Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Confederate G2 P51 Combat Fighter – Cruiser dengan Semangat Berontak Amerika
Auto Terkini

Confederate G2 P51 Combat Fighter – Cruiser dengan Semangat Berontak Amerika

Han OthmanBy Han Othman26/08/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JENAMA Confederate mungkin agak asing di kalangan peminat motosikal di Malaysia, tetapi tidak di Amerika Syarikat (AS). Di negara Uncle Sam itu, Confederate – dikeluarkan Confederate Motors berlokasi di Birmingham, Alabama – terkenal sebagai pengeluar motosikal jalanan eksotik premium.

Jenama itu diasaskan seorang peguam, H Matthew Chambers pada 1991 yang menanam hasrat melakukan pencerahan ke atas rekabentuk motosikal yang berasaskan inspirasi Amerika sebenar. Lihat saja Confederate G2 P51 Combat Fighter ini yang tampil dengan rekabentuk melangkaui zaman. Bayangkan saja motosikal pelik serba futuristik dalam sebuah filem fiksyen sains, dan semua itu sudah lama direalitikan Confederate sejak lebih dua dekad lalu.

BACA >>> Sport Tourer Konsep – BMW 9Cento yang Futuristik dan Serba Guna

Confederate G2 P51 Combat Fighter didatangkan dengan dua varian, Blonde (perang muda) dan Black (hitam). Setiap unit akan diukirkan dengan nombor khas sebaik saja ia dibeli, di mana anda boleh memilih digit 1-31 untuk Blonde dan 1-30, Black.

JIWA BERONTAK AMERIKA

Tanda nama Combat Fighter diilhamkan daripada jiwa berontak 1960-an dengan semangat anti-hero. Combat Fighter generasi kedua ini menampilkan trenkuasa CX4 yang lebih ringan dan kuat yang diinovasikan daripada perlumbaan drag.

Dibina berasaskan struktur monokok dengan material badan daripada bilet aluminium gred aeroangkasa 6061-T6. Bahagian brek diuruskan pakar Perancis, Beringer yang membekalkan kit 4D Aerotek yang digabungkan dengan kaliper radial.

BACA >>> Honda XBlade 160 – Streetbike Futuristik dari India dengan Harga Tidak Masuk Akal

Sistem suspensi depan daripada jenis absorber boleh laras, manakala belakang tidak lagi berpusat di tengah, tetapi dialihkan ke bahagian sisi lengan ayun (swing-arm) baharu. Penggunaan material aloi aluminium ringan pada banyak bahagian seperti frem, enjin, kepala silinder, galang fork dan swingarm, termasuk rim karbon ultra-ringan mengurangkan berat motosikal kepada 226.7kg.

Bersama kelajuan maksimum Combat Fighter yang mampu mencecah 265kmj, pastinya aksi anda ketika menunggang Confederate G2 P51 Combat Fighter ini tidak ubah seperti seorang adiwira sedang membanteras jenayah dan ketidakadilan.

SPESIFIKASI

CONFEDERATE G2 P51 COMBAT FIGHTER

ENJIN: 57° V-twin, 2.0L – 2.2L
KELAJUAN MAKSIMUM: 265kmj
KUASA MAKSIMUM: 160hp – 200hp
TORK: 183Nm – 230Nm
BERAT: 226kg
HARGA: AS$113,900 (RM504,969) – Blonde; AS$119,500 (RM529,797) – Black

GALERI

SUMBER: Digitaltrends
KREDIT FOTO: Confederate.com

Confederate Confederate G2 P150 Combat Fighter Confederate Motors H Matthew Chambers motosikal Amerika roda2
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Mazda Roadster (MX-6) 2027 Untuk Jepun, Dapat Edisi Khas PS Baharu

27/06/2026
Roda4

Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

25/06/2026
Mazda Flair Crossover XS
Auto Terkini

Mazda Flair Crossover 2027 – Kembar Suzuki Hustler Kini Lebih Canggih

27/06/2026
Nozel RON95 dan RON97
Auto Terkini

RON97, RON95 Tanpa Subsidi Turun 25 Sen, Diesel Semenanjung Malaysia Turun 30 Sen

25/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

By Syafie19/06/2026
Auto Terkini

Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

By Syafie19/06/2026
GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
Elektrifikasi

Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

By Han Othman26/06/2026
Autotainment

Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

By Han Othman28/06/2026
MotoGP

#MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

By Shazwan Hisam26/06/2026
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

By Shazwan Hisam26/06/2026
Roda2

SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

By Shazwan Hisam21/06/2026
Jetour F700
PHEV

Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

By Han Othman26/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.