cukup lagi, Rotobox turut menghasilkan rekabentuk badan sendiri, termasuk sproket, apit tripel, pelana dan kluster instrumen. Rekabentuk madgad diberikan sentuhan 3D, manakala ekzos dikustomkan dengan lapisan seramik hitam yang turut menghiasi badan jentera. Hasilnya ialah adunan kemasan hitam yang cukup menawan dan mengancam.

Berat Splice cuma 119kg, dan bahagian paling mahu diketahui sudah tentu spesifikasi enjin. Menurut Rotobox, motosikal ini mampu menjana kuasa 60hp daripada enjin supermoto 450 buatan Yamaha.

BACA >>> Yamaha YZ65 Serba Baharu (2018) - Motocross Sebenar untuk Pelumba Cilik

Akhir sekali ialah harga. Selepas mengambil kira spesifikasi dan nilai ditawarkan, Rotobox bersetuju mahu menjual Splice pada harga €35,796 (RM169,180). Bukan harga biasa-biasa, tetapi bagi sesetengah orang, harga begini berbaloi dimiliki kerana pembelinya mungkin menjadi satu-satunya orang yang menunggang motosikal ini di negaranya.

GALERI
rotobox-splice-1
rotobox-splice-2
rotobox-splice-3
rotobox-splice-4
rotobox-splice-5
rotobox-splice-6
rotobox-splice-7
rotobox-splice-8
rotobox-splice-9
rotobox-splice-10
633
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: bikin motor, gentian karbon, kustom, Motosikal Kustom, roda2, Rotobox, Rotobox Splice, Slovenia, supermoto, Yamaha

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #BikinMotorLaju: [SIRI 1] Ubah Sproket - Mahu Pikap atau Laju?
    #BikinMotorLaju: [SIRI 1] Ubah Sproket - Mahu Pikap atau Laju?
  • #TahukahAnda: Kuasa Kuda (hp) dan Tork (Nm) Bukan Penentu Kereta Power?
    #TahukahAnda: Kuasa Kuda (hp) dan Tork (Nm) Bukan Penentu Kereta Power?
  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
  • #TahukahAnda: 7+1 Jenis dan Konfigurasi Enjin Motosikal Moden yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: 7+1 Jenis dan Konfigurasi Enjin Motosikal Moden yang Perlu Anda Tahu

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my