• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Suzuki Malaysia Umum Harga Katana dalam Komen Facebook Sahaja, RM84,500

Suzuki Malaysia Umum Harga Katana dalam Komen Facebook Sahaja, RM84,500

May 27, 2019 By Aryon Leave a Comment

FacebookTwitter


SUZUKI Assemblers Malaysia (SAM) pada awal bulan lalu mengumumkan ketibaan Suzuki Katana ke pasaran tempatan. Cuma pada masa itu tidak didedahkan berapa harga sebenar dan bilakah masa sport touring itu boleh dibeli.

Namun SAM sebenarnya dalam diam sudah pun mengumumkan harga Katana untuk pasaran Malaysia kira-kira beberapa minggu lalu, tidak lama selepas pengumuman ketibaan model tersebut. Itupun bukan dalam status rasmi Facebook, tetapi dalam komen dan jawapan balas kepada soalan diajukan pembaca tentang harga motosikal berkenaan. 🤦🏻‍♂️

BACA >>> Suzuki Katana (2019) Kini di Malaysia, Bila Lancar?

Ini bermakna harga rasmi Katana di Malaysia ialah RM84,500, dan model ini juga sudah boleh dilihat secara langsung di bilik pameran Suzuki di Pulau Pinang sejak 26 April lalu lagi.

Namun, membaca komen-komen warga maya mengenai previu Katana di laman web SAM, masing-masing mendesak SAM supaya membawa masuk motosikal sesaran kecil seperti kapcai Belang, dan sportbike GSX-R150 dan GSX-R250 yang mendapat sambutan hangat di negara jiran seperti Indonesia.

Tidak kurang pula mengecam keputusan SAM yang hanya mahu menumpukan kepada pasaran motosikal besar semata-mata sedangkan pasaran kapcai dan sportbike aras mula memang sedang melonjak naik di Malaysia.

Sebagai contoh, segmen super moped, masing-masing pengeluar (Yamaha, Honda, SYM, dan Benelli) sudah menghantar model masing-masing ke pasaran. Mungkin sukar mengatasi Yamaha, tetapi dengan reputasi jenama dimiliki, rasanya tidak sukar untuk  Suzuki merebut kedudukan kedua atau ketiga dari segi angka jualan.

BACA >>> #Videotomotif: Apa Kata Bekas Pelumba MotoGP Ini Selepas Tunggang Uji Suzuki Katana?

SAM TAK ADA DIVISYEN PEMASARAN?


Memang diakui, SAM cukup lemah dalam hal promosi dan pemasaran. Wakil pengedar ini seakan tidak mahu berbelanja langsung untuk hal-hal seperti itu. Mungkin mereka tidak tahu banyak jenama dan pengeluar automotif terkenal dunia membelanjakan hampir suku dan separuh keuntungan mereka hanya untuk urusan pengiklanan dan pemasaran.

Entah-entah SAM sekadar cukup merekrut seorang pelatih  universiti atau lepas SPM sebagai admin Facebook, dan tiada langsung divisyen khas untuk tujuan promosi, pengiklanan dan pemasaran. Hmm...

Apa-apalah SAM, asalkan bahagia...

BACA >>> #BikinMotor: Suzuki Raider Ini Mampu Pecut Lebih 150kmj, Kos Belanja Cecah RM18k!

GALERI
suzuki-katana-malaysia-2019-1
suzuki-katana-malaysia-2019-2
suzuki-katana-malaysia-2019-3
suzuki-katana-malaysia-2019-4
suzuki-katana-malaysia-2019-5
suzuki-katana-malaysia-2019-6
suzuki-katana-malaysia-2019-7
suzuki-katana-malaysia-2019-8
suzuki-katana-malaysia-2019-9
suzuki-katana-malaysia-2019-10
suzuki-katana-malaysia-2019-11

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Harga Suzuki Katana Malaysia, roda2, sport-touring, Suzuki, Suzuki Assemblers Malaysia (SAM), suzuki katana

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kia EV9 (2023), SUV Elektrik Gaya Kotak dengan Tiga Baris Tempat Duduk!
    Kia EV9 (2023), SUV Elektrik Gaya Kotak dengan Tiga Baris Tempat Duduk!
  • Patah Tulang Jari Tangan Kanan, Marquez Terlepas Aksi GP Argentina
    Patah Tulang Jari Tangan Kanan, Marquez Terlepas Aksi GP Argentina
  • Suzuki Jepun Dedah Spesifikasi e-Burgman
    Suzuki Jepun Dedah Spesifikasi e-Burgman
  • Lebuhraya Sungai Besi Jadi Lokasi Pertama Sistem Tol Tanpa Palang
    Lebuhraya Sungai Besi Jadi Lokasi Pertama Sistem Tol Tanpa Palang

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my