Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Boleh Melancong Ke Pulau Langkawi Jika….
Auto Terkini

Boleh Melancong Ke Pulau Langkawi Jika….

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju10/09/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

PELANCONG tempatan dari seluruh negara bakal dibenarkan untuk melawat Pulau Langkawi bermula 16 September 2021 (Hari Malaysia).

Bagaimanapun, ada beberapa syarat yang harus dipatuhi dan dipenuhi sebelum sesi melancong tersebut bermula. Berikut ialah penjelasan mengenainya:

  • Pelancong termasuk mereka dari negeri berstatus Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN) DIBENARKAN melancong jika sudah memenuhi syarat prosedur operasi standard (SOP).
  • Penduduk di kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) adalah TIDAK dibenarkan.
  • Pengunjung perlu memohon kebenaran polis sebelum ke Pulau Langkami dan menunjukkan bukti dokumen seperti tiket penerbangan, tiket feri atau resit hotel.
  • Jika perjalanan darat, anda perlu guna khidmat agensi pelancongan – sekurang-kurangnya perkhidmatan pengangkutan dari destinasi permulaan ke jeti feri dan ke Langkawi.
  • Pelancong yang memulakan perjalanan dari Kedah dan Perlis atau mereka yang menggunakan jalan udara pula TIDAK diwajibkan untuk menggunakan perkhidmatan agensi pelancongan.

SOP ke Langkawi

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Datuk Seri Nancy Shukri menjelaskan SOP yang dikenakan adalah seperti berikut:

  • Terhad kepada individu yang lengkap dua dos vaksin Covid-19.
  • TIADA had umur ditetapkan dan perlindungan insuran serta saringan Covid-19 TIDAK diwajibkan.
  • Bilangan penumpang dalam kenderaan tertakluk kepada kapasiti kenderaan.
  • Pengunjung perlu menyesuaikan dengan waktu perkhidmatan feri ke pulau peranginan dan dibenarkan bermalam di premis penginapan berdaftar di Kedah atau Perlis.
  • Jenis percutian dibenarkan ialah secara harian, bermalam percutian dengan tempahan dan percutian pakej pelancongan melalui syarikat pelancongan berlesen dan berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).
  • Aktiviti gelembung pelancongan Langkawi dibenarkan termasuk:
    • Penginapan di hotel atau inap desa (homestay)
    • Aktiviti pantai, sukan air, snorkeling dan selam skuba
    • Aktiviti pelancongan minat khas dan aktiviti eko geo-kembara
    • Premis hasil seni, budaya dan warisan
    • Taman tema dan pusat hiburan keluarga
    • Lawatan bersifat akademik.

Apa Lagi Yang Perlu Diketahui

  • MOTAC akan memantau pelaksanaan gelembung pelancongan Langkawi dan mendapat maklum balas masyarakat berkait program itu dalam masa dua minggu. 
  • MOTAC menyasarkan 420,000 pengunjung bermula September hingga  Disember 2021.
  • Malindo Air dan Firely tawar potongan RM50 untuk harga tiket penerbangan di bawah program Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) 1.0.
  • Harga promosi Malaysia Airlines dan Air Asia pula masing-masing  bermula RM89 dan RM59 untuk perjalanan sehala.
  • Pelancong boleh menikmati e-baucar bernilai RM50 dan RM100 untuk tempahan tiga hari dua malam di hotel yang mengambil bahagian dalam kempen Jom Cuti-Cuti Malaysia! Experince Malaysia Like Never Before.
  • Ada 10 pakej ditawarkan pelbagai agensi pelancongan dengan tawaran serendah RM202 bagi Pakej Cuti Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan.

BACA >>> Boleh Dine-In di Restoran, Main Golf Jika Lengkap Dos Vaksin di Negeri Fasa Satu PPN
BACA >>> 4 Lokasi SJR Daerah Petaling Masih Aktif, Polis Minta Patuh SOP
BACA >>> Selangor, KL, Putrajaya Masuk Fasa Dua PPN Jumaat Ini, Boleh Rentas Daerah, Negeri

SUMBER: Bernama

Datuk Seri Nancy Shukri Fasa Satu Kedah Menteri Pelancongan MOTAC Pelan Pemulihan Negara (PPN) Pelancongan Kedah Pulau Langkawi Seni dan Budaya
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Ferrari Purosangue Handling Speciale, Pakej Khas Tajamkan Lagi Pengendalian

    30/04/2026
    Auto Terkini

    Jacar Lancar Di Malaysia – Platform Penjagaan Kereta Telus, Tiada Caj Tersembunyi

    29/04/2026
    Auto Terkini

    KTM 450 Rally Replica 2027: Jentera Ala Juara Dakar Kini Ke Garaj Peminat!

    29/04/2026
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz GLC Electric L dan CLA 260 L Lebih Panjang Untuk China

    28/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

    By Shazwan Hisam24/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

    By Shazwan Hisam22/04/2026
    Keeway RKR250 2026
    Roda2

    Sportbike 250cc Keeway RKR250 2026 Masuk Malaysia, Harga RM13,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    Roda2

    Ikon Superbike Dengan Warna Baru dan Edisi Khas – Suzuki Hayabusa 2026

    By Shazwan Hisam23/04/2026
    Roda2

    Morbidelli T252X Masuk Malaysia, 33.5 HP, 20 Nm, Dari RM16,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    Morbidelli F252 2026
    Roda2

    Morbidelli F252 2026 Pencabar Baharu Naked Bike 250cc, Harga RM14,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    MV Agusta F3 R 2026
    Roda2

    MV Agusta F3 R 2026 dengan Pakej Prestasi, Harga Tanpa Kos Tersembunyi

    By Abang Hirata22/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.