Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Volkswagen Beetle Klasik Kembali dengan Kuasa Elektrik?
Roda4

Volkswagen Beetle Klasik Kembali dengan Kuasa Elektrik?

Abang HirataBy Abang Hirata08/09/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


VOLKSWAGEN baru-baru ini mengumumkan penamatan pengeluaran model ikonik Beetle. Walaupun tidak lagi dikeluarkan, Beetle sentiasa berada di hati jutaan peminatnya, terutama sekali model-model klasik.

Adakah Volkswagen bakal mengeluarkan model pengganti? Setakat ini tiada lagi khabar berita melainkan fokus kepada siri kereta elektrik I.D. Apapun, peminat sejati tidak perlu bimbang kerana Beetle klasik sentiasa dibaik pulih dan disimpan sebagai koleksi berharga di serata dunia.

Satu lagi perkembangan mengujakan, Volkswagen Group Components dan eClasssics bekerjasama untuk mengeluarkan Beetle elektrik aka e-Beetle.

BACA >>> Volkswagen Beetle Collector’s Edition – 75 Unit Edisi Khas Selamat Tinggal untuk Malaysia

MODIFIKASI ARAS TINGGI

Volkswagen Group Components ialah pengilang komponen Volkswagen Group, manakala eClassics ialah pakar ubah suai yang bertanggungjawab menukar enjin asal Beetle kepada elektrik. Ini projek modifikasi aras tinggi kerana Volkswagen pun turut terlibat secara rasmi dan model berkenaan akan ditayangkan pada Pameran Motor Antarabangsa Frankfurt (IAA) nanti.

Umum tahu tentang keunikan Beetle klasik yang mana kedudukan enjin terletak di belakang. Dengan kemahiran yang ada, enjin asal digantikan trenkuasa elektrik daripada model baharu Volkswagen e-Up!

Enjin elektrik dan kotak gear satu kelajuan dikeluarkan di kilang Volkswagen Group Components di Kassel, Jerman, manakala komponen sistem bateri dibekalkan dari Brunswick, juga di Jerman. Segala kerja pengubahsuaian dibuat di kilang eClassics di Renningen, dekat Stuttgart.

BACA >>> Volkswagen Up GTI Tiba di UK, Tempahan Dibuka Serendah £13k (RM75k)

Dari segi prestasi, kuasa dibekalkan trenkuasa moden ini ialah 80hp (60kW). Walaupun cuma angka sederhana, tetapi itu sudah sangat menjimatkan kerana tiada bahan api diperlukan e-Beetle. Sistem bateri diletakan di bawah kereta, terdiri 14 modul yang setipa satu berkuasa 2.6kWh. Secara terkumpul, modul bateri litium-ion itu mampu membekalkan tenaga hingga 36.8kWh.

Ini sebenarnya projek rumit kerana prestasi tinggi dan pertambahan berat daripada komponen elektrik memerlukan tambahan kekuatan pada casis dan brek.

BACA >>> Pengeluaran Volkswagen Beetle Ditamatkan, Unit Paling Akhir Dikeluarkan di Mexico

Walaupun berat baharu mencecah 1,280kg, e-Beetle mampu memecut 0-50kmj di bawah 4 saat, manakala kelajuan maksimum 150kmj! Jarak dengan pengecasan penuh pula mampu dipandu sejauh 200km, mencukupi untuk bersiar-siar  atau ke tempat kerja jarak dekat.

Tempoh pengecasan pantas mengambil masa sejam yang membolehkan kereta elektrik inidipandu hingga 150 km. Satu lagi perkembangan menarik, kejayaan e-Beetle ini bakal membuka peluang kepada, model Volkswagen klasik lain untuk diubah suai sama. Terbaharu, ada projek melibatkan model Kombi!

Apabila projek ini ditawarkan kepada pengguna kelas, semestinya Beetle akan terus relevan dalam trend kenderaan elektrik semasa, sekali gus kekal sebagai model ikonik sepanjang zaman yang boleh dinikmati generasi baharu.

BACA >>> Tentang Volkswagen Golf: 45 Tahun daripada Mk1 hingga Mk7, dan 35 Juta Jualan

GALERI
Bikin Kereta e-Classics Roda4 Volkswagen Volkswagen e-Up Volkswagen Group Components VW e-Beetle
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    04/06/2026
    Auto Terkini

    XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’

    04/06/2026
    Toyota GR86 Thunder 2027 | Kredit Joseph Ivan Faller
    Roda4

    Toyota GR86 2027 dengan Kawalan Pemanduan, Kabin dan Keselamatan Dipertingkat

    03/06/2026
    BYD Dolphin Cargo e-Van 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    BYD Dolphin Cargo e-Van 2027 di UK, EV Kompak Jadi Kenderaan Komersil!

    03/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie04/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

    By Syafie29/05/2026
    Aksesori

    #MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

    By Syafie30/05/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata04/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

    By Syafie29/05/2026
    Moto Morini C3 1/2 Sport dan Rumble 350 previu di Malaysia Bike Show (MBS) 2026 yang berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS), Selangor.
    Roda2

    #MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

    By Syafie03/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: KOMINE Lancar Koleksi 2026SS Di MBS, Fokus Keselamatan Penunggang

    By Shazwan Hisam04/06/2026
    Auto Terkini

    XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’

    By Syafie04/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.