• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Covid-19: Pasaran Automotif Dunia Terjejas Teruk, Jualan China Merosot 96 Peratus!

Covid-19: Pasaran Automotif Dunia Terjejas Teruk, Jualan China Merosot 96 Peratus!

February 25, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

165
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


WABAK koronavirus (Covid-19) yang tercetus di China dan kini menular ke serata dunia nampaknya turut menjejaskan industri automotif antarabangsa.

Di China sendiri, jualan kenderaan merosot 96 peratus pada minggu pertama bulan ini. Pada pertengahan bulan, jualan jatuh 92 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu. Data berkenaan dikongsikan Persatuan Kereta Penumpang China (CPCA).

Malah, situasi semasa itu semakin parah apabila banyak pengedar kereta terpaksa menutup perniagaan masing-masing kerana bimbangkan penularan Covid-19. Berikut beberapa negara yang terjejas teruk akibat wabak berkenaan:

BACA >>> Covid-19: Wanita Guna Kereta RC, Kawal Guna Telefon Pintar untuk Beli Pau

CHINA

kilang-kereta-china-1
kilang-kereta-china-2

TheGuardian melaporkan Jaguar Land Rover (JLR) mendakwa tiada jualan sepanjang tempoh dua minggu ini. Menurut JLR, hampir tiada orang singgah ke premis jualan pada minggu pertama Februari ini.

Setiausaha Agung CPCA, Cui Dongshu berkata, cuma sebilangan kecil pengedar membuka premis pada minggu pertama Februari, tetapi jumlah pelanggan yang datang sangat rendah. Hanya 4,909 kereta dijual sepanjang 16 hari pertama Februari, berbanding 59,390 unit dalam tempoh sama tahun lalu.

Apabila China lumpuh, rantaian bekalan dunia juga turut terjejas kerana pengeluar global mengalami kesukaran mendapatkan komponen kenderaan.

BRITAIN

jaguar-land-rover-uk-1
jaguar-land-rover-uk-2

TheGuardian dalam laporan lain pada 18 Februari lalu menyatakan JLR bakal berdepan masalah bekalan komponen kereta minggu ini.

Ketua Eksekutif JLR, Ralf Speth berkata, bekalan masih tidak terjejas pada minggu pertama dan kedua, tetapi masalah dijangka berlaku pada minggu ketiga bulan ini.

"Kami sudah menerbangkan komponen kereta dalam bagasi dari China ke Britain," katanya

JEPUN

kilang-kereta-jepun-1
kilang-kereta-jepun-2

Kerajaan Jepun dan pemain industri automotif sedang menubuhkan unit khas untuk menangani impak Covid-19 ke atas operasi industri automotif.

Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri Jepun, Persatuan Pengilang Automobil Jepun (JAMA) dan Persatuan Pengilang Alat Ganti Automobil Jepun (JAPMA) menubuhkan Majlis Automobil Kajian Tindakbalas Koronavirus.

Ada tugas utama majlis itu, iaitu berkongsi maklumat dan pemahaman tentang situasi terkini, termasuk isu semasa seperti langkah anti-epidemik, rantaian bekalan dan logistik. Fungsi kedua ialah mengkaji tindak balas sekiranya impak berlarutan dalam tempoh panjang, melibatkan langkah pembiayaan dan sokongan pelbagai dasar.

Pada 14 dan 17 Februari, Nissan Motor terpaksa menghentikan beberapa operasi di Jepun kerana mengalami kekurangan bekalan alat ganti atau komponen dari Jepun. Sementara itu, operasi Toyota Motor dan Honda Motor di Jepun belum terjejas berikutan kekurangan bekalan awal minggu ini.

BACA >>> Koronavirus: 137 Rakyat Malaysia dari Wuhan Pulang Naik AirAsia

SUMBER: TheGuardian | CNBC | METI

Artikel Berkaitan

165
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: auto terkini, China, Coronavirus, Covid-19, Jaguar Land Rover (JLR), Koronavirus, Persatuan Kereta Penumpang China (CPCA), Ralf Speth, Wabak

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Kos Servis Perodua Ativa vs Proton X50, Mana Lagi Murah?
    Perbandingan: Kos Servis Perodua Ativa vs Proton X50, Mana Lagi Murah?
  • Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
    Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
  • Tak Laku, Ford Henti Pengeluaran Mustang 2.3L Ecoboost di Eropah
    Tak Laku, Ford Henti Pengeluaran Mustang 2.3L Ecoboost di Eropah
  • Transmisi D-CVT Perodua Ativa (2021): Apa yang Best, Kenapa Bukan CVT Biasa?
    Transmisi D-CVT Perodua Ativa (2021): Apa yang Best, Kenapa Bukan CVT Biasa?

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my