• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Roadster BMW Z4 Serba Baharu Tunjuk Muka Sebelum Debut Rasmi Bulan Depan

Roadster BMW Z4 Serba Baharu Tunjuk Muka Sebelum Debut Rasmi Bulan Depan

August 24, 2018 By AO Leave a Comment

FacebookTwitter


SELEPAS tampil sebagai model konsep sempena acara Pebble Beach, tahun lalu, dan terbocor foto daripada seorang pengguna Instagram di China, BMW akhirnya mendedahkan roadster Z4 versi pengeluaran.

BMW Z4 M40i First Edition ini ialah unit terhad dan didatangkan dalam kemasan warna jingga memukau, Frozen Orangge Metallic bersama bumbung lembut boleh buka elektrik.  Bahagian tayar dibalut set rim 19 inci yang tersembunyi brek M Performance dengan aksen hitam berkilat.

Sebagai roadster tulen, Z4 ini cuma menyediakan dua ruang tempat duduk yang dimuatkan selesa dalam kabin teknologi tinggi dengan paparan papan pemuka diperhalusi.

BACA >>> Foto BMW Z4 (2019) Bocor dari China, Rupa Mirip Seakan Model Fiat

bmw-z4-m40i-9
bmw-z4-m40i-5
bmw-z4-m40i-12

Di bawah bonet, tersimpan gah enjin 6 silinder berkuasa 340hp yang mampu melonjakkan jentera ini sepantas 4.6 saat dari 0-100kmj. Sesetengah media menjangka ada lebihan kuasa yang masih belum didedahkan BMW, dan tidak mustahil pembeli ditawarkan opsyen enjin 4 silinder. Sistem transmisi versi ini ialah jenis automatik 8-kelajuan.

Z4 serba baharu turut dibekalkan damper kawalan elektronik dan diferensial kawalan elektronik untuk konvertibel pacuan roda belakang (RWD) ini. Berita baik lain ialah agihan berat jentera secara 50:50 yang pasti menjanjikan keseronokan memandu tahap maksimum kepada bakal pemilik.

Cuma itu perincian didedahkan BMW. Spesifikasi lengkap hanya akan dimaklumkan sempena Pameran Motor Paris, bulan depan, tetapi sekurang-kurangnya kita dapat faham bagaimana pengeluar automotif Jerman itu cuba mengekalkan slogan Z4 sebagai jentera pemanduan muktamad!

GALERI

SUMBER: AutoGuide

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: BMW, roadster, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Model Retro Klasik - Kawasaki W175 Masuk Malaysia?
    Model Retro Klasik - Kawasaki W175 Masuk Malaysia?
  • Lori Gelek Saga Ketika 'U-Turn' di Stesen Minyak
    Lori Gelek Saga Ketika 'U-Turn' di Stesen Minyak
  • #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak
    #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak

PANDU UJI

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Ducati Multistrada V4 S - Sport Tourer Serba Canggih, Lincah dan Berkuasa!

SEGMEN sport-tourer, iaitu motosikal jelajah berkuasa tinggi ialah … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my