Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Honda XBlade 160 – Streetbike Futuristik dari India dengan Harga Tidak Masuk Akal
Auto Terkini

Honda XBlade 160 – Streetbike Futuristik dari India dengan Harga Tidak Masuk Akal

ZYBy ZY23/03/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ADA segelintir pembaca kurang senang apabila kami memaparkan banyak model motosikal yang cuma dipasarkan di luar negara seperti India dan Indonesia. Dah habis langsung ke motor kat Malaysia ni?

Namun hakikatnya, memang pasaran luar selalu menghidangkan model-model baharu yang selalu buat kami kagum dan terpegun, tidak kira dari segi teknologi, rekabentuk dan paling penting – HARGA. Salah satunya, Honda XBlade 160 keluaran Honda Motorcycle and Scooters India (HMSI), selaku pengeluar dan pengedar ke-4 jenama Honda di India. Streetbike 160cc terbaharu itu baru saja dilancarkan secara rasmi minggu lalu.


Ditawarkan sebagai produk baru untuk mengisi kekosongan dalam segmen di bawah CB160R Hornet sedia ada yang lebih mewah, XBlade 160 bukan saja diberikan rekabentuk futuristik dengan garis tajam menghiasi setiap sudut, tetapi turut dilengkapi pelbagai ciri berteknologi terkini.

Lampu utama dan belakang misalnya, dinaik taraf kepada LED penuh, manakala lampu signal disertakan fungsi amaran hazard. Model ini turut disertakan konsol meter digital yang lengkap dengan ciri seperti indikator posisi gear dan tempoh servis yang biasanya tiada pada model lain dalam kelas sama.

Headlamp LED penuh
Panel meter digital

Paling membuatkan kami kagum, XBlade 160 ditawarkan pada harga cuma ₹78,500 (RM4,732), memang tidak masuk akal apabila melihat aneka ciri diberikan. Bukan saja lebih murah daripada kebanyakan motosikal Malaysia, tetapi juga antara terendah di pasaran India.

Jadi, perkara pertama yang boleh dijangka bagi mencapai tanda harga sebegitu sudah tentulah nadi jentera ini. Mengekalkan status XBlade 160 sebagai streetbike bajet rendah ialah ‘dapur pacu’ silinder tunggal 162cc SOHC penyejukan udara dengan hantaran bahan api daripada karburetor.

Bersama padanan transmisi 5-kelajuan, Honda mendakwa model itu mampu mencapai kuasa 13.9hp pada 8,500rpm dan 13.9Nm tork pada 6,000rpm, setanding Yamaha FZ150i generasi pertama (2008-2013) di pasaran Malaysia.

Selain brek dram di belakang yang biasa dimuatkan pada motosikal bajet, agak sukar mengesan ‘ciri bajet’ lain pada XBlade 160. Lainnya memang tampak seperti dibina pada harga lebih tinggi daripada sepatutnya.

Lekuk garis tajam futuristik
Lampu brek LED
Ekzos Liang Kembar

Tidak dinafikan produk sebegini dapat menjadi kenyataan berikutan faktor skala ekonomi di India. Maksudnya, lebih ramai penduduk di sesebuah negara, maka lebih murah harga sesuatu produk, misalnya motosikal yang menjadi medium pengangkutan utama di negara Asia Selatan itu.

Cita rasa rakyat turut mempengaruhi harga. Pembeli India misalnya, mereka sukakan motosikal up-to-date yang nampak mahal, tetapi murah. Lain pula pembeli Malaysia yang masih berbangga memiliki motosikal out-dated yang murah, tetapi dibeli pada harga lebih mahal. Pelik sungguh.

YouTube player

GALERI

Pearl Igneous Black
Matte Marvel Blue Metallic
Matte Marshal Green Metallic
Matte Frozen Silver
Pearl Spartan Red
honda cb160r hornet honda xblade 160 Yamaha FZ150i
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

20/07/2026
Auto Terkini

Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km, Harga Munasabah

20/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

20/07/2026
LaLaport Transportation Hub (LTH)
Auto Terkini

LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

20/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.