Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Casey Stoner Tarik Diri Jadi Penunggang Uji Honda Sebab Marquez Tak Suka?
Roda2

Casey Stoner Tarik Diri Jadi Penunggang Uji Honda Sebab Marquez Tak Suka?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju09/06/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JUARA dua kali Kejuaraan Dunia MotoGP 2007 dan 2011, Casey Stoner dalam wawancara ‘Under the Visor’ yang dihoskan Chris Vermeulen, juga bekas pelumba, mengaku menarik diri menjadi pelumba ujian pasukan Honda kerana tidak disukai pelumba muda yang dipercayai Marc Marquez.

Stoner ketika menjawab soalan mengenai perancangan masa depannya untuk bersama mana-mana pasukan MotoGP, misalnya sebagai menjadi penunggang uji, mendedahkan;

Aku pernah buat perkara itu (jadi penunggang uji) dengan Ducati, dan awalnya pernah cuba dengan Honda tetapi ada rider muda baru masuk situ tak mahu aku kat sana,” katanya.

Persoalannya, siapakah yang dimaksudkan Stoner itu? Ramai berpendapat pelumba muda itu ialah Marquez yang kali pertama direkrut naik ke MotoGP pada 2013. Stoner pula mengumumkan persaraan pada 2012 dan dia memang pernah menjadi penunggang uji untuk pasukan Repsol Honda pada 2013.

Jadi, memang kebarangkalian besar penunggang muda yang tidak dimaksudkan Stoner itu ialah Marquez.

Selain Honda,  Stoner juga pernah bekerjasama dengan Ducati. Namun, kedua-dua pihak gagal mencapai kesepakatan dan beliau akhirnya memilih mengundurkan diri kerana merasakan tidak dapat berikan apa yang dimahukan kepada pasukan.

BACA >>> 7 Motosikal Terbaik untuk Penunggang Urban Harian di Malaysia
BACA >>>#Videotomotif: Beginilah Caranya Pelumba MotoGP Berbincang dengan Mekanik Sendiri

RINDUKAN KERJA BERPASUKAN

Stoner turut berkongsi niatnya yang pernah terlintas untuk kembali semula ke litar walaupun sudah memutuskan tidak akan kembali berlumba. Menurutnya, niat untuk kembali semula ke MotoGP bukanlah kerana perlumbaan tetapi kerana sukakan suasana kerja berpasukan.

Jawapan ini mungkin dengar tak cerdik, aku suka sesi latihan dalam keadaan cuaca baik dan motor pula beri kerjasama bagus. Begitu juga sesi kelayakan yang aku akan beri segalanya untuk satu lap dan menikmati saat itu.

“Cuma aku tak sukakan perlumbaan kerana perlu kerja keras selama 20 lap dan tidak boleh lakukan kesilapan dan kau pun tau aku mudah buat silap dengan motor.  Satu tekanan jari kecil pada brek depan, kau dah boleh jatuh. Banyak sangat tekanan. Aku cuma lega bila dapat tamatkan perlumbaan, itupun entah menang atau tak.

“Jadi aku lega dapat selesaikan tugas dan aku tak pernah rindukan pun perkara macam tu. Cuma aku rindu momen bekerja dengan pasukan dan pusingan kelayakan,” katanya.

SUMBER: GPOne

Auto Terkini Casey Stoner Chris Vermeulen Ducati Ducati MotoGP Honda Racing Corporation (HRC) HRC Kejuaraan Dunia MotorGP Kejuaraan MotoGP Marc Marquez MotoGP 2020 Pasukan Repsol Honda Repsol Honda Under the Visor
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.