Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»#CAS17: 5 Debut Terbaik Pameran Auto Chicago 2017, Segmen Trak dan SUV Jadi Perhatian
Roda4

#CAS17: 5 Debut Terbaik Pameran Auto Chicago 2017, Segmen Trak dan SUV Jadi Perhatian

Han OthmanBy Han Othman13/02/2017
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PAMERAN Auto Chicago 2017 (CAS17) kini sedang rancak berlangsung sepanjang 11 hingga 20 Februari ini bertempat di McCormick Place dekat bandar raya Chicago dalam negeri Illinois, Amerika Syarikat yang juga terkenal dengan julukan Windy City (Bandar Berangin?).

Apakah model baharu yang menarik perhatian sempena CAS17 setakat ini? Berikut kami senaraikan 5 debut model terbaik yang dipetik daripada laman web Autoguide. Apa yang boleh kami simpulkan, Amerika tetap Amerika. Kenderaan besar dan maskular memang tidak pernah lari daripada cita rasa mereka. Lihatlah, empat daripada lima senarai di bawah ialah model jenis trak dan kenderaan utiliti sukan (SUV). Cuma satu model hatchback diselitkan masuk.

Apapun, memang menggiurkan!

5. TOYOTA TUNDRA TRD SPORT (2018)


Inilah trak pikap saiz-penuh pertama Toyota yang bertahan sejak 17 tahun lalu – 2000 – dengan menampilkan rekabentuk serba maskular bersesuaian dengan cita rasa peminat kereta di Amerika. Dan trak pikap ini sememangnya direka, dipasang dan dipasarkan khas di negara Uncle Sam itu.

Bagi musim 2018, Tundra versi TRD Sport menampilkan beberapa kerja naik taraf berbanding model biasa seperti rim 20-inci dan aksen luaran krom-asap (smoked-chrome). Malah turut dilengkapkan dengan absorber Bilstein dan bar oleng yang siap ditala khas.

4. NISSAN TITAN KING CAB (2017)


Nissan memang pandai melakukan gimik dengan mendedahkan cerita mengenai Titan sedikit demi sedikit bagi sekurang-kurangnya dua tahun. Pertama sekali, mereka cuma melancarkan model XD tugasan berat yang diperkenalkan dalam versi Cummins diesel V8. Kemudian, barulah model XD petrol muncul dan disusuli varian setengah-tan dan macaam-macam lagi.

Di Chicago, Nissan mendedahkan gaya badan King Cab yang memuatkan kerusi belakang dan pintu kecil. Model ini terdapat sama ada dalam konfigurasi XD atau setengah-tan, iaitu 5.6L petrol V8 dengan kuasa 390hp atau 5.0L diesel dengan tork 752Nm.

3. HYUNDAI ELANTRA GT (2018)


Hatchback Hyundai Elantra GT mungkin kereta kecil paling signifikan sepanjang CAS17. Berasaskan model i30 Eropah, Hyundai menawarkan dua varian, iaitu standard dan sport. Versi standard menampilkan enjin empat silinder 2.0L aspirasi-natural (NA) dengan kuasa kuda 162hp. Versi sport pula memperkenalkan enjin 1.6L turbo dengan 272Nm. Ciri paling menarik pada jentera ini ialah ruang kabin luas yang menawarkan keluasan penumpang 2,746 liter dan luas kargo 1,557 liter.

2. FORD EXPEDITION (2018)


Ford Expedition serba baharu menampilkan diri dengan rupa dan ciri diperbaharui sepenuhnya untuk musim 2018. Dibina atas frem tegangan-tinggi dan kulit aluminium, henjutan tork mampu mencapai 406Nm. Tempat duduk baris ketiga turut diluaskan untuk lebih keselesaan, manakala prestasi enjin dipertingkat.

Bagaimanapun, cuma satu varian enjin ditawarkan, 3.5L EcoBoost V6 yang dipadankan dengan transmisi automatik 10-kelajuan. Kombo ini sepatutnya menghasilkan kuasa sekitar 375hp dan tork 637Nm. Expedition baharu bersedia berada di pasaran pada musim luruh ini – September 2017.

1. DODGE DURANGO SRT (2018)


Akhir sekali, inilah model paling mengujakan sepanjang CAS17, iaitu Dodge Durango SRT. Kenderaan SUV saiz-penuh itu memuatkan enjin 6.4L Hemi V8 yang mampu menghamburkan kuasa 475hp dan tork 637Nm.

Transmisi automatik 8-kelajuan mampu membuatkan pemanduan jadi begitu mengujakan dengan meluncurkan SUV ini pada kelajuan 97kmj (60 batu per jam – mph) sepantas 4.4 saat dan melengkapkan jarak suku batu (400km) dalam masa kurang 13 saat.

Skup bonet berfungsi menyejukkan SUV buas ini yang dikatakan mampu menunda jentera seberat 3,900kg atau 3.9 tan! Dodge Duranggo SRT (2018) dijangka dijual di pasaran pada lewat tahun ini.

SUMBER: Autoguide

Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Roda4

Suzuki e VITARA Rasmi Di Malaysia – EV Pertama Suzuki, Harga Bermula RM188,000

01/07/2026
Passport dan MyKad wahaj baharu akan diperkenal dalam enam bulan
Auto Terkini

Pasport Malaysia Baharu Dengan Tempoh Sah Laku 10 Tahun Kini Boleh Dimohon

01/07/2026
Tahukah Anda

#TahukahAnda: 1, 2 atau 4-Piston: Apa Perbezaan Angkup Brek dan Mana Lebih Bagus?

01/07/2026
Nozel RON95 dan RON97
Auto Terkini

Harga Petrol, Diesel Tanpa Subsidi Turun 10 Sen Bermula Hari Ini

01/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
Elektrifikasi

Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

By Han Othman26/06/2026
Autotainment

Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

By Han Othman28/06/2026
Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
Auto Terkini

Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

By Shazwan Hisam30/06/2026
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

By Shazwan Hisam26/06/2026
MotoGP

#MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

By Shazwan Hisam26/06/2026
Jetour F700
PHEV

Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

By Han Othman26/06/2026
Auto Terkini

Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

By Syafie19/06/2026
Roda4

Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

By Abang Hirata25/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.