Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»HEV»#BIMS2026: Mitsubishi Xpander HEV 2026 Kini dengan ADAS, Harga Mula RM116k di Thailand
HEV

#BIMS2026: Mitsubishi Xpander HEV 2026 Kini dengan ADAS, Harga Mula RM116k di Thailand

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam05/04/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

MITSUBISHI mempamerkan versi terkini kenderaan pelbagai guna (MPV) Mitsubishi Xpander 2026 di Pameran Motor Antarabangsa Bangkok (BIMS) 2026  yang membawa kemas kini minor tetapi cukup signifikan untuk MPV 7-kerusi itu.

Kemas kini tersebut melibatkan model versi hibrid Mitsubishi Xpander HEV dan Mitsubishi Xpander Cross HEV.

Di Thailand, Mitsubishi Xpander HEV ditawarkan pada harga 939,000 baht (RM116,100), manakala harga versi Mitsubishi Cross HEV bermula 969,000 baht (sekitar RM119,810).

Dimensi Kekal Praktikal, Jarak Tinggi Bumi Tinggi

Dari segi saiz, Mitsubishi Xpander 2026 berukuran panjang 4,595mm, lebar 1,750mm dan tinggi 1,750mm, manakala jarak roda 2,775mm.

Jarak tinggi bumi 205mm, kekal menjadi kekuatan Mitsubiushi Xpander, angka yang cukup tinggi untuk sebuah MPV keluarga dan sangat sesuai dengan konisi jalan di Asean.

Trenkuasa HEV: Enjin 1.6L + Motor Elektrik

Sistem hibrid Mitsubishi Xpander menggabungkan enjin 4A92 petrol aspirasi natural (NA) 1.6L yang menghasilkan output kuasa 95hp dan tork 134Nm, serta dipadankan motor elektrik 116hp dan tork 255Nm, yang mendapat tenaga daripada bateri litium-ion 1.1kWj.

Kuasa disalurkan ke roda depan, menjadikan MPV itu lebih fokus kepada kecekapan bahan api dan keselesaan pemanduan harian.

Tujuh Mod Pandu, Ada AYC

Menariknya, Mitsubishi Xpander 2026 turut menawarkan tujuh mod pandu iaitu Normal, Wet, Gravel, Tarmac, Mud, Charge dan EV.

Turut disertakan sistem Kawalan Yaw Aktif  (AYC) yang sebelum ini turut digunakan pada model seperti Mitsubishi Xforce, yang berfungsi membantu kestabilan ketika mengambil selekoh atau memandu di permukaan licin.

ADAS Kini Lebih Lengkap

Mitsubishi Xpander Cross HEV 2026 | BIMS 2026

Bagi model 2026, tambahan paling penting ialah sistem bantuan pemandu lebih moden. Antara ciri utama diberikan ialah Amaran Titik Butan (BSW) dengan Bantuan Tukar Lorong (LCA), Amaran Tukar Lorong (LCW), dan Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA).

Turut tersedia ialah Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC), Kawalan Traksi, Bantuan Mula Daki (HSA), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD), dan enam beg udara.

Kabin Lebih Premium, Skrin 10 Inci

Ruang dalaman menerima kemasan kulit sintetik hitam dengan aksen warna tembaga, untuk fiil lebih premium berbanding model sebelum ini.

Pemandu menerima paparan kluster instrumen digital 8 inci, manakala unit infotainmen skrin sentuh bersaiz 10 inci dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto.

Ruang 7-Kerusi Kekal Fleksibel

Mitsubishi Xpander Cross HEV 2026 | BIMS 2026
Mitsubishi Xpander Cross HEV 2026 | BIMS 2026

Antara kekuatan utama Mitsubishi Xpander masih lagi fleksibiliti ruang. Tempat duduk baris kedua hadir dengan konfigurasi boleh lipat 40:20:40 dan fungsi gelongsor depan – belakang, manakala tempat duduk baris ketiga boleh lipat 50:50 bersama fungsi boleh baring (recline).

Ini menjadikan MPC segmen-B itu sangat praktikal untuk kegunaan keluarga atau membawa muatan lebih besar.

Cas Peranti Lebih Mudah

Bagi kegunaan harian, Mitsubishi Xpander 2026 menyediakan port USB Type-A dan Type-C untuk penumpang baris kedua, selain soket 12V untuk penumpang baris depan dan belakang.

Perincian kecil seperti tempat botol, ruang simpanan bawah lantai dan pemegang cawan untuk penumpang baris ketiga turut dikekalkan.

 

Mitsubishi Xpander Cross HEV 2026 | BIMS 2026
Mitsubishi Xpander Cross HEV 2026 | BIMS 2026
Mitsubishi Xpander Cross HEV 2026 | BIMS 2026
Mitsubishi Xpander Cross HEV 2026 | BIMS 2026
Mitsubishi Xpander Cross HEV 2026 | BIMS 2026
Mitsubishi Xpander Cross HEV 2026 | BIMS 2026
Mitsubishi Xpander Cross HEV 2026 | BIMS 2026
Mitsubishi Xpander Cross HEV 2026 | BIMS 2026
Mitsubishi Xpander Cross HEV 2026 | BIMS 2026
ADAS system Auto Terkini Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) Mitsubishi car Mitsubishi Xpander 2026 Mitsubishi Xpander HEV 2026 MPV segmen B Roda4 sistem keselamatan kereta SUV
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    BMW iX3 dan ZEEKR 7GT Raih 5 Bintang Ujian Baharu Euro NCAP Yang Lebih Ketat!

    09/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    08/07/2026
    Auto Terkini

    Chery x Robert Lewandowski Raikan Demam Bola Sepak, Tempah Kereta Dapat Jersi Edisi Terhad

    08/07/2026
    Roda4

    Bentley Torcal Didedah Sebagai SUV Elektrik Baharu, Debut 23 September Ini

    08/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.