Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Bikin Auto»#BikinKereta: Proton Gen2 – The Monster Reborn yang Bukan Biasa-Biasa
Bikin Auto

#BikinKereta: Proton Gen2 – The Monster Reborn yang Bukan Biasa-Biasa

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju16/11/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JIKA anda mengenali pemilik model tempatan ini, pasti anda sedia maklum dengan senarai modifikasi yang dilakukan untuk mencapai standard dimahukan tuan punya kereta. Sekali lagi, Proton Gen2 ini dirombak besar-besaran untuk mendapatkan bukan saja kuasa lebih ummph, tetapi juga badan lebih tegap.

PERKAHWINAN ENJIN 4G93 MIVEC TURBO

Trenkuasa 4G93 dikahwinkan dengan enjin 4G93 Mivec Turbo yang mengambil masa beberapa tahun untuk disiapkan, dan hasil yang diperoleh nyata berbaloi. Blok dan aci engkol milik 4G93 digabungkan dengan kepala silinder 4G92 Mivec, lengkap dengan aci sesondol (camshaft), manakala spring injap daripada jenama JUN.

BACA >>> Proton Putra – Jangan Berani Cabar

Ia kemudiannya diikat menggunakan stad ARP. Manifold ambilan kustom diikat bersama unit badan terotel S90. Bahan api tangki utama disalurkan ke enjin menggunakan pam Walbro 255lph dan dibantu dua pam luar, juga daripada jenama sama bersesaran 400lph.

Ia kemudian disambungkan dengan rel minyak Sard yang turut dilengkapi injektor Clinic 1650cc. Terlalu banyak komponen prestasi digunakan bagi mendapatkan kuasa dimahukan. Kotak gear CM5A D dilengkapi plat klac kembar Competition untuk melancarkan kuasa ke bahagian roda. Bagi memastikan kuasa lebih baik dan terurus, janaan enjin dibantu Microtech LT-10C dan ECU X4 Standalone.

Ketika di jalanan, pengendalian disokong set suspensi jenis absorber boleh laras GAB SS Series HLSH dan pillow ball Jasma boleh laras. Bar strut Ultra Racing melengkapkan sokongan casis, manakala keupayaan membrek jentera kuasa 520hp ini diserahkan kepada rotor CM5A 2-pot  dengan kaliper brek Bendix Metal King Titanium.

BACA >>> Proton Eksport 453 Unit Gen-2 dan Persona ke Jordan

PAPAN PEMUKA GANTI BAHARU

Sudah cukup terpukau dengan kuasa? Nanti dulu, anda pasti terkesima dengan perubahan dilakukan dalam kabin. Papan pemuka digantikan CM5A yang kemudian dipadukan bersama stereng Momo Evo 4, deretan meter Defi Link BF 6-beradik dan Defi Advance ZD selain unit pemasa turbo HKS Type 0 dan meter boost GReddy.

Keselesaan pemanduan disempurnakan kerusi Bride Low Max dengan bahagian pemandu dilengkapkan harnes 4-poin. Kelihatan juga tombol gear Ralliart, pedal Razo Racing dan bar room Ultra Racing di kiri dan kanan kabin. Penampilan luaran pula menampilkan bampar depan Satria Neo R3 yang dikustomkan supaya sepadan dengan sosok badan Gen2.

BACA >>> Proton Satria Jelmaan EVO III – Ada Berani Mahu Lawan!!!

Skirt belakang dan sisi diambil daripada model R3, manakala bonet depan dan spoiler belakang acah R3  dibuat daripada gentian karbon. Lampu depan dan belakang dikekalkan untuk mengukuhkan imej Gen2 sedia ada dan kemudian dipakaikan rim Enkei RPF1 17 inci yang dibalut tayar Nexen N Fera SUR4G.

