Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Chery Malaysia Lancar Kempen ‘Great Year-End Lucky Draw’, Hadiah Bernilai RM150k Menanti Pemenang
Auto Terkini

Chery Malaysia Lancar Kempen ‘Great Year-End Lucky Draw’, Hadiah Bernilai RM150k Menanti Pemenang

SyafieBy Syafie10/12/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


CHERY Malaysia melancarkan kampen ‘Great Year-End Lucky Draw‘ dengan menawarkan peluang untuk memenangi kenderaan Chery baharu dan hadiah cabutan bertuah bernilai lebih daripada RM150,000.

Kempen yang sedang berlangsung bermula dari 1 hingga 31 Disember 2024 ini merupakan sebahagian daripada komitmen Chery Malaysia untuk memberikan nilai dan pengalaman yang luar biasa kepada para pelanggan.

Naib Presiden Chery Auto Malaysia, Michael Chew berkata;

Ramai pembeli sering menantikan bulan Disember untuk membeli-belah dan meraikan cuti akhir tahun mereka bersama rakan dan keluarga.”

“Di Chery, kami ingin menambah lagi keseronokan musim cuti akhir tahun mereka dengan
memperkenalkan cabutan bertuah khas ini.”

Kempen ini dibuka kepada semua pelanggan yang telah membeli dan mendaftarkan kenderaan Chery baharu mereka dalam tempoh kempen ini berlangsung. Berikut antara hadiah yang akan menanti pemenang:

  • Chery Omoda 5 (hadiah utama)
  • Peralatan rumah
  • Konsol permainan video
  • Baucar membeli-belah

Sementara itu, Chery Malaysia turut menawarkan promosi istimewa untuk barisan kenderaan mereka. Berikut antara promosi model-model Chery yang ditawarkan:

Bagi pembelian Chery Omoda E5 ini akan didatangkan dengan jaminan kenderaan selama 7 tahun atau 150,000km, jaminan bateri 8 tahun atau 160,000km, dan jaminan unit pemanduan 8 tahun atau 160,000km yang meliputi komponen-komponen seperti:

  • Kuasa Motor (Power Motor)
  • Unit Kawalan Kuasa Motor (Power Motor Control Unit)
  • Pengurusan Sistem Kuasa Bateri (Power Battery Management System)
  • Unit Kuasa Kenderaan (Vehicle Control Unit)

Tambahan pula, Chery Malaysia juga menawarkan pertukaran bateri satu-dengan-satu jika tahap kesihatan bateri jatuh di bawah 70% semasa tempoh jaminan.

Manakala model-model seperti Tiggo 7 Pro, Tiggo 8 Pro, dan Omoda 5 pula ditawarkan dengan jaminan kenderaan komprehensif 7 tahun atau 150,000km bersama dengan perkhidmatan buruh percuma selama 5 tahun.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini, sila lawati mana-mana cawangan Chery di seluruh Malaysia atau layari laman sesawang www.chery.my.

Chery Chery Malaysia Chery Omoda 5 Chery Omoda E5 Chery Tiggo 7 Pro Chery TIggo 8 Pro Kempen 'Great Year-End Lucky Draw'
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    17/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Auto Terkini

    Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.