Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»BMW M1000RR yang Lebih Berprestasi Kini di Malaysia! Harga RM249.5K
Roda2

BMW M1000RR yang Lebih Berprestasi Kini di Malaysia! Harga RM249.5K

WahidBy Wahid02/09/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TIDAK dapat dinafikan, S1000RR memang supersport kelas 1000cc yang sangat disukai ramai peminat BMW dan motosikal. Populariti model tersebut dapat dilihat hampir mana-mana saja, terutama di BHP Gombak dan Genting Highlands pada hujung minggu.

BMW Motorrad Malaysia kini memperkenalkan M1000RR. Bagi peminat motosikal BMW, mereka tahu huruf ‘M’ itu sesuatu yang istimewa kerana bermaksud itu adalah model dengan prestasi dan komponen dipertingkat berbanding model standard.

Bukan itu saja,  M1000RR ini juga model homologasi yang melayakkan  ia mengambil bahagian dalam mana-mana kejuaraan lumba motosikal  pengeluaran seperti Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK).

BACA >>> WorldSBK: Bautista ‘Rujuk’ Semula Ducati Musim Depan
BACA >>> BMW S1000R Kini di Malaysia, Harga Mula RM105k
BACA >>> BMW Malaysia Lancar R1250GS, R1250GS Adventure, Harga Mula RM119.5k

Berikut spesifikasi M1000RR:

Enjin
  • Dijana enjin 4-silinder sebaris dengan sistem BMW Shiftcam (VVTL) berkuasa 212hp @ 14,500rpm dan tork 113Nm @ 11,000rpm.
  • Perbezaan 3,500rpm antara tork maksimum dan kuasa maksimum bermaksud enjin model ini memberikan pecutan dan ‘kuasa lajak’ kuat pada revtinggi.
  • Titik merah enjin berada pada 15,100rpm.
  • Had rev setinggi itu memerlukan komponen dalaman enjin yang ringan dan kuat bagi mengurangkan inersia dan geseran.
  • Menggunakan piston tempa Mahle dengan dua gegelang (ring) berbanding piston standed (tiga gegelang).
  • Rod penyambung piston (connecting rod) Pankl dibuat daripada titanium.
  • Kebuk pembakaran diubah suai untuk nisbah mampatan 13.5:1 (lebih baik pakai petrol dengan gred RON tinggi).
  • Liang masukan juga diubah suai untuk edaran gas lebih lancar.
  • Sistem ekzos titanium baharu.
Casis
  • Casis M1000RR juga diubah suai berasaskan pengalaman BMW atas litar.
  • Tinggi paras swingarm boleh diubah.
  • Monoshock belakang Full Floater Pro.
  • Kelenturan frem dioptimumkan, termasuk pembahagian berat casis antara depan dan belakang.
  • Penggunaan sayap aerodinamik M untuk menghasilkan daya tujahan roda depan pada halaju tinggi.
Sistem elektronik
  • Ada mod baharu: Rain, Road, Dynamic, Race, dan Race Pro (tahap 1 hingga 3).
  • Kawalan Traksi Dinamik (DTC) dengan fungsi kawalan wheelie berasaskan unit unjuran inersia (IMU) 6-paksi.
  • Kawalan terotel boleh laras 2-tahap.
  • Kawalan brek enjin 3-tahap dalam mod Race Pro.
  • Disediakan ciri Shift Assistant Pro (fungsi Quick Shifter untuk anjakan gear tanpa menarik tuil klac).
  • Klac jenis antilompat (antihopping clutch).
  • Kawalan Luncur (Launch Control).
  • Kawalan Pengehad Halaju Pit (Pit-Lane Limiter).
  • Kawalan Daki Bukit (Hill Start Control Pro).
  • Panel meter TFT 6.5 inci untuk paparan lebih jelas.
  • Pemuka OBD bagi memasukkan kod untuk mengaktifkan fungsi perakam data M GPS dan masa lap M GPS menggunakan sistem navigasi.
  • Brek jenis M sebagai ciri standard.
  • Rim karbon M.
  • Bateri lithium M.
  • Soket pengecas USB.
  • Penggera dan sistem antikecurian.
Stok dan Harga

M1000RR boleh dibeli dalam hanya satu skema warna, BMW Motorrad Motorsport M Package yang menggabungkan warna Light White (putih), Racing Blue Metallic (biru) dan Racing Red (merah).

Model ini sudah dipamerkan di cawangan BMW Motorrad Malaysia sah sejak 27 Ogos lalu.

Harga atas jalan RM249,500, tidak termasuk insurans. Setiap pembelian dipakejkan bersama waranti tiga tahun dan Program Bantuan jalan tiga tahun, disediakan BMW Motorrad Malaysia. Pemilik boleh juga menikmati manfaat tambahan seperti rangkaian servis seperti Inklusif Minyak Enjin Premium, Inklusif Servis, serta Program Lanjutan Waranti.

Maklumat lanjut mengenai program tersebut boleh didapati di https://www.bmw-motorrad.com.my/en/service/warranty.html.

BMW Motorrad juga menawarkan Pelan Pembiayaan melalui BMW Group Financial Services Malaysia. Melalui pelan ini, anda cuma membayar RM3,040 sebulan selama 4 tahun melalui anggaran “balloon financing” untuk pembiayaan 80 peratus.

BMW BMW M1000RR BMW Motorrad Malaysia roda2 superbike supersport
Wahid

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    BMW iX3 dan ZEEKR 7GT Raih 5 Bintang Ujian Baharu Euro NCAP Yang Lebih Ketat!

    09/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    08/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    08/07/2026
    Nippon Paint Perkenal AI-PPS
    Aksesori

    Nippon Paint Perkenal AI-PPS, Pelindung Cat Jenis Semburan ‘Self-Healing’ Pertama di Malaysia

    07/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.