Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»BMW Malaysia Lancar Tiga Varian M Sport untuk 320i, 330i dan 330e, Harga Mula RM264k
Roda4

BMW Malaysia Lancar Tiga Varian M Sport untuk 320i, 330i dan 330e, Harga Mula RM264k

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize11/01/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

BMW Malaysia memperkenalkan tiga varian baharu 3 Series paling terkini, iaitu BMW 320i M Sport, BMW 330i M Sport dan BMW 330e M Sport.

Semua model adalah unit pemasangan tempatan (CKD) yang dijual pada harga berikut:

BACA >>> BMW Malaysia Buka Pusat 4S Baharu di Bukit Tinggi
BACA >>> Skuter Elektrik BMW CE 04 (2023) Masuk Malaysia Mac Ini, Harga Anggaran RM60k?

  • BMW 320i M Sport: RM263,600 (RM283,800 dengan pakej lanjutan waranti dan servis)
  • BMW 330i M Sport: RM297,600 (RM317,800 dengan pakej lanjutan waranti dan servis)
  • BMW 330e M Sport: RM278,600 (RM298,800 dengan pakej lanjutan waranti dan servis)

(Harga atas jalan, tidak termasuk insurans)

Berikut perincian BMW 3 Series baharu:

  • Dengan lencana M Sport, varian baharu ini semestinya mengutamakan ciri pengendalian sporty, rekabentuk tersendiri, efisien dan inovatif.
  • Seksyen depan dan belakang direka baharu dengan frem gril ginjal (kidney) baharu lebih garang.
  • Lampu depan LED diperbaharui dengan lampu siang (DRL) bentuk L songsang. Rupa depan diperbaharui dengan corak sarang lebah (honeycomb) khas M Sport.

  • Penampilan sisi BMW 3 Series direka sporty dengan jarak roda panjang, bonet landai dan juga anjur (overhang) singkat.
  • Rim M Sport jejari kembar Style 848 M Bicolour bersaiz 18 inci.  Lencana M turut tertera pada sisi
  • Dua varian petrol (320i dan 330i) dibekalkan suspensi M Sport, manakala BMW 330e M Sport dipasangkan suspensi Adaptive M.
  • Bahagian belakang ada dua paip ekzos unik dengan diameter dinaikkan 100mm untuk gaya lebih sporty, dan turut dipadankan bersama difuser khas.
  • Pakej M Aerodynamics dan M High Gloss Shadowline memberikan penampilan sisi lebih sporty. Kedua-dua pakej datang sebagai asas kepada pakej M Sport.

  • Ruang kabin baharu dan moden menerusi paparan lengkung BMW Curved Display dengan unit infotainmen 12.3 inci dan kluster instrumen 14.9 inci yang disepadukan tanpa bingkai.
  • BMW Curved Display dapat diakses menerusi butang tersedia yang disepadukan bawah ventilator udara dikemas kini pada konsol tengah papan pemuka. Semua model dilengkapi pedal syif untuk mod pemanduan manual.

  • BMW 320i M Sport dijana enjin 4-silinder sebaris berkuasa 184hp (135kW) dan tork 300Nm dengan pecutan 0-100kmj sepantas 7.4 saat, manakala kelajuan maksimum 235kmj.
  • BMW 330i M Sport pula dipacu enjin 4-silinder sebaris berkuasa 258hp (190kW) dan tork 400Nm dengan pecutan 0-100kmj sepantas 5.8 saat, manakala kelajuan maksimum 250kmj.
  • Model hibrid plug-in (PHEV), BMW 330e M Sport memiliki kombinasi kuasa 292hp (215kW) dan tork 420Nm dengan motor elektrik menjana kuasa 109hp (80kW) dan tork 265Nm. Pecutan 0-100kmj sepantas 5.8 saat, manakala  kelajuan tertinggi 230kmj (kelajuan tertinggi elektrik dihadkan pada 140kmj).
  • Semua varian BMW 3 Series baharu ini menggunakan transmisi Steptronic Sport 8-kelajuan.

Ciri standard BMW 3 Series baharu ini adalah:

  • BMW Live Cocpit Professional dikuasakan BMW Operating System 8.
  • BMW Intelligent Personal Assistant.
  • Operasi skrin sentuh menggunakan Control Display.
  • BMW iDrive Controller.
  • Akses kawalan langsung secara sentuhan.
  • Paparan dongak (HUD) BMW Head-Up Display.

Ciri digital standard pula meliputi:

  • Comfort Access
  • Kemas kini perisian Jarak Jauh (OTA)
  • BMW ID
  • Konektiviti telefon pintar Connected Package Professional (Apple CarPlay dan Android Auto).
  • Aplikasi MyBMW membolehkan pemandu mengakses pelbagai fungsi sokongan.

Pemilik BMW 3 Series baharu dapat menikmati Pengalaman Pemilikan Premium dijanjikan BMW Group Malaysia, iaitu:

  • Waranti Tanpa Had Perbatuan 5 Tahun, dan serta Program Servis Berjadual Percuma.
  • Bantuan Jalanan dan Talian Kemalangan BMW.
  • Aplikasi Mudah Alih BMW Group Loyalty+,  Kad Keistimewaan BMW
  • Servis atas talian BMW.

BACA >>> BMW K 1600 B (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Ansuran Bulanan Serendah RM2.1k!
BACA >>> Kilang Baharu BMW di Vietnam Jejaskan Operasi Kilang CKD Malaysia?

2023 BMW 3-Series BMW 320i M Sport BMW 330e M Sport BMW 330i M Sport BMW Malaysia Facelift M Sport Roda4 Sedan
Sharil Tarmize

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Mazda CX-60 dan CX-80 2026 Jepun, Naik Taraf dan Gugur Varian Untuk Mudah Pilih

    19/03/2026
    Volkswagen ID. Cross 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Volkswagen ID. Cross 2027 Tampil Rekabentuk Ringkas, Harga Marhaen

    19/03/2026
    Sukan Permotoran

    dari April Fool ke Litar: BMW M3 Touring 24H Sah Berlumba di 24 Hours of Nürburgring

    18/03/2026
    Lepas Malaysia buat baju raya khas
    Auto Terkini

    Lepas Tampil Strategi Jenama Berteras Komuniti Menjelang Pelancaran Malaysia

    19/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.