Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»CEO Ducati: Kalau Tiada Marquez, Kami Sudah Menang Separuh Kejuaraan MotoGP
Roda2

CEO Ducati: Kalau Tiada Marquez, Kami Sudah Menang Separuh Kejuaraan MotoGP

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju26/01/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DUCATI gagal lagi, bukan saja di Kejuaraan Dunia Superbike (WSBK), tetapi juga Kejuaraan Dunia MotoGP. Jonathan Rea daripada pasukan Kawasaki Racing Team (KRT) sudah mengunci posisi juara WSBK 2019, manakala Marc Marquez (Repsol Honda) untuk MotoGP 2019.

Kebetulan pula kedua-dua kejuaraan dunia itu meletakkan pasukan Ducati sekadar berpuas hati di kedudukan kedua. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ducati, Claudio Domenicali menyamakan situasi tersebut dengan perumpamaan separuh gelas penuh.

BACA >>> Juara MotoGP 2019 Sah Milik Marquez!

Domenicali kini positif menunggu baki empat perlumbaan terakhir MotoGP. Ducati juga menganggap kemenangan Honda dalam MotoGP lebih kepada keupayaan Marquez, dan bukan jentera. Nampaknya hampir setiap komen, Ducati enggan mengulas tentang kekalahan pasukan itu kepada Honda.

Dari sudut pandang Domenicali dan Ducati, Honda hanya menang dengan Marquez, dan tiada pelumba lain lebih baik prestasinya apabila menunggang RC213V edisi 2019, apatah lagi 2018. Betul ke?

BACA >>> Rossi Kesal Sia-Siakan 3 Kejuaraan, Mula Risau Marquez Samakan Rekod 9 Kali MotoGP

Domenicali berkata;

Kami ialah syarikat yang berdaya saing, tujuan utama kami ialah merangkul kejuaraan dunia, tapi tahun ini kami dah tau takkan menang! Masih positif lihat apa yang Honda dan Marquez buat, dan lihat apa yang pelumba (Honda) lain buat.

“Kedua-dua pelumba kami menjuarai perlumbaan tahun ini, tetapi dua lagi pelumba Honda tak menang pun. Maknanya, kami dah bagus. Tapi adakah cukup bagus? Tak!”

Malah, sebelum musim 2019 berakhir, Domenicali sudah nampak apa yang perlu diperbaiki Ducati tahun depan. Walaupun tiada penyesalan, Claudio menegaskan mengenai dua perkara yang perlu diberikan tumpuan, iaitu jentera dan pelumba.

Kata Domenicali lagi;

Kami perlu baiki 50 peratus keupayaan jentera ( Desmosedici GP20) untuk pecutan di tengah selekoh dan julat dinamik ketika menukar arah (kanan ke kiri dan sebaliknya) yang masih lemah! Pelumba juga  tak ada kaitan dengan dua hal itu. Inilah masalah yang Ducati perlu uruskan.

“Selebihnya usaha pelumba kerana mereka yang akan lawan Marc (Marquez). Kerana kami harus kalahkan Marc. Kalau dia tak ada, kami mungkin dah menang separuh perlumbaan MotoGP. Ini fakta sejarah dan bukan andaian saya.”

BACA>>>Dovi Gagalkan Hasrat Marquez Lengkapkan Kemenangan di Semua Litar MotoGP

Domenicali turut berpesan kepada duo pelumbanya, Andrea Dovizioso dan Danilo Petrucci;

Marc ada bakat hebat, tapi bukan sekadar bakat. Dia pelumba yang boleh mempelajari dan menganalisis karakter orang lain. Marc pelumba yang menemui cara baru berlumba daripada gaya tunggangan, tengoklah macam mana dia tongkatkan diri dengan siku dan kawal tayar depan. Gila crazy hoccay…”

Domenicali kemudian sempat membayangkan alangkah indah jika Marquez yang menunggang Ducati suatu hari nanti.

2019 MotoGP Andrea Dovizioso Auto Terkini Claudio Domenicali Danilo Petrucci Ducati Ducati Team Honda Honda Repsol Kejuaraan Dunia MotoGP Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) Marc Marquez Mission Winnow Ducati Team MotoGP roda2 sukan permotoran WorldSBK WSBK
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.