Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»BMW Malaysia Buka Pusat 4S Baharu di Bukit Tinggi
Auto Terkini

BMW Malaysia Buka Pusat 4S Baharu di Bukit Tinggi

Han OthmanBy Han Othman29/12/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MENGINJAK tahun ke-10 sebagai wakil pengedar bertauliah BMW di Malaysia, Wheelcorp Premium dan BMW Group Malaysia baru saja melancarkan bilik pameran terbaharu di Bukit Tinggi yang memuatkan pelbagai model baharu daripada portfolio BMW, BMW i, BMW M dan MINI, termasuk BMW Premium Selection buat pelanggan di Klang dan kawasan sekitar seperti Shah Alam, Setia Alam dan Kota Kemuning.

Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Hans de Visser berkata, BMW Group Malaysia menyaksikan segmen premium di kawasan ini bertumbuh pada kadar lebih 20 peratus.

BACA >>> Kilang Baharu BMW di Vietnam Jejaskan Operasi Kilang CKD Malaysia?

Berhubung kenyataan itu, de Visser berkata akan memberi tumpuan kepada rakan kongsi di kawasan berkenaan, Wheelcorp Premium yang berjaya menyerahkan lebih 1,600 unit kenderaan dari cawangan Setia Alam tahun ini.

Wheelcorp Premium tidak asing dengan BMW Group di Malaysia. Diterajui Pengerusi Eksekutif Michael Liew dan Pengarah Urusan Jayden Liew yang kerap kali menempa nama dalam Majlis Anugerah Pengedar tahunan kami atas keupayaan mereka meluaskan keberadaan pusat pengedaran di Lembah Klang dengan kejayaan demi kejayaan saban tahun.”

Pengarah Urusan Wheelcorp Premium, Jayden Liew berkata, sebagai salah sebuah pusat jualan dan servis bertaraf persendirian untuk BMW Group Malaysia selama sedekad, mereka komited menjadikan pengalaman BMW dan MINI tidak tertumpu kepada pembelian semata-mata, tetapi meletakkan kepuasan pelanggan sebagai keutamaan tertinggi.

Ini dibuktikan menerusi rekabentuk bilik pameran baharu dengan pejabat khidmat pelanggan dipindahkan ke tingkat bawah, yang berfungsi sebagai titik sentuh pertama, manakala bilik pameran sendiri terletak di aras pertama dalam bangunan enam tingkat itu.

Kami amat berterima kasih kepada BMW Group Malaysia dan pelanggan setia atas sokongan selama ini, dan kami berhasrat terus berkhidmat buat pelanggan yang bukan saja menerusi kenderaan premium disediakan, tapi juga khidmat selepas jualan kami komprehensif.”

Liew berkata, pusat pengedaran Jualan, Servis, Alat Ganti dan Sistem (4S) Wheelcorp Premium serba baharu hadir dengan kelainan dari segi pengalaman unik bertaraf tinggi.

Pusat 4S Wheelcorp Premium menaik taraf pengalaman pelanggan menerusi:

  • Ruang NEXTGen Luxury
  • OGAWA Relaxation Zone
  • Starbucks di salah satu dua ruang singgah Isetta Bar.

Pusat 4S Wheelcorp Premium Bukit Tinggi disempurnakan dengan fasiliti baik pulih badan dan cat di pusat pengedaran Setia Alam. Pusat pengedaran Bukit Tinggi berkeluasan 170,000 kaki persegi dan dapat memuatkan 20 ruang servis, yang mampu menguruskan 80 janji temu servis setiap hari.

Ruang kerja baharu ini diselarikan dengan servis pandu lalu segera untuk pelanggan yang memerlukan khidmat penyenggaraan dan baik pulih ringkas.

Pelbagai fasiliti kemudahan pelanggan juga disediakan seperti pembaharuan insurans dan perkhidmatan tukar beli selain servis resepsi di kereta (RATC). Juga ada koleksi barangan dan aksesori di seksyen gaya hidup BMW dan MINI.

Pusat 4S itu mempunyai kapasiti mempamerkan:

  • 9 unit kenderaan BMW, termasuk portfolio BMW M dan BMW i
  • 4 unit model MINI
  • 25 unit BMW Premium Selection dan MINI Used Car Next

Fasiliti pengecas pantas arus terus (DC) untuk kenderaan elektrik (EV) juga disediakan berserta akses orang awam menerusi aplikasi ChargEV.

Setakat ini, BMW Group Malaysia membekalkan pemilik EV BMW dan MINI akses di lebih 610 fasiliti pengecasan seluruh negara yang dikuasakan rakan industri seperti JomCharge yang beroperasi sekitar 65 stesen cas, Gentari (117 stesen cas), dan ChargEV (lebih 330 stesen cas), termasuk 26 stesen cas dikuasakan ChargEV bersama Yinson GreenTech di 17 outlet Starbucks sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang, Melaka, dan Johor.

Lebih 80 fasiliti BMW i Charging juga disediakan di banyak pusat pengedaran BMW dan MINI bertauliah seluruh negara, dengan rancangan strategik meluaskan infrastruktur ini pada 2023.

Pusat 4S Wheelcorp Premium Bukit Tinggi beroperasi jam 8:30 pagi hingga 7:00 malam pada Isnin hingga Sabtu, dari jam 10pagi hingga 6 petang pada Ahad di Lot 142646, Jalan Remia 5/KS 07, Ambang Botanik, 41200 Klang Bandar Diraja, Selangor. Sebarang maklumat lanjut boleh layari: bmw-wheelcorppremium.com.my.

BACA >>> BMW 3.0 CSL (2023) – Model Klasik Moden Sempena Rai Dunia Lumba, 50 Unit Sahaja!
BACA >>> Enam Pemilik BMW Cipta Rekod Malaysia MBOR untuk Aksi Terpantas di Sepang

Auto Terkini BMW Group Malaysia Pusat 4S Wheelcorp Premium Wheelcorp Premium
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

BMW M3 40th Anniversary Limited Edition, 40 Unit Termasuk Wagon, Had Laju Naik 280/290 KM/J!

03/05/2026
Auto Terkini

#AutoChina2026: Kenapa Jetour T2 i-DM Ada Livery Alan Walker? Edisi Terhad atau Bukan?

02/05/2026
Auto Terkini

#AutoChina2026: Jetour Bukan Lagi Sekadar Jenama SUV, Kini Sasar ‘Travel Lifestyle Brand’ Global

02/05/2026
HEV

GWM Tank 300 HEV Kini Dibuka untuk Tempahan, Debut di Penang Autoshow 2026

02/05/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

By Shazwan Hisam30/04/2026
Roda4

Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

By Shazwan Hisam24/04/2026
Roda4

Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

By Syafie30/04/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Auto Terkini

Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

By Shazwan Hisam22/04/2026
Roda2

EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

By Shazwan Hisam30/04/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

IONIQ 5 N, IONIQ 6 N Dibuka Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM450k, RM460k

By Syafie02/05/2026
Roda2

Ikon Superbike Dengan Warna Baru dan Edisi Khas – Suzuki Hayabusa 2026

By Shazwan Hisam23/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.