• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Kereta
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE

Bot Laju 1,600hp Rai Kerjasama 11 Tahun Mercedes-AMG dan Cigarette Racing

February 18, 2019 By AO Leave a Comment


MERCEDES-AMG dan Cigarette Racing melancarkan model bot laju baharu berkuasa 1,600hp dengan kelajuan maksimum 142kmj sempena meraikan kerjasama kedua-dua syarikat itu buat tahun ke-11.

Bot laju 41 'AMG Carbon Edition diperkenalkan di Pameran Bot Antarabangsa Miami (MIBS) yang diilhamkan daripada kereta sport 4-pintu, Mercedes-AMG GT 63 S (gambar bawah).

Selain skema warna luaran sama, 41 'AMG Carbon Edition dan Mercedes-AMG GT 63 S turut dibina berasaskan material ringan. Gentian karbon membantu 41 'AMG Carbon Edition mengurangkan berat jentera, termasuk merendahkan fokus untuk kawalan pada kelajuan tinggi.

BACA >>> Mercedes-AMG GT R Kini Di Malaysia - Enjin 4.0L V8, 585hp, Harga RM1.7 Juta Sahaja!

Ini membantu menambah baik aspek pengendalian model baharu itu, terutama dalam kelajuan tinggi. Berbanding GT R Performance yang dilancarkan pada 2017, 41 'AMG Carbon Edition lebih ringan 250kg menerusi pelbagai material ringan digunakan, terutama gentian karbon.

DIJANA EMPAT ENJIN

bot-laju-41-AMG-Carbon-Edition-4
bot-laju-41-AMG-Carbon-Edition-8
bot-laju-41-AMG-Carbon-Edition-11
bot-laju-41-AMG-Carbon-Edition-7

Nombor 41 pada nama ialah merujuk kepada panjang keseluruhan bot laju tersebut, iaitu 41 kaki (12.5 meter). Badan bot distrukturkan dalam gaya sandwich dengan dua seksyen teras 'klamp' daripada material ringan lain. Struktur ini menawarkan tahap praktikaliti tinggi, dan meningkatkan ketegaran serta pada masa sama mengurangkan berat bot.

Material gentian karbon pada 41 'AMG Carbon Edition dapat dilihat pada dek bot, roda stereng, seksyen konvertibel dan bumbung keras @ hardtop. Bot laju ini dikuasakan empat enjin 400R Mercury Racing yang menjana kuasa hingga 1,600hp, manakala kelajuan maksimum mencapai kepantasan 142kmj.

Di atas air, kelajuan dimiliki 41 'AMG Carbon Edition agak menakjubkan dengan keupayaan membawa muatan 8 penumpang, manakala jika beroperasi dengan kelajuan kapal layar, bot laju ini mampu memuatkan 20 penumpang.

BACA >>> 3 SUV Mercedes-AMG G-Class Kini di Malaysia - Harga Bermula RM916k

Dihasilkan pasukan rekabentuk Mercedes-Benz, 41 'AMG Carbon Edition tampil dengan warna Charcoal Gray (hitam-kelabu) dan aksen merah, yakni skema warna yang dibangunkan khas untuk model AMG GT 4-pintu. Ruang dalaman bot laju ini turut dipengaruhi Mercedes-AMG dengan tona warna luaran.

GALERI

Filed Under: Autotainment, Roda4 Tagged With: 41 'AMG Carbon Edition, auto terkini, Bot Laju, Cigarette Racing, Kereta Sport, Mercedes-AMG

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • 5 Motosikal Kuasa Tinggi Praktikal dengan Bajet Myvi 2018 (RM45k)5 Motosikal Kuasa Tinggi Praktikal dengan Bajet Myvi 2018 (RM45k)
  • Siapakah Memandai Buat Syarat Lampu Signal Capang? Kerajaankah, Freemasonkah?Siapakah Memandai Buat Syarat Lampu Signal Capang? Kerajaankah, Freemasonkah?
  • Proton Perkenal Model MPV, SUV Baharu Tahun Depan!Proton Perkenal Model MPV, SUV Baharu Tahun Depan!
  • Analisis [Siri 1]: Yamaha NVX 155 Kuning, Berapakah Kedai Motor Buat Untung?Analisis [Siri 1]: Yamaha NVX 155 Kuning, Berapakah Kedai Motor Buat Untung?
  • Bagaimanakah Transmisi Variabel Berterusan (CVT) Bekerja?Bagaimanakah Transmisi Variabel Berterusan (CVT) Bekerja?

PANDU UJI

Proton 1 Tank Adventure [SIRI 2]: Taktikal Lebih Ekstrem, Jimat Macam Kereta Hibrid!

ARTIKEL Siri 1 dulu, kami berkongsi kepada anda, tidak kira model atau … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Grand Carnival 2.2L Turbo Diesel, MPV Paling Sedap di Malaysia?

 PERCAYA atau tidak, Kia Grand Cranival 2.2L Turbo Diesel ini … [Baca Lagi...]

2014 - 2019 © PanduLaju.com.my