Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Bot Laju 1,600hp Rai Kerjasama 11 Tahun Mercedes-AMG dan Cigarette Racing
Autotainment

Bot Laju 1,600hp Rai Kerjasama 11 Tahun Mercedes-AMG dan Cigarette Racing

Han OthmanBy Han Othman18/02/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MERCEDES-AMG dan Cigarette Racing melancarkan model bot laju baharu berkuasa 1,600hp dengan kelajuan maksimum 142kmj sempena meraikan kerjasama kedua-dua syarikat itu buat tahun ke-11.

Bot laju 41 ‘AMG Carbon Edition diperkenalkan di Pameran Bot Antarabangsa Miami (MIBS) yang diilhamkan daripada kereta sport 4-pintu, Mercedes-AMG GT 63 S (gambar bawah).

Selain skema warna luaran sama, 41 ‘AMG Carbon Edition dan Mercedes-AMG GT 63 S turut dibina berasaskan material ringan. Gentian karbon membantu 41 ‘AMG Carbon Edition mengurangkan berat jentera, termasuk merendahkan fokus untuk kawalan pada kelajuan tinggi.

BACA >>> Mercedes-AMG GT R Kini Di Malaysia – Enjin 4.0L V8, 585hp, Harga RM1.7 Juta Sahaja!

Ini membantu menambah baik aspek pengendalian model baharu itu, terutama dalam kelajuan tinggi. Berbanding GT R Performance yang dilancarkan pada 2017, 41 ‘AMG Carbon Edition lebih ringan 250kg menerusi pelbagai material ringan digunakan, terutama gentian karbon.

DIJANA EMPAT ENJIN

Nombor 41 pada nama ialah merujuk kepada panjang keseluruhan bot laju tersebut, iaitu 41 kaki (12.5 meter). Badan bot distrukturkan dalam gaya sandwich dengan dua seksyen teras ‘klamp’ daripada material ringan lain. Struktur ini menawarkan tahap praktikaliti tinggi, dan meningkatkan ketegaran serta pada masa sama mengurangkan berat bot.

Material gentian karbon pada 41 ‘AMG Carbon Edition dapat dilihat pada dek bot, roda stereng, seksyen konvertibel dan bumbung keras @ hardtop. Bot laju ini dikuasakan empat enjin 400R Mercury Racing yang menjana kuasa hingga 1,600hp, manakala kelajuan maksimum mencapai kepantasan 142kmj.

Di atas air, kelajuan dimiliki 41 ‘AMG Carbon Edition agak menakjubkan dengan keupayaan membawa muatan 8 penumpang, manakala jika beroperasi dengan kelajuan kapal layar, bot laju ini mampu memuatkan 20 penumpang.

BACA >>> 3 SUV Mercedes-AMG G-Class Kini di Malaysia – Harga Bermula RM916k

Dihasilkan pasukan rekabentuk Mercedes-Benz, 41 ‘AMG Carbon Edition tampil dengan warna Charcoal Gray (hitam-kelabu) dan aksen merah, yakni skema warna yang dibangunkan khas untuk model AMG GT 4-pintu. Ruang dalaman bot laju ini turut dipengaruhi Mercedes-AMG dengan tona warna luaran.

GALERI
41 'AMG Carbon Edition Auto Terkini Bot Laju Cigarette Racing Kereta Sport Mercedes-AMG
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Der neue elektrische Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+. Exterieur Farbe: Aqua-Mint Uni Interior Polster: ARTICO/Microcut schwarz Energieverbrauch kombiniert: 19,6‒17,4 kWh/100 km | CO₂-Emissionen kombiniert: 0 g/km | CO₂-Klasse: A Die Angaben sind vorläufig. Es liegen bislang weder bestätigte Werte von einer amtlich anerkannten Prüforganisation noch eine EG-Typgenehmigung noch eine Konformitätsbescheinigung mit amtlichen Werten vor. Abweichungen zwischen den Angaben und den amtlichen Werten sind möglich. The new Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ electric. Exterior color: Aqua-mint non-metallic Interior: ARTICO Microcut Black Energy consumption combined: 19.6–17.4 kWh/100 km | Combined CO₂ emissions: 0 g/km | CO₂ class: A The figures are provisional. To date, there are no confirmed figures from an officially recognised testing organisation, nor is there an EC type-approval or a certificate of conformity containing official figures. There may be discrepancies between the figures provided and the official figures.
Auto Terkini

Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV 680hp, 1,759Nm, 0-100km/j 2.7s, Lebih 670km

10/07/2026
Jaecoo J5 EV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Jaecoo J5 EV 2027 Debut di Malaysia – EV Pertama Omoda | Jaecoo dengan Jarak Pandu 402km

09/07/2026
McLaren 788HS 2027
Roda4

Model Penutup Era Supercar, McLaren 788HS 2027 Diperkenal Hanya 200 Unit,

09/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

09/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Toyota Corolla Cross 2027
Roda4

Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

By Abang Hirata04/07/2026
Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

By Abang Hirata06/07/2026
GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
Elektrifikasi

Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

By Han Othman26/06/2026
Geely siar imej acah Geely Preface L90
Auto Terkini

Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

By Han Othman07/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Roda2

Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

By Shazwan Hisam03/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.