Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#ApaNakBuat: Cara DIY Tukar Minyak Enjin Motosikal dengan Betul
Auto Terkini

#ApaNakBuat: Cara DIY Tukar Minyak Enjin Motosikal dengan Betul

WahidBy Wahid16/08/202014 Comments
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MINYAK pelincir, juga dipanggil minyak enjin atau minyak hitam, ialah bahan paling penting dalam sesebuah enjin dan perlu ditukar mengikut jadual penyelenggaraan. Kerja-kerja penyenggaraan ini pula boleh dibuat di rumah sendiri.

Kepentingan minyak enjin memang tidak boleh disangkal yang boleh diibaratkan tubuh dan darah. Tanpa minyak enjin, maka matilah sesebuah enjin kenderaan itu.

BACA >>> #TahukahAnda: Bolehkah Motosikal Biasa Guna Minyak Enjin Skuter?

FUNGSI MINYAK ENJIN

  • Memastikan komponen enjin tidak bergeser satu sama lain.
  • Membersihkan komponen enjin daripada mendapan yang dihasilkan daripada pembakaran bahan api dan kotoran luar.
  • Bawa mendapan ke penapis minyak.
  • Menyejukkan enjin.
  • Meredam bunyi.

Jadi, minyak enjin harus ditukar pada masa ditetapkan. Ikutilah apa disyorkan pengeluar motosikal anda, termasuk jenis minyak sama ada jenis mineral, semi-sintetik atau sintetik-penuh.

Artikel kali ini akan berkongsikan cara asas menukar minyak enjin secara buat sendiri (DIY). Kerja menukar minyak enjin boleh dikatakan proses yang senang dibuat kerana memerlukan beberapa alatan asas sahaja. Selain itu, anda juga berpeluang menggunakan minyak sendiri yang dipesan atas talian.

Ini kerana sesetengah bengkel tidak suka kita menggunakan minyak enjin sendiri, dan ada yang akan mengenakan upah tinggi. Apapun, pastikan minyak enjin yang dibeli itu original!

Pesanan kami, tip DIY ini disyorkan untuk motosikal yang sudah tamat tempoh jaminan. Ini kerana jaminan motosikal boleh terbatal jika motosikal tidak disenggara di bengkel pengeluar. Selain itu, jangan abaikan apa-apa kerosakan motosikal dan segeralah ke bengkel sah dan bertauliah.

Langkah 1

Panaskan enjin motosikal. Cara paling baik ialah, cuba tunggang selama 10-15 minit. Memadai dengan memusing sekitar taman atau kampung.

Langkah 2

Gunakan bahan pencuci enjin (engine flush) setiap 20,000km. Bahan ini dapat mencuci bahagain enjin daripada mendapan ataupun bahan yang sukar dialirkan minyak hitam.

Tuangkan engine flush dalam enjin sebaik saja selesai menunggang dalam kondisi enjin motosikal masih panas. Kemudian, hidupkan enjin dan biarkan selama 10-15 minit (mengikut rekomen produk engine flush digunakan). Jangan tunggang atau cuba ligatkan terotel pada masa ini.

Langkah 3

Matikan enjin dan biarkan sejuk selama 20-30 minit. Minyak enjin akan mengalir ke penakung minyak (oil sump) pada masa ini.

Langkah 4

Buang minyak enjin daripada enjin, dan keluarkan penapis minyak (oil filter). Tunggu dan bersabar sekejap (boleh main Tik Tok atau membawang di FB). Biarkan minyak enjin menitik sampai habis. Pastikan lebih minyak enjin lama itu dibuang sebanyak mungkin kerana kita tidak mahu minyak enjin baharu nanti bercampur dengan minyak enjin lama.

Langkah 5

Bersihkan nat penutup lubang minyak dan pasangkan semula pada enjin.

Isikan minyak enjin baharu dalam penapis baharu kira-kira separuh.

