BILAKAH sepatutnya memasang lampu bahaya? Bilakah pula guna lampu kabus? Apakah fungsi lampu kereta anda? Ya, pemandu kita sering keliru bagaimana menggunakan sistem lampu dengan betul pada kereta mereka. Jom kita baca ringkasan mengenai fungsi, simbol, masa guna dan etika menggunakan lampu kereta:
1. LAMPU DEPAN (HEADLAMP)
Lampu depan (headlamp) dilengkapi dua fungsi, iaitu lampu malap (dim) dan lampu suluh (beam). Pada awal era permotoran, ciri lampu utama sekadar lampu malap sahaja yang cahayanya sangat lemah dan langsung tidak membantu mencerahkan laluan di hadapan.
Bagaimanapun, fungsi sebenar lampu 'hidup segan mati tak mahu' itu adalah memberikan kejelasan kepada kenderaan di hadapan. Jadi, kita dapat tahu ada kenderaan lain juga sedang bergerak di hadapan ketika memandu pada malam atau situasi kurang pencahayaan. Dalam situasi tertentu lampu malap juga berfungsi sebagai lampu sandaran (backup lamp) kepada lampu suluh jika gagal berfungsi. Fungsi dan ciri lampu depan masih kekal hingga sekarang.
BACA >>> Mazda Patenkan Rekaan Spoiler Aktif pada Lampu Belakang, Mampu Optimumkan Aerodinamik Kereta
Rata-rata kereta lama tidak mempunyai sebarang indikator atau simbol khas untuk lampu depan di panel meter kecuali lampu suluh tinggi (highbeam). Jadi, pemandu terpaksa bergantung kepada tahap kecerahan lampu iluminasi panel meter yang mengelirukan hingga membuatkan mereka terlupa atau tersalah sangka sudah memasang lampu depan, terutama ketika memandu malam di kawasan yang banyak lampu jalan (seperti di bandar).
Penyelesaiannya, jurutera automotif mencipta simbol khas untuk lampu malap (Gambar 1 - suis lampu dipasang & Gambar 3 - lampu sisi), dan lampu suluh rendah (Gambar 2). Kini, majoriti kereta moden menggunakan dua atau tiga simbol ini dan anda perlu memastikan semua simbol tersebut menyala ketika memandu malam atau kurang pencahayaan.
2. LAMPU SIANG (DAYTIME RUNNING LIGHTS - DRL)
Fungsi kejelasan atau visibiliti kerap dilupakan. Sebenarnya, memasang lampu depan ketika memandu dalam cuaca buruk atau di lebuh raya ialah tindakan yang sangat bagus. Namun, masih ramai pemandu mengabaikannya dan cenderung mematikan lampu ketika memandu siang. Inilah sebab kenapa lampu siang dicipta!
Lampu siang biasanya sentiasa terpasang sebaik sahaja kenderaan dihidupkan. Tetapi, harus diingat, lampu siang sama sekali tidak menggantikan fungsi lampu depan kerana ia menyala tanpa mengaktifkan lampu belakang, dan ini menyusahkan pemandu di belakang. Sama seperti namanya, lampu siang adalah untuk kegunaan siang hari.
3. LAMPU SULUH TINGGI (HIGH BEAM)
Jangan guna sebarangan lampu suluh tinggi (high beam) kerana ia mampu mewujudkan situasi silau atau buta seketika apabila kenderaan hadapan anda melihat cermin pandang belakang. Anda hanya patut menggunakan lampu suluh tinggi apabila tiada kenderaan di hadapan sama ada dari arah bertentangan atau haluan sama.
Jika anda dapat lihat ekor cahaya daripada pemandu hadapan, cepat-cepat rendahkan cahaya lampu untuk mengelak pemanduan mereka terganggu. Malah, bukan pemandu sahaja boleh buta akibat perbuatan anda, pengguna jalan raya seperti pejalan kaki dan penunggang motosikal atau basikal turut mengalami nasib sama. Tolong bertimbang rasa!
