Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Bikin Auto»#BikinMotor: Mat Motor Jepun Bikin Suzuki Katana Kacuk Yamaha
Bikin Auto

#BikinMotor: Mat Motor Jepun Bikin Suzuki Katana Kacuk Yamaha

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju06/03/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEKALI pandang rupa depan, nampak macam model lama Suzuki Katana. Jika perhatikan bentuk frem dan rupa belakang motosikal ini, mulalah rasa was-was.

Sportbike Jepun ini sebenarnya dibangunkan menggunakan frem daripada model 2-lejang Yamaha RZ250R, hasil kerja kustom pemiliknya yang mahu dikenali sebagai Chibaac.

Chibaac mendakwa dia meluangkan masa bertahun-tahun untuk mengubah suai dan membina jentera kacukan Suzuki-Yamaha ini. Bahagian depan berwajah Katana, dapat dikesan menerusi penggunaan fairing dan tangki minyak yang diubah suai. Lampu depan bersegi dipasangkan sebatang besi nipis melintang, meniru gaya Katana generasi baharu.

BACA >>> Suzuki Katana Icon – Edisi Khas Perancis, Terhad 10 Unit Sahaja

Bahagian belakang pula direka mirip YZF-R6 yang dapat dilihat pada bentuk pelana dan ekor belakang. Chibaac berjaya menggabungkan rekabentuk klasik dan moden pada badan jentera ini.

Fork terbalik (USD) diambil daripada model Itali, Aprilia RS125, termasuk rim dan brek depan, manakala silinder induk (master cyclinder) brek mengekalkan jenama Yamaha.

BACA >>> Suzuki Malaysia Umum Harga Katana dalam Komen Facebook Sahaja, RM84,500

Swingarm belakang dipinjam daripada TZR250( 3MA) dan padankan dengan monoshock Aprilia RSV1000. Rim belakang menggunakan komponen Harley-Davidson Fat Bob saiz 8.00-18.

Bahagian sisi kepala silinder tertera perkataan YPVS (Yamaha Power Valve System), iaitu Sistem Injap Kuasa Yamaha. Trenkuasa ini turut diubah suai. Piston asal RZ250R digantikan jenis sama yang digunakan Honda NSR250R MC21. Pilihan karburator adalah jenis Keihin PJ38 dengan sistem pencucuhan OSR/CDI.

Tambahan lain ialah panel instrumen SP Takekawa yang menggabungkan skrin LCD dan takometer analog. Sistem ekzos kembar pula adalah buatan kustom Chibaac.

BACA >>> Lakaran Bayangan Suzuki Katana 125, Ada Potensi Sportbike 150cc untuk Pasaran Asean?

GALERI

SUMBER: AutoBy | GridOto

bikin motor Chibaac roda2 Suzuki Suzuki Katana Kustom Yamaha RZ250R
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.