Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Chery Malaysia Tawar Rebat Hingga RM15k, Waranti Bateri PHEV Percuma
Auto Terkini

Chery Malaysia Tawar Rebat Hingga RM15k, Waranti Bateri PHEV Percuma

SyafieBy Syafie11/12/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

CHERY Malaysia memeriahkan sambutan penghujung tahun dengan kempen promosi terbesar setakat ini, menawarkan rebat hingga RM15,000 bagi model terpilih selain waranti bateri lanjutan percuma untuk semua model hibrid plug-in (PHEV).

Kempen khas itu memberi peluang kepada rakyat Malaysia menyambut 2026 dengan kenderaan baharu pada harga lebih kompetitif, dengan penjimatan melibatkan hampir keseluruhan barisan model Chery.

Model perdana Tiggo 8 Pro mendahului promosi dengan rebat tertinggi hingga RM15,000, sekali gus menampilkan nilai terbaik dalam segmen kenderaan utiliti sukan (SUV) premium.

Dua model popular, Tiggo Cross (HEV) dan Tiggo Cross Turbo, masing-masing ditawarkan rebat RM5,000, sesuai untuk pengguna bandar yang mengutamakan kecekapan dan praktikaliti harian.

Bagi keluarga yang mencari SUV sederhana dengan keseimbangan ciri dan nilai, Tiggo 7 Pro pula hadir dengan penjimatan RM10,000.

Rebat Turut Merangkumi Model PHEV

Chery turut menawarkan rebat RM5,000 untuk dua model elektrifikasi terbaharu:

  • Tiggo 7 PHEV – RM129,800 (Semenanjung)
  • Tiggo 8 PHEV – RM159,800 (Semenanjung)

Kedua-dua SUV PHEV itu menawarkan gabungan prestasi elektrik dan enjin petrol untuk jarak pemanduan gabungan hingga 1,200km dengan tangki minyak penuh serta cas bateri penuh.

Senarai Model, Rebat

Peluang Menang Hadiah hingga RM200,000

Menambah kemeriahan kempen hujung tahun itu, pelanggan yang memandu uji mana-mana model Chery PHEV sepanjang 9 Disember 2025 – 6 Januari 2026 berpeluang menyertai cabutan bertuah dengan jumlah hadiah bernilai hingga RM200,000.

Hadiah utama kempen berkenaan adalah sebuah Tiggo Cross HEV.

Inisiatif tersebut bukan sekadar memberi ganjaran kepada pelanggan, tetapi membuka peluang kepada orang ramai merasai sendiri teknologi Chery Super Hybrid (CSH)  

Kedua-dua model PHEV, Tiggo 7 PHEV dan Tiggo 8 PHEV menawarkan pecutan segera hasil tork elektrik, pemanduan lebuh raya lancar, serta keupayaan menukar mod antara elektrik penuh dan hibrid mengikut situasi pemanduan yang sesuai untuk gaya hidup bandar atau perjalanan jarak jauh.

Waranti Bateri 10 Tahun Percuma

Antara tarikan utama kempen adalah tawaran waranti bateri lanjutan percuma 10 tahun atau 200,000km bagi semua model PHEV Chery yang dibeli sepanjang Disember 2025.

Melalui langkah tersebut, Chery Malaysia berusaha mengurangkan kebimbangan pelanggan terhadap ketahanan bateri dan kos penyelenggaraan jangka panjang, sekali gus meningkatkan keyakinan pengguna terhadap pemilikan kenderaan elektrifikasi.

Perlindungan komprehensif itu meliputi:

  • Pek bateri kuasa
  • Motor elektrik
  • Unit Kawalan Kenderaan (VCU)

Waranti tambahan bernilai sekitar RM3,000 itu diberikan percuma kepada pembeli baharu Tiggo 7 PHEV dan Tiggo 8 PHEV.

Malah, pelanggan yang sudah membeli kedua-dua model PHEV tersebut sejak pelancaran pada Oktober 2025 turut layak menerima naik taraf waranti secara percuma.

Auto Terkini Cherry Tiggo Cross Chery Malaysia Chery Tiggo 7 Pro Chery TIggo 8 Pro Rebat Chery
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Volkswagen Rancang ‘Rehatkan’ Sehingga 100,000 Pekerja, Tutup Empat Kilang di Jerman

    30/06/2026
    Auto Terkini

    Vespa Edizione Ottantesimo, Unit Terhad 80 Tahun, Enjin 310 HPE Berkuasa Tinggi

    30/06/2026
    Auto Terkini

    General Tire Perkukuh Kedudukan di Malaysia, Disokong Peluasan Kilang Continental di Thailand

    30/06/2026
    Auto Terkini

    Kia PV5 WAV Mula Khidmat Teksi Mesra Kerusi Roda di Seoul, Pernah Dipamerkan di KLIMS

    30/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    Roda4

    Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

    By Abang Hirata25/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.