Paling penting jangan saling berlawan memasang lampu suluh tinggi jika kenderaan hadapan enggan merendahkan lampu mereka. Anda sebenarnya hanya memburukkan keadaan. Apa yang perlu dilakukan ialah bersabar, kurangkan had laju dan fokus kepada garisan jalan untuk mengelak silau. Jika arah lampu dari belakang, cuma halakan reflek cermin pandang belakang anda ke bumbung kereta.
4. LAMPU KABUS (FOG LAMPS)
Lampu kabus bukan lampu siang. Anda patut menggunakannya ketika situasi kabus, kabut, jerebu, ribut atau hujan lebat yang menyebabkan pandangan hadapan terjejas kurang 100 meter. Lampu kabus akan membantu anda mencerahkan sudut jalan di hadapan dan tepi, sekali gus meningkatkan kejelasan pemanduan.
BACA >>> #RetroAuto: Sejarah Lampu Utama Kereta yang Perlu Anda Tahu
Ciri baru lampu kabus belakang pula dicipta untuk meningkatkan kejelasan kereta supaya mudah dilihat pemandu belakang. Ia direka khas untuk membantu pemandu di Eropah yang berdepan masalah kabus atau kabut teruk ketika musim salji, di mana jarak penglihatan menyamai situasi jerebu tahap darurat di Malaysia.
Lampu kabus belakang kebanyakannya lebih terang berbanding lampu kabus depan. Malah, tahap silau mencecah kira-kira 30 kali ganda berbanding lampu biasa. Jadi, tolong pasang apabila perlu sahaja!
Di atas ialah simbol lampu kabus depan (Gambar A) dan lampu kabus belakang (Gambar B). Walaupun simbol hampir sama, tetapi berbeza arah (suluh kiri untuk depan, suluh kanan untuk belakang). Perbezaan paling mudah ialah warna, iaitu hijau untuk lampu kabus depan dan kuning untuk lampu kabus belakang. Ingat!
5. LAMPU BAHAYA (HAZARD LIGHTS)
Lampu bahaya direka untuk memberi amaran kepada pengguna jalan raya lain mengenai bahaya yang sedang berlaku sama ada membabitkan kenderaan sendiri atau orang lain. Ia digunakan apabila kereta anda terkandas atau berhenti seketika disebabkan ada gangguan di hadapan.
Asasnya, anda tidak sewajarnya menggunakan fungsi lampu bahaya sesuka hati walaupun ketika berdepan cuaca buruk seperti hujan lebat. Ini kerana kereta anda masih sedang bergerak! Ini boleh menyebabkan kenderaan belakang membrek mengejut dan seterusnya mengakibatkan impak perlanggaran domino dengan banyak kenderaan lain di belakang.
Bagaimanapun, jika anda sedang memandu dan menyedari ada bahaya di hadapan (misalnya ada kenderaan berhenti di lorong kecemasan), anda sebenarnya boleh mengaktifkan lampu bahaya seketika untuk memberi amaran kepada pemandu lain bahawa anda sedang memperlahankan kereta. Dan jangan pula lupa mematikannya.
TIP EKSTRA
Kereta moden biasanya dilengkapi indikator amaran jika berlaku kegagalan pada sistem lampu. Namun, anda sepatutnya memeriksa sendiri lampu kereta anda secara berkala supaya beroperasi dalam kondisi terbaik. Ini termasuk lampu belakang, lampu brek, lampu brek ketiga, indikator, lampu parkir atau undur, lampu kabus dan lampu utama.
Periksa cermin lampu bagi memastikan tiada retakan, pecah atau pudar. Lampu depan patut dijajarkan supaya arah suluhan cahaya sekata dan tidak menyilaukan pemandu hadapan, terutama ketika suluhan rendah.
Assalammualaikum bang, kereta saya bila saya pasang lampu biasa dia tak hidup lah tapi bila saya pakai lampu tinggi dia hidup. Cuba abang terangkan masalah ni sama ada mentol lampu dia yang masalah atau wiring. Tolong bang tiap malam bila keluar saya selalu pakai lampu tinggi kesian juga saya kat pemandu2 yang lain sakit mata saya nak pakai lampu biasa pun tal boleh. Tolong bang
Blh jadi filamen low beam bermasalah. Hanya filamen high beam yg berfungsi. Tukar mentol. Klo still jadi lg, check suis & wiring.
