Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Bikin Auto»#BikinMotor: Honda CBR150R Tema Helmet Alex Marquez
Bikin Auto

#BikinMotor: Honda CBR150R Tema Helmet Alex Marquez

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju26/11/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MANTAP bos… Mulut pasti ternganga melihat aksesori dan komponen yang dipasangkan pada sportbike Honda CBR150R ini. Bukan sedikit duit poket yang perlu dikeluarkan tuan punya motor semata-mata untuk mendapatkan hasil modifikasi seperti dalam gambar di atas.

Kosnya menyamai sebuah Kawasaki Ninja 250!

CBR150R aka K45G itu adalah milik Ageng Wiranaya dari negara seberang. Nampak ringkas, tetapi pemiliknya mahukan sebuah motosikal maskular seperti abang besar. Jadi bahagian roda dipadukan dengan set penuh Yamaha R1 dan tidak ketinggalan monoshock belakang, termasuk rim yang juga diambil daripada superbike perdana Yamaha itu.

BACA >>> Bocor Lakaran Paten Enjin Honda CBR250R dengan Ekzos Dua Mod Mufler

Suspensi depan menggunakan fork terbalik (USD) CBR250RR baharu, manakala brek depan jenis dwi cakera dengan kaliper brek KTC big piston 6-poin. Panel pemuka asalnya mahu menggunakan material karbon kevlar, tetapi proses kerja rumit membuatkan Ageng memilih metod cetakan pindahan air (WTP) saja untuk mendapatkan efek 5D.

Hasilnya, walaupun tekstur cuma WTP, tetapi efek dihasilkan mirip karbon kevlar. Bahagian badan membawa konsep helmet juara Moto2, Alex Marquez. Berikut komponen dan aksesori dipilih Ageng:

  • Set penuh swingarm + monoshock R1
  • Gilap swingarm
  • Set penuh rim R1
  • Fork USD Honda CBR250RR
  • Peg kaki NUI Monster
  • Tabung minyak brek belakang RCB + tabung KTC
  • Brek master KTC big piston
  • Kaliper Brek KTC 4P + hos brek KTC
  • Tayar Battlax S21 (depan 120/70, belakang 190/60)
  • Ekzos Daytona
  • Rim dan badan dengan grafik berus angin aka airbrush
  • Kemasan 5D WTP pada panel pemuka, komponen badan (11 item)

Secara keseluruhan Ageng tidak melakukan modifikasi ekstrem pada rekabentuk asal CBR150R. Ini kerana asas rekaan sudah sedia kacak. Jadi tidak banyak proses kerja diperlukan dan tumpuan diberikan pada bahagian roda melibatkan suspensi, swingarm, brek dan tayar yang setiap satu menggunakan komponen premium.

Difahamkan, pelaburan Ageng itu bernilai Rp50 juta (RM14,816). Hebat!

BACA >>> 10 Fakta Pantas: Honda CBR1000RR-R Fireblade SP Baharu, 215hp, 113Nm!

GALERI

SUMBER: IwanBanaran

bikin motor bikinmotor Honda Honda CBR150R Kawasaki Ninja 250 kustom Modifikasi Yamaha R1
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Sidang Media Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 lancar
    Auto Terkini

    Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 Kembali Lebih Besar, Angkat Tema ‘Summer Festival – Kustom Bergaya’

    16/07/2026
    Auto Terkini

    #BikinAuto: Urban Widetrack Avontur Diubah Dari SUV Jadi Pikap, Defender OCTA Tampil Bergaya dan Mewah

    15/07/2026
    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    20/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    22/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.