Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Covid-19: Pendapatan Merosot, Malindo Air Serah Pesawat Kepada Batik Air
Auto Terkini

Covid-19: Pendapatan Merosot, Malindo Air Serah Pesawat Kepada Batik Air

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju14/03/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


GELOMBANG kedua penularan wabak Covid-19 nyata menjejaskan industri pengangkutan awam tempatan, terutama perkhidmatan penerbangan yang menghadapi kemerosotan permintaan.

Subsidiari Lion Air Group yang berpangkalan di Indonesia, Malindo Air memulakan langkah berjaga-jaga dengan memindahkan separuh flit pesawat kepada syarikat bersekutu, Batik Air yang juga subsidiari di bawah syarikat induk sama.

Langkah tersebut diambil susulan penurunan drastik pendapatan syarikat selepas tercetus gelombang kedua wabak berkenaan.

BACA >>> RM2.5 Juta untuk Satu Kereta Terbang, 70 Unit Sudah Ditempah!

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malindo Air, Kapten Mushafiz Mustafa Bakri berkata, syarikat melaksanakan beberapa langkah menghadapi kekurangan pendapatan termasuk pemberian cuti dua minggu tanpa gaji dan potongan gaji kakitangan sebanyak 50 peratus.

PINDAH PESAWAT

Sebanyak 15 pesawat Boeing 737 akan dipindahkan bermula bulan ini, menjadikan kapasiti penerbangan berkurangan 50 peratus, lapor firma data industri pelancongan dan analisis, Cirium.

Namun, Malindo Air tidak mendedahkan secara terperinci model pesawat yang dipindahkan sama ada melibatkan model 737-800 atau termasuk model 737-900ER. Kesan pemindahan itu akan menjadikan jumlah keseluruhan pesawat Batik Air baharu bertambah 73 pesawat berbanding 58 pesawat sedia ada sebelum ini.

Flit pesawat Batik Air sebelum ini terdiri daripada:

  • 44 unit Airbus A320ceo
  • 1 unit A320neo
  • 1 A330-300
  • 12 Boeing 737-800 dan 737-900ER

Ini bermakna Malindo Air kini beroperasi dengan 42 pesawat sahaja seperti berikut:

  • 24 unit Boeing 737-800
  • 6 unit Boeing 737-900ER
  • 12 unit ATR 72-600

BACA >>> Covid-19: Pasaran Automotif Dunia Terjejas Teruk, Jualan China Merosot 96 Peratus!

Anak syarikat Lion Air Group Auto Terkini Batik Air Covid-19 Kapten Mushafiz Mustafa Bakri Malindo Air pemindahan pesawat Malindo pesawat Boeing 737 Wabak Koronavirus
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Aksesori

    Siri Plat P-P Cecah 6,000 Pembida – JPJ Sasar Sambutan Luar Biasa

    24/04/2026
    Auto Terkini

    Youtuber Bangladesh Maut, Pegawai Tentera Pandu Mabuk Di MEX

    24/04/2026
    Auto Terkini

    Hyundai Staria Electric dan Limousine 2026 Lancar di Korea, Dalaman Dengan Kerusi Kapten!

    23/04/2026
    Roda4

    Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

    24/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

    By Shazwan Hisam24/04/2026
    Honda CBR150R Stealth Edition 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Honda CBR150R Stealth Black Edition 2026, Harga RM13,399

    By Shazwan Hisam17/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Helmet YOHE lancar di Malaysia
    Aksesori

    YOHE Rasmi Lancar Empat Model Helmet, Harga Mula RM319!

    By Syafie21/04/2026
    Roda2

    Aveta VS115 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!

    By Syafie14/04/2026
    Nissan Sakura 2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

    By Abang Hirata13/04/2026
    Morbidelli F252 2026
    Roda2

    Morbidelli F252 2026 Pencabar Baharu Naked Bike 250cc, Harga RM14,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    Jetour T2 RHD
    Auto Terkini

    Jetour T2 Catat Lebih 4,000 Unit Tempahan di Malaysia

    By Syafie17/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.