Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»#BIMS2026: Honda e:N2, EV Fastback Kini Di Bangkok, 204 Horsepower, Jarak 530 km
Roda4

#BIMS2026: Honda e:N2, EV Fastback Kini Di Bangkok, 204 Horsepower, Jarak 530 km

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam30/03/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

JENAMA kereta, Honda Thailand, secara rasmi memperkenalkan Honda e:N2 di Bangkok International Motor Show 2026 (BIMS 2026) selepas membuka tempahan awal bulan ini. Model EV baharu itu dipamerkan sebagai SUV fastback elektrik yang lebih premium berbanding e:N1.

Di Thailand, e:N2 ditawarkan dalam satu varian sahaja pada harga 1.429 juta Baht (sekitar RM171,200), menjadikannya 230,000 Baht lebih mahal daripada e:N1. Setiap pembeli menerima pengecas rumah percuma, manakala 100 pelanggan pertama turut menerima skuter elektrik lipat Motocompacto bernilai 65,000 Baht (sekitar RM7,780).

Lebih Besar Daripada e:N1

Honda e:N2 sebenarnya ialah versi rebadge kepada e:NS2 yang dibina oleh Dongfeng Honda di China, dan turut berkongsi identiti dengan model yang bakal memasuki pasaran Jepun.

Dari segi saiz, model ini hadir dengan dimensi 4,788 mm panjang, 1,838 mm lebar dan 1,570 mm tinggi, bersama jarak roda 2,733 mm. Ini menjadikannya lebih besar daripada e:N1, malah lebih besar berbanding pesaing popular seperti BYD Atto 3 dan Proton eMas 7.

Rekaan Fastback Futuristik

Bahagian luaran tampil lebih menonjol berbanding e:N1 dengan garis bumbung fastback, lampu DRL LED berbentuk anak panah serta bar lampu penuh di hadapan yang membentuk grafik huruf “H”. Tema rekaan sama turut diteruskan di belakang.

Ciri premium lain termasuk pemegang pintu depan jenis pop-out, pemegang pintu belakang tersembunyi dan rim aloi dwi-tona 18 inci, menjadikan penampilannya lebih moden dan sporty.

Bateri 68.8 kWh, Jarak 530 km

Honda menggunakan pek bateri CATL NMC 68.8 kWh yang sama seperti e:N1, tetapi talaan pada e:N2 memberikan jarak lebih baik iaitu sehingga 530 km mengikut kitaran NEDC.

Ini sedikit lebih tinggi berbanding e:N1 yang menawarkan 500 km NEDC. Untuk pasaran sebenar, angka ini dijangka masih kompetitif dalam segmen SUV EV bersaiz sederhana.

Kabin Lebih Premium, Lengkap

Masuk ke ruang dalaman, e:N2 tampil dengan susun atur lebih futuristik berbanding e:N1. Ia dilengkapi kluster instrumen digital 9.4 inci, skrin infotainmen 12.8 inci dengan sistem Honda Connect 4.0, serta paparan head-up display 11.5 inci.

Kelengkapan standard turut lengkap, termasuk tempat duduk depan elektronik dengan ventilasi, pendingin hawa dua zon, Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, sistem audio Bose 12 pembesar suara, sunroof, kamera 360 darjah serta tailgate elektronik bebas tangan.

204 Horsepower, Tork 310 Nm

Dari sudut prestasi, e:N2 menggunakan motor elektrik yang sama seperti e:N1, menghasilkan 204 horsepower (150 kW) dan 310 Nm tork.

Kuasa ini disalurkan melalui unit tiga-dalam-satu yang menggabungkan motor, power drive unit dan transmisi, menjanjikan pecutan yang lancar dan responsif untuk pemanduan harian.

Pengecasan, Sistem Keselamatan

Untuk pengecasan, sistem DC CCS2 sehingga 78 kW membolehkan bateri dicas dari 30% ke 80% sekitar 40 minit. Ia juga menyokong pengecasan AC sehingga 6.6 kW.

Dari aspek keselamatan, Honda memberi tujuh beg udara, termasuk beg udara tengah, bersama pakej bantuan pemandu penuh Honda Sensing.

Potensi Masuk Malaysia?

Setakat ini masih tiada petunjuk rasmi bahawa Honda e:N2 akan memasuki pasaran Malaysia. Dengan harga EV CBU yang masih tertakluk kepada lantai harga RM250,000, peluang untuk model ini tiba dalam masa terdekat dilihat agak tipis.

Namun dari sudut spesifikasi dan rekaan, e:N2 jelas menunjukkan hala tuju baharu Honda dalam segmen EV yang lebih moden dan premium.

Honda Honda e:N2 Honda elektrik Honda SUV Honda Thailand SUV EV SUV fastback electric
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    Suzuki e VITARA Rasmi Di Malaysia – EV Pertama Suzuki, Harga Bermula RM188,000

    01/07/2026
    Roda4

    BMW X5 2027 Tampil Dengan Rekaan Neue Klasse, Lima Pilihan Trenkuasa dan Kabin Futuristik

    01/07/2026
    Pandu Uji

    #PanduUji: Lenjan GAC GS3 Emzoom di Sepang, SUV Segmen-B yang Boleh Diajak Bincang

    01/07/2026
    Auto Terkini

    Kia PV5 WAV Mula Khidmat Teksi Mesra Kerusi Roda di Seoul, Pernah Dipamerkan di KLIMS

    30/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda4

    Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

    By Abang Hirata25/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.