Sy punya kereta alza bru jap2 Tdi jd mcm To, dua2 belah Tp lampu Tggi ok plak, kalau lah nk Tukar mentol kedua bijik To mahal x abang???
ni masalah aircond nim
pergi tambah gas aircond
Asalammualaikum,saya nak tanya sekarang ni lampu rendah kereta saya xleh padam menyala je,suis lampu tu sekali dengan suis foglamp tp bila tutup hanya foglamp je yang padam lampu kecil tu tak padam,enjin dah matikan pun lampu tu masih menyala,masalah apa yea?
Macam berhantu ja kereta saudara. Elok tanya mekanik, mungkin ada problem dengan suis
assalammualaikum en.hasrol,
sebelum ni kereta saya pernah jadi kes macam kereta en. Punca jadi macam tu dekat kereta sy sebab sy tukar lampu no plate belakang. Lepas saya tukar kepada mentol yg asal, masalah tu dh x ada.
Salam saya punya iswara lampu break ketiga x befungsi,,dah tukar mentol n fius2x semua masih ok,,,,tetap tak nyala,,,apa sebab tu?
Check wiring
Assalamualaikum.
Kereta saya mengalami masalah lampu sebelah kanan low beam, manakala sebelah kiri high beam bila kedudukkan suis berada di low beam.
Pada hemat tuan apakah masalahnya.
terima kasih
Suruh mekanik adjust balik setting posisi lampu
Assalamualaikum. Saya pakai Proton Saga (1.3). Baru je terjadi. Biasa mlm saya pakai beam tp 2 hari lps, beam saya jd high beam dengan sendiri dia, icon high beam menyala. Saya cuba nak off tp x blh, blh pakai low beam ngan high beam je. Blh x advice mcm mana nak off high beam utk Proton Saga?
Mungkin fius rosak
Assalamualaikum.. Saya ada masalah...lampu belakang semua x menyala...tapi bila brek menyala semua..dah tukar mentol..still sama...adakah sebb mentol,suis atau wiring??
Boleh jadi suis atau fius
Sy mengalami masalah yg sama . Lampu panel meter jugak tidak menyala . Adakah masalah fius juga ?
salam....bro...saya pasang bulb led pada lampu lowbeam tampa tukar wayar...tp bila suis on led td hanye berkilap 3-4 kali and senyap...bila on balik suis berkilap yg sama...tp bila tukar balik buib biasa ok pulak on jee....apo masaalah tu bro....
haa saya punya kereta lagi hebat masalahnyaa..tukar bulp.lampu kecik xmnyala..lampu biasa mnyala..foglamp trus xmnyala..kenapa tu?
Salam bang.
Minta tolong. High beam hidup (kiri kanan hidup) tp low beam mati (kiri kanan tak hidup) .. ini di sebab kan relay ke.. @ mcm abg ckp filamen utk low beam dh rosak.. tp yg muskil nye.. bole ke terjadi serentak kiri kanan low beam tak hidup.. tolong saya bang..
Assalamualaikum,
Saya ada masalah LAMPU HADAPAN menyala walaupun saya off enjin dan off kan lampu kat suis dia. Saya guna kereta Isuzu Dmax.
Harap dapat membantu.
Sekian,terima kasih
nak tanya, bila buka lampu, indicator high beam akan menyala walaupun xbuka highbeam. tapi bila drive lama dia akan padam dgn sendiri. knp ya?
Salam....nak tayo...kenapa bila saya guna bulb led headlamp pd exora cfe terdapat gangguan pada radio
masalah lampu kereta saya ialah lampu malap atau tidak terang.. check alternator ok tiada masalah.. apakah faktor terjadinya situasi ini..
Saya baru menukar lampu kereta kepada jenis LED..
Tetapi terdapat gangguan kepada siaran radio ketika memasang lampu
Mohon Pomeranian
Tkasih
aslkum,ada kah sesiapa ingin beritahu saya tentang kegunaan fius A/C 7.5A,kereta viva elite.
