• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Chery Malaysia Lancar Kempen 'Great Year-End Lucky Draw', Hadiah Bernilai RM150k Menanti Pemenang

Chery Malaysia Lancar Kempen 'Great Year-End Lucky Draw', Hadiah Bernilai RM150k Menanti Pemenang

December 10, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


CHERY Malaysia melancarkan kampen 'Great Year-End Lucky Draw' dengan menawarkan peluang untuk memenangi kenderaan Chery baharu dan hadiah cabutan bertuah bernilai lebih daripada RM150,000.

Kempen yang sedang berlangsung bermula dari 1 hingga 31 Disember 2024 ini merupakan sebahagian daripada komitmen Chery Malaysia untuk memberikan nilai dan pengalaman yang luar biasa kepada para pelanggan.

Naib Presiden Chery Auto Malaysia, Michael Chew berkata;

Ramai pembeli sering menantikan bulan Disember untuk membeli-belah dan meraikan cuti akhir tahun mereka bersama rakan dan keluarga."

“Di Chery, kami ingin menambah lagi keseronokan musim cuti akhir tahun mereka dengan
memperkenalkan cabutan bertuah khas ini."

Kempen ini dibuka kepada semua pelanggan yang telah membeli dan mendaftarkan kenderaan Chery baharu mereka dalam tempoh kempen ini berlangsung. Berikut antara hadiah yang akan menanti pemenang:

  • Chery Omoda 5 (hadiah utama)
  • Peralatan rumah
  • Konsol permainan video
  • Baucar membeli-belah

Sementara itu, Chery Malaysia turut menawarkan promosi istimewa untuk barisan kenderaan mereka. Berikut antara promosi model-model Chery yang ditawarkan:

Bagi pembelian Chery Omoda E5 ini akan didatangkan dengan jaminan kenderaan selama 7 tahun atau 150,000km, jaminan bateri 8 tahun atau 160,000km, dan jaminan unit pemanduan 8 tahun atau 160,000km yang meliputi komponen-komponen seperti:

  • Kuasa Motor (Power Motor)
  • Unit Kawalan Kuasa Motor (Power Motor Control Unit)
  • Pengurusan Sistem Kuasa Bateri (Power Battery Management System)
  • Unit Kuasa Kenderaan (Vehicle Control Unit)

Tambahan pula, Chery Malaysia juga menawarkan pertukaran bateri satu-dengan-satu jika tahap kesihatan bateri jatuh di bawah 70% semasa tempoh jaminan.

Manakala model-model seperti Tiggo 7 Pro, Tiggo 8 Pro, dan Omoda 5 pula ditawarkan dengan jaminan kenderaan komprehensif 7 tahun atau 150,000km bersama dengan perkhidmatan buruh percuma selama 5 tahun.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini, sila lawati mana-mana cawangan Chery di seluruh Malaysia atau layari laman sesawang www.chery.my.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Chery, Chery Malaysia, Chery Omoda 5, Chery Omoda E5, Chery Tiggo 7 Pro, Chery TIggo 8 Pro, Kempen 'Great Year-End Lucky Draw'

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Bas Diesel Rapid KL, Penang Baru Lancar, Apa yang Baharu?
    Bas Diesel Rapid KL, Penang Baru Lancar, Apa yang Baharu?
  • Litar Antarabangsa Sepang (SIC): Lokasi Terbaik untuk Hari Trek, Acara Korporat, dan Pelancaran Automotif
    Litar Antarabangsa Sepang (SIC): Lokasi Terbaik untuk Hari Trek, Acara Korporat, dan Pelancaran Automotif
  • Blueshark Malaysia Umum Prapelancaran SoloEra Solo 1C 2025, Harga RM599!
    Blueshark Malaysia Umum Prapelancaran SoloEra Solo 1C 2025, Harga RM599!
  • Pembinaan LRT Laluan Mutiara di Pulau Pinang Bermula Secara Rasmi
    Pembinaan LRT Laluan Mutiara di Pulau Pinang Bermula Secara Rasmi

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev