Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Daihatsu Sirion (2018) Lancar di Indonesia – 1.3L, Harga Bermula Rp193 Juta (RM56k)
Roda4

Daihatsu Sirion (2018) Lancar di Indonesia – 1.3L, Harga Bermula Rp193 Juta (RM56k)

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju05/01/20191 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MODEL hatchback popular Malaysia, Perodua Myvi rasmi dilancarkan ke pasaran Indonesia sebagai model import sepenuhnya (CBU) dengan nama Daihatsu Sirion pada harga lebih mahal berbanding model terdahulu, iaitu Rp193.5 (RM55,830) untuk versi automatik, dan Rp182.5 (RM52,656), manual.

BACA >>> Foto Daihatsu ‘Sirion Myvi’ Dikesan di Indonesia, Selamat Diimport dari Malaysia

Menurut laporan media Indonesia, harga Sirion (2018) naik Rp6.5 juta (RM1,875) dengan mendapat pelbagai reaksi di kalangan peminat automotif negara jiran itu. Ada yang mendakwa harga itu berpadanan dengan ciri ditawarkan, dan ada pula mengatakan terlampau mahal.

SATU VARIAN ENJIN SAHAJA


Jika Myvi di Malaysia didatangkan dalam dua varian enjin, 1.3L dan 1.5L, tetapi Sirion (2018) di Indonesia pula cuma menawarkan satu varian enjin, 1.3L DOHC VVT-i berkuasa 93hp dan tork 119Nm dengan opsyen transmisi manual 5-kelajuan atau automatik 4-kelajuan. Bagaimanapun pilihan warna sama seperti Myvi pasaran Malaysia, yakni 5 warna.

Spesifikasi lain ialah lampu depan LED boleh laras manual dan lampu kabus yang lengkap dengan kemasan krom serta turut dipasangkan sensor selekoh di sisi depan sebagai ciri baru yang biasanya ada pada kereta lebih premium.

BACA >>> Perodua Myvi (2018) – Kereta Bajet, Tapi Ada Ciri Premium Buat Indonesia Panasaran

Lampu belakang kali ini jenis kombi LED, dipadankan dengan spoiler dan antena sirip yu. Melengkapkan penampilan Sirion (2018) ialah rim aloi 15-inci dua tona, manakala rupa kabin tidak berubah seperti Myvi dengan kemasan hitam dan perak.

Antara ciri keselamatan standard ditawarkan ialah dua beg udara, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD), Brek Automatik (BA), kerusi pautan ISOFIX, Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC) dan Kawalan Traksi (TRC). ‘Myvi Indonesia’ ini turut dipasangkan kamera parkir, masukan tanpa kunci, punat mula-henti dan sambungan USB, termasuk Bluetooth sebagai ciri standard.

Berikut perbezaan spesifikasi dan harga antara Myvi dan Sirion:

  • Beg udara – MYVI: 4 beg udara (standard semua varian) | SIRION: 2 beg udara
  • Harga –  MYVI 1.3L X (AT): RM48,300;  MYVI 1.3L (MT): RM44,300 | SIRION 1.3L (AT): Rp193,500,000 (RM55,830); SIRION 1.3 (MT):  Rp182,500,000 (RM52,656)
GALERI
Daihatsu Daihatsu Sirion Daihatsu Sirion (2018) hatchback Myvi Perodua Perodua Myvi (2018) Roda4
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Volkswagen Rancang ‘Rehatkan’ Sehingga 100,000 Pekerja, Tutup Empat Kilang di Jerman

    30/06/2026
    Auto Terkini

    Vespa Edizione Ottantesimo, Unit Terhad 80 Tahun, Enjin 310 HPE Berkuasa Tinggi

    30/06/2026
    Auto Terkini

    General Tire Perkukuh Kedudukan di Malaysia, Disokong Peluasan Kilang Continental di Thailand

    30/06/2026
    Auto Terkini

    Kia PV5 WAV Mula Khidmat Teksi Mesra Kerusi Roda di Seoul, Pernah Dipamerkan di KLIMS

    30/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    Roda4

    Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

    By Abang Hirata25/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.