SPESIFIKASI

PROTON GEN2

MODIFIKASI ENJIN: Garret GT3582R A/R.70, piston tempa Wiseco 82mm, Roda sambungan Duratech (H-Beam), gear pam minyak Duratech Billet, palam pencucuh Denso Iridium IK24, bering King, blok enjin 4G93T CM5A, aci engkol 4G93T CM5A, kepala silinder 4G92 CK4A Mivec, aci sesondol 4G92 CK4A Mivec, spring injap aci sesondol JUN Racing, Denso K20 Ignition Coils, ARP Head Studs, manifold ambilan kustom, badan terotel S90 70mm, injektor Clinic 1650cc, rel minyak Sard, keluli tahan karat Braided Fuel Line dan  Braided Turbo Oil Line, pam minyak luaran Walbro 400lph 2X, pam minyak dalaman Walbro 255lph, Custom Surge Tank dengan keluli tahan karat Braided dengan Duratech Fittings, regulator tekanan minyak Works (Stage 2), kawalan boost Works Mechanical, puli aci Works boleh laras, penutup minyak Works, ekzos manifold ADM Speed Custom Top Mount, injap Tial Q Blow Off (50mm), Turbosmart Wastegate (38mm), paip keluli tahan karat intercooler 3 inci, paip ekzos keluli tahan karat 3 inci, mufler ekzos Skunk2 Megapower 3′, intercooler Greddy Delta Fin, radiator lumba DD Racing, penutup radiator Sard
TRANSMISI: 4G93T CM5A 2WD, klac kembar Evo-8 Racing
SUSPENSI: Absorber TGAB SS Series Hi-Low Soft Hard boleh laras, pillow ball Jasma Upper Mount boleh laras, bar strut Ultra Racing Rear
SISTEM BREK: Kaliper brek 4G93T CM5A 2-Pot dan rotor (depan), pad brek Bendix Metal King Titanium
DALAMAN: Papan pemuka G93T CM5A, stereng Momo EVO 4, Defi Link BF 6-Beradik, Defi Advance ZD, Pivot meter kelajuan V (SML-V), HKS Type-0 Turbo Timer, meter boost Greddy Boost, kotak gera Ralliart, pedal Razo Racing, Kenwood Player (Double Din), kerusi semi bucket Bride Low Max, tali keledar harnes Takata 4-poin, bar Ultra Racing, kemasan pintu Proton Gen-2 CPS
LUARAN: Warna asli Grigio Medio 791 (Ferrari), bampar kustom Proton Satria Neo R3, skirt sisi/belakang Proton Gen 2 R3, bonet depan gentian karbon, spoiler kustom R3, bonet Sparco, lampu depan asal, lampu belakang smoked
RODA & TAYAR: Enkei RPF1 17 PCD 4×114.3 8jj ofset 35 (hitam), tayar Nexen NFera SUR4G 215/45, RAYS Duralumin Lug Nuts, RAYS Valve Stems

Teks: Faizal Shift
Foto: Kenny Yeoh@eosguy

GALERI
bikinkereta Modifikasi Proton Proton Gen2
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Ducati Multistrada V4 Rally DFM
    Bikin Auto

    #BikinAuto: Ducati Multistrada V4 Rally DFM, Kustom dari Kilang Macam Kereta Mewah!

    22/04/2026
    Bikin Auto

    #BikinAuto: Kit BULLDOG STYLE Untuk Honda Super-ONE

    15/04/2026
    Bikin Auto

    #BikinAuto: Honda Integra Type R DC2 Oleh Tolman Engineering, Konsep Standard Kilang!

    13/04/2026
    Bikin Auto

    #BikinAuto: Lamborghini Urus SE Widetrack Urban Automotive Tampil Lebih Garang!

    30/03/2026

    1 Comment

    1. Protonever on 17/11/2018 02:11

      520 hp?!!! Gen 2?!!! 2WD ?!!! Mabelesss!!!

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Honda CBR150R Stealth Edition 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Honda CBR150R Stealth Black Edition 2026, Harga RM13,399

    By Shazwan Hisam17/04/2026
    Roda4

    Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

    By Shazwan Hisam23/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Nissan Sakura 2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

    By Abang Hirata13/04/2026
    Roda2

    Aveta VS115 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!

    By Syafie14/04/2026
    Helmet YOHE lancar di Malaysia
    Aksesori

    YOHE Rasmi Lancar Empat Model Helmet, Harga Mula RM319!

    By Syafie21/04/2026
    Morbidelli F252 2026
    Roda2

    Morbidelli F252 2026 Pencabar Baharu Naked Bike 250cc, Harga RM14,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    Jetour T2 RHD
    Auto Terkini

    Jetour T2 Catat Lebih 4,000 Unit Tempahan di Malaysia

    By Syafie17/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.