Salam.. boleh sy minta pandanagan .. wayar lampu bawah stering panas ketika lampu dihidupkan.. kenapa ya.. bantu saya jika sudi.. terima kasih banyak
salam tuan.lampu depan saga fl sya kerap terbakar kiri & kanan.bila tukar mentol ia menyala tp xlama,mesti akn terbakar balik.mohon bantuan dari pengalaman yg tuan..stress tahan gaban fikirkannya
Dari mentol 3 kaki iaitu tinggi dengan rendah dalam 1 mentol...sekarang saya pakai 2 mentol 1 lampu rendah n 1 lampu tinggi..masalah sekarang mau buat apabila buka lampu tinggi mau 2 mentol mau nyala..
Assalam. Bro sy nk tukar mentol lampu kete alza sy pakai mentol LED. Kne saman x klo pakai?
Nak tanya, kereta proton iswara saya bila on lampu besar rpm turun.sekarang pakai bulb 12v 90/100w.sebelum yang ori pakai 12v 60/55w.dalam keadaan ini bolehkah effect rpm turun?
Salam tuan admin, saya baru hbs tinted alza advance. Bila balik lampu simbol abs dan handbrake menyala..tak lama kemudian selepas parking saya perhatikan lampu pintu pun menyala sedangkan semua pintu termasuk bonet dpn dan belakang sudah rapat. Lebih parah lagi apabila lampu depan tiba-tiba menyala sendiri walaupun button on lampu tidak dihidupkan. Mohon bantuan daripada admin untuk memberi penjelasan. Terima kasih.
Hantar SC untuk check
Salam kazaman..saya mengalami masalah yg sama mcm en..nk tahu apa punca sebenar kenapa lampu terus menyala bila suis kereta semua dah off.
Salam... Saya bercadang nak tambah spotlight yg lagi power 2 biji kat bawah bumper/bwh plat nombor exora cps saya. Foglight yg asal memang dh ada. Spotlight ni untuk membantu jarak penglihatan bagi pemanduan malam. Soalan saya perlu kah dibuat wiring khas yg lain untuk spotlight yg baru tu nanti... T. Kasih
Assalam,
Saya nak tanya kenapa lampu headlamp and high beam waja cps saya kedua dua belah tak nyala.
Salam, tuan, saya guna honda city, masalah saya ialah, lampu tinggi saya dua-dua tidak menyala. Dan simbol pada dashboard (yang biru) juga tidak menyala. Agaknya kenapa ya?
nk tnye kalau kreta exora bold lampu mmg trus highbeam ke ? first on engine ade lampu sportlight then lampu kecik then lampu highbeam terus ke? tercari cari gak mcm mana nk hilangkan lampu highbeam tu . ada cara ke?
Asalam lampu kereta waja 1.6 auto terpadam selepas saya isi minyak bula mak start lampu x mrnyala dan hanya lampu dim yg menyala kenapa ye
Salam bro lampu depan kereta viva aku selalu je rosak,tukar baru rosak lgi,,last2 dengan soket lampu tu sekali terbakar renyuk,,apa masalah nya ye..belum hantar mekanik lgi
Salam bro,
Kenapa lampu kereta (produa bezza 1.3) saya terus menyala lepas start kereta walaupun suis lampu dah padam. Signal kiri kanan pun tak berfungsi.
Saya syorkan tuan check di servis centre
Assalamulaikum..hai sy dri Sabah semporna,nak tanya mengenai lampu keta flx,tidak Akan menjadi masalah jga Ka,sy nak connect cable lampu led Terus gabung dgn cable lampu petang..
Assalamualaikum, lampu kereta saya masih malap walaupun dah tukar bulb.adakah ini masalah relay atau ballast. Kereta saya civic fd2.
Satu lg penyakit gila 🐖.. 🚗.. ori head light dpn H4.. di modi nye LED lights.. yg menjd silauan bkn nye, lampu/bulb LED. Tp, silauan cahayo casing lampu H4.. tu sbb bile.. nmpk 🚗 dari arah blkng.. yg modi. H4 ke LED lights.. aku on kn jer fog light blkng.. kasi harjau seket