Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Cantikkan Kereta Anda di PECMAN, Hab Auto Kini di Hujung Jari!
Auto Terkini

Cantikkan Kereta Anda di PECMAN, Hab Auto Kini di Hujung Jari!

Han OthmanBy Han Othman15/04/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PERNAH dengar nama PECMAN? Ini bukan permainan arked yang anda pernah main itu, itu PAC-MAN. Sebutannya mungkin sama, tapi ejaan kedua-duanya berbeza.

PECMAN ialah syarikat solusi auto yang menyediakan pelbagai perkhidmatan kenderaan di bawah satu bumbung seperti servis dan baik pulih kulit kerusi kereta, cuci, gilap dan perapian kereta, pemasangan filem cermin gelap, akademi auto dan lain-lain.

TENTANG PECMAN

PECMAN ialah pusat sehenti (one-stop) auto pertama dan satu-satunya yang didigitalkan 100 peratus di Malaysia. Objektif PECMAN adalah mewujudkan platform atau sistem yang pantas dan efisiem bagi meminimumkan kos dan masa diluangkan pemilik untuk mendapatkan servis diperlukan untuk kenderaan mereka.

PECMAN mempunyai misi meluaskan perkhidmatan di setiap bandar Malaysia, termasuk negara jiran  seperti Thailand dan Indonesia.

CORE VALUE

Ada empat nilai teras PECMAN, iaitu:

  • PELANGGAN: Berpeluang mendapat produk tulen dengan servis berkualiti bagus pada harga berpatutan. Pelanggan juga tidak perlu risau memikirkan banyak perkara tentang kereta kerana semuanya dapat dilakukan di PECMAN.
  • PEMASANG: Mudah jadi usahawan. Cuma perlu menghadiri akademi PECMAN yang menyediakan semua latihan dan pada masa sama boleh bekerja dalam masa fleksibel dan di mana saja menerusi platform PECMAN.
  • PENGILANG: Dapat memastikan produk tulen dijual terus kepada pelanggan, sekali gus meminimumkan risiko produk tiruan menerusi platform PECMAN yang menghubungkan pengilang terus kepada pelanggan.
  • PENJUAL: Menjimatkan kos sewaan kerana tidak perlu menyewa ruang kerana lokasi disediakan. Juga tidak perlu menyediakan modal permulaan kerana semua perkakasan dan tenaga kerja disediakan platform PECMAN

APA DITAWARKAN PECMAN?

PECMAN buat masa ini memiliki satu premis beralamat di 2-1 Jalan PJU 5/9 Dataran Sunway, Kota Damansara, Selangor dengan masa operasi setiap hari bermula jam 8 pagi hingga 10 malam.

Apa ditawarkan di premis itu adalah perkhidmatan mencuci, merawat dan merapikan kereta, membalut kerusi kulit serta memasang filem cermin gelap.

Harga servis ditawarkan juga mampu milik bermula serendah RM18, dan turut menawarkan promosi dan pakej mingguan.

BAGAIMANAKAH DAPATKAN PERKHIDMATAN PECMAN?

Mudah saja, anda boleh buat tempahan menerusi aplikasi mobil PECMAN CUSTOMER yang boleh dimuat turun menerusi Google PlayStore atau AppleStore. Anda juga boleh datang terus secara walk-in ke premis di Kota Damansara.

Selain itu, juga disediakan aplikasi PECMAN MASTER kepada mereka yang berminat bekerja dengan PECMAN sebagai kru pemasang (installer).

JENAMA DITAWARKAN PECMAN

Antara jenama ternama ditawarkan PECMAN untuk perkhidmatan ditawarkan ialah:

  • Llumar
  • Pecca
  • KeePer
  • GS27

KELEBIHAN PECMAN

PECMAN memberikan perkhidmatan yang telus, mudah, dan diyakini pada harga menarik. Malah, pelanggan akan dimaklumkan mengenai tempoh masa sesuatu servis yang  dilakukan.

PECMAN juga membuka Akademi PECMAN yang menyediakan latihan kepada pelatih yang berminat menceburi bidang atau kerjaya dalam perapian kereta,  membalut kulit atau PPE (leatherette) dan memasang filem cermin gelap (tinted).

Berikut perkhidmatan ditawarkan PECMAN:

 Cuci Kereta (Car Wash)
  • Keeper Cuci Kereta (Car Wash)
  • Keeper Cegah Air (Water Repellent) 
  • Keeper Cuci Kereta (Ekspres Express Car Wash)
  • Keeper Cuci Kereta Cegah Air Ekspres (Express Water Repellent Car Wash)
Balutan Kulit (Leather Wrap)
Rawatan Kereta (Car Treatment) dan Salutan (Coating)
  • Keeper All Clear Cucian Dalaman (Interior Cleaning)
  • Pecman Cucian Kerusi Fabrik Dalaman (Interior Fabric Seat Cleaning)
  • Pure Keeper Salutan (Coating)
  • White Pure Keeper Salutan (Coating) 
  • Crystal Keeper Salutan Kaca (Glass Coating) 
  • Diamond Keeper Salutan Kaca (Glass Coating)
  • W Diamond Keeper Salutan Kaca (Glass Coating) 
  • Pecman Gilap & Lilin (Polish & Wax)
  • Pecman Lilin (Waxing)
  • Pecman  Gilap Lampu Depan (Headlamp Polish) 
Cermin Gelap (Tint)
  • Llumar R Series Solar
  • Llumar R Security 
  • Llumar TT4 
  • Llumar Top 4 Security
Pakej PPF (Filem Pelindung Cat)
  • Llumar PPF Pakej Lite (Lite Package)
  • Llumar PPF Pakej  Basic (Basic Package)
  • Llumar PPF Pakej Bampar (Bumper Package)
  • Llumar PPF Pakej Depan Penuh (Full Front Package)
  • Llumar PPF Pakej Kereta Penuh (Full Car Package)
PPF Ala Carte
  • Llumar PPF Bampar Depan (front bumper)
  • Llumar PPF Bampar Belakang (rear bumper)
  • Llumar PPF Pintu (door) – 4 unit
  • Llumar PPF Bucu Pintu (door edge) – 4 unit 
  • Llumar PPF Celah Hendal Pintu (door handle insert) – 4 unit
  • Llumar PPF Sil Pintu (door sill) – 4 unit
  • Llumar PPF Fender Depan (front fender) – sepasang
  • Llumar PPF Fender Belakang (rear fender) – sepasang
  • Llumar PPF Lampu Kabus (fog lamp) – sepasang
  • Llumar PPF Bumbung penuh (full roof)
  • Llumar PPF Lampu Depan (headlight) – sepasang
  • Llumar PPF Gril (grille)
  • Llumar PPF Bonet (hood) – penuh
  • Llumar PPF Pilar-A (A-pillar) – sepasang
  • Llumar PPF But (rear trunk)
  • Llumar PPF Lampu Belakang (rear light) – sepasang
  • Llumar PPF Panel Rocker (rocker panel) – sepasang
  • Llumar PPF Cermin Sisi (side mirror) – sepasang
  • Llumar PPF Bampar Depan (front bumper)
  • Llumar PPF Birai But (trunk ledge)
aplikasi mobil Auto Terkini Hab Solusi Auto PECMAN
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

24/07/2026
Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
Auto Terkini

Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

24/07/2026
Auto Terkini

Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

24/07/2026
PHEV

OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

24/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.