Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Bikin Auto»#BikinMotor: Honda GL400 (1981) Versi Cafe Racer, 100 Peratus Berubah Wajah
Bikin Auto

#BikinMotor: Honda GL400 (1981) Versi Cafe Racer, 100 Peratus Berubah Wajah

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju19/04/20183 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


WEDGE Motorcycle tidak asing lagi dalam dunia kustom roda dua di Jepun kerana bengkel dinaungi Takashi Nihira itu sudah banyak kali mendapat penghargaan, baik di peringkat tempatan atau antarabangsa.

Wedge Motorcycle kali ini bermain dengan Honda GL400 menerusi badan café racer. Menurut Nihira, pelanggannya itu ada melihat hasil kustom Honda CB750 di Pameran Mooneyes 2016 sebelum dia memutuskan meminta Wedge Motorcycle menghasilkan café racer berasaskan CB dengan enjin 4-silinder.

“Saya tidak mahu guna formula sama kerana mahukan cabaran baharu dan mahu bereksperimen dengan enjin baharu Honda GL,” kata Nihira.

Resepi utama diperlukan: gaya café racer dan rim jejari, tetapi Takashi masih tidak dapat membayangkan sebuah café racer apabila kali pertama melihat GL400 (1981) itu yang didatangkan dengan aci pacu (drive shaft) dan rim Comstar.

BADAN MOTOR DIROMBAK

Ini bukan proses mudah kerana proses mengubah GL400 menjadi café racer memerlukan banyak pengubahsuaian. Di bahagian depan, Nihita menyambungkan fork dan hab daripada Yamaha SR400 menggunakan stem stereng SR yang diubah suai dan komponenn aluminium aftermarket SR.

Lebih sukar apabila dia mahu mengubah bahagian belakang. Selepas mengkaji, Nihira menemukan jawapan, rupanya GL1000 ialah generasi sama seperti GL400. Berita baiknya, model itu dipasankan rim jejari!

“Mulanya, saya kurang yakin sama ada bahagian hab sesuai atau tidak, saya beli satu set di e-Bay dan cuba.

“Perlu sedikit penyesuaian, tetapi bahagian gear pada hab boleh dimuatkan pada GL400 dan saya berjaya ubah rim asal kepada rim jejari,” kata Nihira . Hasilnya, rim depan didatangkan dengan saiz 18-inci dan 17-inci (belakang) bersama balutan tayar Pirelli Phantom Sportscomp.

BREK JADI ISU

Menariknya, hab Honda GL1000 mengunakan brek cakera berbanding GL400, cuma brek dram. Justeru, brek cakera depan diambil daripada CB550 dengan kaliper Brembo 4-pot, rotor Sunstar dan silinder master Grimeca. Bahagian belakang dipasangkan kaliper Brembo 2-pot.

Nihira turut menghabiskan masa lama menyelesaikan masalah brek dan rim. Dia jelas tidak mahu berkompromi dengan masalah tersebut kerana rim dan brek memberikan impak besar kepada gaya dan pengendalian serta menjadi ruang besar dari siluet sisi.

Keselesaan tunggangan diserahkan kepada fork depan Yamaha SR400, manakala bahagian belakang menggunakan monoshock berbanding dual absorber sebelumnya. Nihira juga sempat menggunakan sistem kantilever (TZ750) atau Ducati Panigale di sisi kiri sahaja, tetapi tidak dapat menahan gerakan dengan betul dan tidak lancar.

SUBFREM BAHARU


Nihira turut merekabentuk subfrem baharu yang memberikan ruang kosong di bawah pelana. Beliau juga menghabsikan banyak masa untuk membangunkan bahagian hanger enjin dan pivot swingarm dengan manik kimpalan tambahan. Kemudian anda akan dapati ekzos kustom keluli tahan karat di bahagian kiri dan kanan ialah berbeza ketinggian kedudukan.

Melengkapkan penampilan GL400, Wedge Motorcycle memilih meter kelajuan Motogadget bersaiz kecil dan set clip-on disepadankan dengan kawalan kustom serta lampu Mooneyes separas tangki dan bahagian belakang. Tangki dibuat mengikut model standard dengan perubahan minimal bagi menonjolkan rupa jentera. Selepas pelbagai kesusahan dihadapi, hasil karya Honda GL400 Cafe Racer itu nyata mengagumkan.

SUMBER: Wedge-Motorcycle.tokyo

GALERI
bikinmotor Boon Siew Honda Cafe racer Honda Honda GL1000 Honda GL400
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.