Ambil sedikit minyak enjin baharu dan sapukan atas gasket getah sekeliling mulut penapis minyak. Langkah ini wajib dibuat kerana lapisan minyak membolehkan gasket getah menahan geseran apabila penapis diketatkan, termasuk mengelak minyak enjin bocor.

BACA >>> #ApaNakBuat: Inilah 5 Tip Mahu Jimat Minyak Motosikal Anda

NOTA PENTING: Jangan pulas penapis minyak terlalu ketat! Pusingan sebanyak 90ºsudah memadai.

Juga, jangan lupa lap mana-mana bahagian yang terkena minyak.

Langkah 6

Isikan mintak enjin baharu perlahan-lahan dengan isipadu seperti direkomenkan pengeluar motosikal. Jangan terlalu banyak. Tutup palam isi minyak dan hidupkan enjin. Biarkan enjin beroperasi dalam 10-15 minit dan pantau jika ada minyak bocor. Sekali diingatkan, jangan sesekali ligatkan enjin pada masa ini.

Langkah 7

Tungganglah motosikal anda sekeliling taman atau kampung. Periksa sekali lagi sama ada sebarang kebocoran minyak atau tidak.

NOTA PENTING

  • Jangan buang sisa minyak enjin dalam longkang kerana boleh mencemarkan alam sekitar.
  • Pakailah sarung tangan nitril (nitrile) apabila menukar minyak enjin untuk mengelak terdedah kepada risiko toksik. Sebagai makluman sarung tangan nitril (foto atas) lebih kalis minyak berbanding sarung tangun getah atau lateks.

BACA >>> #ApaNakBuat: Ikut 5 Tip Ini Kalau Nak Jaga Tayar Motosikal

PENUTUP

Itu saja proses menukar minyak enjin. Awalnya, anda mungkin rasa kekok sikit, tetapi lama-kelamaan akan jadi lebih mudah dan lancar. Selamat mencuba dan berjaya!

apa nak buat autotainment DIY DIY Tukar Minyak Enjin Motosikal minyak enjin minyak hitam Minyak Pelincir minyak pelincir enjin tip motosikal tukar minyak hitam
Wahid

Artikel Berkaitan

Lepas L8
Autotainment

#TahukahAnda: Bagaimanakah Cara Sebut ‘Lepas’ yang Betul?

23/01/2026
Auto Terkini

Pemandu Mabuk Rempuh Palang Keselamatan Pintu 2 Istana Negara

23/01/2026
Auto Terkini

DENZA Malaysia Rai Ulang Tahun Pertama, Harga D9 Disahkan Kekal Hingga 2026

23/01/2026
Pemegang lesen memandu yang tamat tiga tahun tidak layak mendapat subsidi RON95
Auto Terkini

Tiada Lagi Bukti Perjalanan Luar Negara untuk Lesen Memandu Fizikal, Caj RM20

23/01/2026

14 Comments

  1. Masuda on 17/08/2020 10:35

    Info yg berguna. Masalah kalau tukar kat kedai, cepat sangat bukak minyak masa enjin masih panas. Er, minyak nak buang kat mana?

    Reply
  2. Faezman on 18/08/2020 13:46

    Boleh bg kt bengkel terdekat..ckp je nk buang minyak

    Reply
  3. achey on 23/11/2020 22:03

    nak buat sendiri tak pandai pula..kena gi kedai juga la macam mana pun..elok2 beli nak bagi enjin power last2 lingkup sebab salah buat..nak selamat gi bengkel ja..

    Reply
  4. aida batrisya on 23/11/2020 22:22

    banyak sangat step ni, macam payah ja nak buat sendiri sebab tak yakin. nak senang gi bengkel cakap nak tukar minyak hitam. nak brand apa cakap ja. jangan memain ja tukar sendiri kalau tak pandai.

