Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»BMW Intelligent Personal Assistant – Teknologi Teman Memandu yang Boleh Diharap
Autotainment

BMW Intelligent Personal Assistant – Teknologi Teman Memandu yang Boleh Diharap

Han OthmanBy Han Othman07/09/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BMW memperkenalkan teknologi arahan suara pintar, Intelligent Personal Assistent (IPA) baharu menjelang pelancaran Mac depan

Bersedia memberikan respon segera dengan ayat mula ‘Hey BMW’, sistem IPA membolehkan pemandu mengakses fungsi dan maklumat utama kenderaan semudah bercakap. Walaupun nampak sama seperti sistem arahan suara (voice command), tetapi teknologi IPA dapat beroperasi lebih natural.

Menurut BMW, teknologi pembantu peribadi ini akan belajar kecenderungan, tabiat dan lokasi destinasi pemandu seperti tahap suhu penyaman udara yang biasa disetkan dan bilakah anda biasa memandu ke tempat kerja.

BACA >>> 12 Fakta Pantas Perlu Anda Tahu Mengenai BMW 6 Series Gran Turismo – Harga RM450k

Pengguna juga boleh berinteraksi dengan sistem tersebut tanpa menggunakan arahan suara yang rigid. Misalnya menyebut, “Hey BMW, I’m hot” dan kereta secara automatik akan melaraskan sistem penyaman udara supaya lebih sejuk.

ARAHAN TIDAK RIGID

Selain kawalan asas seperti audio dan penyaman udara, IPA juga boleh menjawab soalan seperti “How does the High Beam Assistant work?” dan “Is the oil level okay?”. Pengguna turut boleh bertanya “Hey BMW, I feel tired” yang mana ‘program kesegaran’ akan diaktifkan seperti menyalakan lampu, menguatkan sistem audio dan penyaman udara supaya pemandu rasa lebih segar.

IPA berfungsi sebagai pembantu pemandu yang ideal kerana anda boleh minta dicarikan stesen petrol atau parkir terdekat. Malah boleh juga bacakan e-mel dan menyertai telesidang menggunakan aplikasi Skype

BACA >>> Roadster BMW Z4 Serba Baharu Tunjuk Muka Sebelum Debut Rasmi Bulan Depan

IPA akan dilancarkan Mac depan dengan sokongan 23 bahasa berbeza dan disediakan untuk model yang dilengkapkan BMW Operating System 7.0, seperti X5, Z4 dan 8-Series. Sistem ini juga ditawarkan pada model 3-Series serba baharu sebagai opsyen dengan bantuan servis selama 3 tahun.

Walaupun pelancaran rasmi masih jauh, IPA boleh dinaik taraf semasa ke semasa menerusi kemas kini telefon pintar dan aplikasi Remote Software Upgrade yang siap terbina dalam. Menurut BMW, kemas kini akan datang membolehkan sistem memberikan tip memandu jimat, amaran tekanan tayar dan peringatan janji temu.

autotainment BMW Intelligent Personal Assistent (IPA) IPA Pembantu Personal Pintar (IPA) Sistem Arahan Suara teknologi Voice Command
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Pemeriksaan Kenderaan Sukarela (VVI)
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Lulus MV15 Puspakom Belum Tentu Selamat? Anda Mungkin Kena Buat Pemeriksaan Khas B2

08/06/2026
Roda2

BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT Sempena Ulang Tahun TT ke-115

25/05/2026
Orang ramai di Kuala Lumpur
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Rakyat Malaysia antara Paling Malas Jalan Kaki di Dunia?

21/05/2026
Steinwinter Supercargo 1983
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Steinwinter Supercargo – Lori Futuristik yang Melangkaui Zaman

05/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

By Abang Hirata08/06/2026
Roda4

Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

By Abang Hirata11/06/2026
Roda2

#MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

By Syafie09/06/2026
Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
Roda2

#MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

By Syafie09/06/2026
Roda2

#MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

By Syafie09/06/2026
Auto Terkini

Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

By Han Othman09/06/2026
Roda2

#MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

By Syafie09/06/2026
Roda2

#MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

By Syafie04/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.