Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»#BIMS2023: Thailand Lancar Honda WR-V (2023), Sah Masuk Malaysia Tahun Ini!
Roda4

#BIMS2023: Thailand Lancar Honda WR-V (2023), Sah Masuk Malaysia Tahun Ini!

Han OthmanBy Han Othman21/03/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONDA Malaysia baru-baru ini mendedahkan bakal memperkenalkan empat model, iaitu tiga model serba baharu, dan satu model dipertingkat (facelift) dengan menetapkan sasaran jualan 80,000 unit dan perkongsian pasaran 12.3 peratus.

Salah satu model itu ialah kenderaan utiliti sukan (SUV) kecil yang dijadualkan dilancarkan pada suku ketiga tahun ini. Pengenalan itu juga meletakkan Honda Malaysia sebagai pengeluar massa yang memasuki pasaran SUV kecil.

BACA >>> Honda WR-V (2023) Debut di Indonesia, Bakal Gugat Ativa, X50 Jika ke Malaysia, Harga RM82k!
BACA >>> Berapakah Ansuran Bulanan Pembeli Indonesia Perlu Bayar untuk Honda WR-V (2023)

Walaupun mengunci mulut mengenai model bakal lancar itu, kita sudah dapat meneka model itu ialah Honda WR-V (2023) yang melakukan debut global di negara jiran Indonesia pada November tahun lalu.

Menariknya, kami berpeluang melihat sendiri SUV tersebut di depan mata pada acara Pameran Motor Antarabangsa Bangkok (BIMS) 2023 yang bermula hari ini hingga 2 April depan.

HONDA WR-V (2023) VERSI THAILAND

Jom kita perincikan Honda WR-V (2023) spesifikasi Thailand:

Didatang dalam dua varian, SV dan RS yang dikedua-duanya memiliki spesifikasi sama, iaitu enjin 4-silinder 16-valve 1,498cc DOHC i-VTEC berkuasa 119hp (121ps) @ 6,600rpm  @ dan tork 145Nm @ 4,300rpm dengan transmisi automatik CVT.

Sistem brek mengguna brek cakera di depan dan brek dram di belakang, manakala suspensi jenis strut MacPherson dengan bar stabiliser (depan) dan Torsion Beam bentuk-H (belakang). Kapasiti tangki petrol 35 liter.

Harga jualan 799,000 baht (RM104,380) untuk varian SV dan 869,000 baht (RM113,550) untuk RS.

Ciri lain dimiliki ialah kunci pintar dengan butang tekan mula (push start), unit infotainmen skrin sentuh 7 inci dengan konektiviti Bluetooth, Apple CarPlay dan Android Auto, kluster instumen dengan papara multi-info (MID) TFT 4.2 inci, kamera pandang belakang multisudut, enam pembesar suara (empat untuk SV), dua port USB, Honda CONNECT (RS sahaja), stereng multifungsi.

Ciri keselamatan diberikan ialah enam beg udara SRS (empat untuk SV), Honda LaneWatch (RS sahaja) Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD), Signal Henti Kecemasan (ESS), Bantuan Stabiliti Kenderaan (VSA), Bantuan Daki Bukit (HSA), Kunci Auto Walk Away,  imobiliser, pautan kerusi kana-kanak dan ISOFIX.

Spesifikasi lain yang terdapat pada kedua-dua varian ialah teknologi bantuan pemandu Honda SENSING dengan ciri seperti Sistem Brek Mitigasi Perlanggaran (CMBS),  Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKAS), Mitigasi Tukar Jalan (RDM) dengan Amaran Tukar Lorong (LDW), Lampu Suluh Tinggi Automatik (AHB), Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Sistem Notifikasi Kereta Depan Gerak (LCDN)

Ciri yang membeza dua varian itu ialah RS mendapat pedal syif, rim aloi 17 inci (SV 16 inci), cermin sisi boleh laras dan lipat automatik, lampu kabus depan LED, perehat lengan depan dan belakang (SV depan sahaja).

Berapakah varian yang akan dibawa masuk Honda Malaysia nanti? Bagaimanakah pula dengan harganya nanti?

BACA >>> Honda HR-V (2022) Serba Baharu Kini di Malaysia, Harga Mula RM114,800
BACA >>> Honda HR-V, BR-V (2022) Dapat Lima Bintang dalam Ujian Asean NCAP

Honda Malaysia Honda WR-V (2023) Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Roda4 SUV
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
Auto Terkini

Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

24/07/2026
PHEV

OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

24/07/2026
Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
Roda4

Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

24/07/2026
Denza Z9GT
Kenderaan Elektrik (EV)

Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

23/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.