Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Bikin Auto»#BikinMotor: K Speed Super Cub – Kapcai 110cc Jadi Café Racer
Bikin Auto

#BikinMotor: K Speed Super Cub – Kapcai 110cc Jadi Café Racer

AryonBy Aryon25/12/20182 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ADAKAH ini sebuah Honda Cub atau sebuah cafe racer?

Apabila sebut tentang Honda Cub, kita mungkin fikir sama ada itu versi baharu (Super Cub) dengan ciri moden dalam rupa retro, ataupun versi original (siri-C) yang dijual lebih 100 juta unit seluruh dunia. Kita mungkin tidak pernah terfikirkan tentang cafe racer yang sporty. Namun, itulah dilakukan tuner Thailand, K-Speed, iaitu mengubah suai sebuah Super Cub menjadi cafe racer berwajah ekstrem.

Modifikasi ini dilakukan K-Speed dengan kerjasama rakan pembina, Storm Aeropart yang bertanggungjawab menghasilkan konsep Super Cub yang sporty.

BACA >>> #BikinMotor: Modifikasi Honda Rebel 300 – Daripada Bobber Moden Kepada Café Racer


Penampilan paling ketara ialah warna coklat di luar kebiasaan warna tradisi Honda, yang biasanya berwarna cerah. Malah, ia juga bukan warna kebiasaan motosikal hari ini, tetapi lebih kepada warna model dua roda era 60-70-an, dan ia tampak sesuai dengan sebuah cafe racer.

Kemasan plastik hitam dan coklat memberikan rupa unik dan sporty, terutama dengan ‘lohong laju’ pada fairing sisi. Belakang motosikal turut mengalami perubahan signifikan yang dipadukan bersama pelana kustom. Kedua-dua roda mendapat penutup rim gentian karbon, dan turut dipasangkan brek cakera berbanding versi asal yang cuma brek dram.

K-Speed Super Cub ini juga dipasangkan swingarm dan suspensi belakang yang panjang. Enjin 109cc standard kekal tidak berubah dengan ekzos Diablo untuk lebih ngauman deruman. Bar hendal, grip, spidometer dan peg kaki baharu melengkapkan transformasi Super Cub ini kepada jentera cafe racer yang betul-betul menarik perhatian.

BACA >>> #BikinMotor: Honda GL400 (1981) Versi Cafe Racer, 100 Peratus Berubah Wajah

Peliknya, laman web K-Speed tidak memaparkan sebarang modifikasi Cub walaupun ubah suai terbaharu ini ialah model keempat. Mungkin tidak sanggup menerima panggilan bertalu-talu yang minta Honda Cub  masing-masing diubah suai.

GALERI

SUMBER: RideApart

bikin motor Honda honda cub honda super cub K Speed Kapcai roda2 Storm Aeropart super cub
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    20/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    22/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    09/06/2026
    Auto Terkini

    Honda Civic Dengan Aksesori Mugen Baharu, Rim FS10, Performance Damper

    09/06/2026

    2 Comments

    1. LightRider on 31/12/2018 22:58

      Aryon, tu bukan “cafe racer” la
      moped yang hanya diubah suai menjadi “sporty moped”.
      Motosikal Cafe Racer bukan Cafe Racer kalau takda “clip on” handlebar.

      Reply
      • AO on 02/01/2019 10:59

        Acah cafe racer ja. Macam streetbike tukar jadi superbike, tetap bukan superbike yang real

        Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    Roda4

    Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

    By Abang Hirata25/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.