    Reply
  5. Kiki on 24/11/2020 15:31

    Selalu ada tempat untuk buang minyak tu. Jangan buang merata

    Reply
  6. Achey on 25/11/2020 17:34

    Kalau ada free2 time boleh la buat kat rumah even makan masa sikit. Tapi untuk yang bekerja memang Tak sempat nak buat so hantar ke kedai je terus

    Reply
  7. Aida Batrisya on 25/11/2020 17:57

    Sekarang ramai pakai minyak shell sebab brand ni ramai orang pakai. Jadi hati2 Masa nak beli takut ada yang fake.

    Reply
  8. Kiki on 26/11/2020 15:50

    Kalau Kita bukak sendiri and tukar minyak hitam sendiri, then minyak tu boleh hantar bengkel ke? Dia ada caj Tak?

    Reply
  9. Aida Batrisya on 26/11/2020 16:03

    Tak pastilah kena bayar ke Tak kalau hantar minyak terpakai ke bengkel. Sebab selalunya memang terus tukar kat kedai. Kadang2 bawak minyak hitam sendiri, tinggal suruh abang bengkel tukar je

    Reply
  10. Lala on 27/11/2020 16:56

    Minyak enjin kalau boleh tukar setiap 2 3 bulan sekali. Kalau minyak hitam lambat tukar, kemungkinan untuk enjin tu rosak sangat tinggi. Lagi satu, ni dah ada cara untuk tukar minyak hitam sendiri, jadi semua orang boleh buat kat rumah. Takde alasan Tak sempat ke bengkel dah.

    Reply
  11. Lala on 28/11/2020 13:31

    Banyak yang fake kat pasaran terutama brand2 yang terkenal ni. Memang dorang jual murah so yang Tak tau apa2 akan beli yang murah sebab nak jimat.

    Reply
  12. Aida Batrisya on 28/11/2020 13:33

    Kalau nak beli boleh terus pergi kat dealer or beli direct kat petrol station. Contoh macam shell tu, terus je beli kat sana. Kadang2 murah sikit. Balik boleh terus tukar minyak hitam sendiri

    Reply
  13. Gadis Manis on 28/11/2020 17:59

    Kalo sy, sy anta ja motor ke bengkel bio pomen tlg tukarkan. Tkot plk kalo tersilap buat, tgk mcm senang. At least gi bengkel xdelah risau sbb silap pasang nnt. Jenama minyak pelincir yg tgh trending skrg Shell. Betol ke minyak pelincir Shell ni bagus? Ape kelebihan minyak ni? Mahal ke tak? Boleh tahan lama ke berbanding drpd minyak lain?

    Reply
  14. achey on 01/12/2020 16:50

    aku mmg baru tukar ke shell. tak sampai smggu lg sbb aku nmpk iklan pasal yg shell advance power punya tu.so far okay la,pomen tu bg feedback baik.ramai geng superbike cuba yg ni sbb enjin deposits tu kurang.jd bersih

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/20261
Modenas Spider Ace 115 Tiga Roda
Roda2

Modenas Spider Ace 115: daripada Kapcai Standard Jadi Tiga Roda

By Syafie19/01/20261
Warga asing bawa lori sampah
Auto Terkini

JPJ Tak Halang Warga Asing Bawa Lori Sampah Kalau…

By Syafie21/01/2026
Modenas Z15GT 2026
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Modenas Guna Nama ‘Z15GT’?

By Syafie19/01/2026
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Benarkah Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie19/01/2026
Yamaha NMAX 155 ABS 2025 | Japan
Roda2

Yamaha NMAX 155 ABS 2026 Perkenal Warna Baharu untuk Jepun!

By Abang Hirata20/01/2026
Auto Terkini

Kawasaki Brusky 125 ‘Kembar’ Modenas Karisma 125 Terjual 17,000 Unit di Filipina

By Syafie15/01/2026
Auto Terkini

OMODA & JAECOO Malaysia Belanja Ang Pow Hingga RM18,888, Siap Servis Percuma 5 Tahun!

By Han Othman23/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.