Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»#BikinKereta: Hennessey H1000 Cadillac CT5-V Blackwing Bikin Jadi Sedan 1,000hp!
Roda4

#BikinKereta: Hennessey H1000 Cadillac CT5-V Blackwing Bikin Jadi Sedan 1,000hp!

Abang HirataBy Abang Hirata10/08/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BIASANYA Hennessey dari Texas, Amerika Syarikat (AS) mengubah suai pikap dan ada juga model sport seperti Ford Mustang dan Corvette C8. Kali ini Hennessey tampil dengan sedan sport mewah, H1000 CT5-V Blackwing.

CT5-V Blackwing ialah sedan yang sudah sedia hebat dan model pengeluaran Cadillac paling berkuasa pernah dikeluarkan dari kilang dengan enjin 6.2L LT4 (blok kecil) V8 berkuasa 668hp dan tork 893Nm.

Enjin daripada GM itu dipadan bersama transmisi manual 6-kelajuan atau automatik 10-kelajuan, manakala pecutan 0-100kmj hanya perlu 3.5 saat dan kelajuan maksimum 320kmj.

Lebih mengujakan, semua kuasa dan ketangkasan tersebut dihantar ke roda belakang! Sekarang bayangkan pula ubah suai Hennessey menjadikan CT5-V Blackwing berkuasa 1,000hp dan tork 1,309Nm!

Dengan kuasa tinggi dan ciri mewah, Hennessey menggelar model ini sebagai kereta muscle berkuasa yang menyarung tuksedo elegan.

Apa Dilakukan Hennessey?

  • Pemesinan semula (port) kepala silinder.
  • Mempertingkat injap masukan dan ekzos.
  • Menambah baik pengangkat (lifter) dan rod tolak.
  • Naik taraf spring injap dan pemegang (valve springs dan retainers).
  • Naik taraf sistem bahan api tambahan.
  • Aci sesondol (camshaft) buatan khas HPE.
  • Naik taraf penukar haba saiz ekstra besar (oversized).
  • Sistem aruhan udara aliran tinggi.
  • Pengecas lampau aliran tinggi.
  • Pengubah bermangkin aliran tinggi.
  • Intercooler keluli tahan karat jenis panjang.
  • Gasket dan bendalir.
  • Kalibrasi pengurusan enjin HPE (HEMC).

Output 1,000hp dan tork 1,309Nm adalah hasil daripada ujian dyno. Justeru ubah suai dilakukan menambah ketangkasan sedan ini dengan pecutan 0-100kmj menjimatkan masa 1 saat dan pecutan suku batu kepada 10.1 saat.

Sebagai signatur Hennessey, ruang enjin dipasangkan plak khas dengan nombor siri dan lencana Hennessey dan H1000 pada badan kereta.

Pakej naik taraf H1000 didatangkan bersama waranti dua tahun atau perbatuan (40,000km). Pengeluaran Hennessey H1000 Cadillac CT5-V Blackwing bermula Ogos ini.

BACA >>> #BikinKereta: Hennessey VelociRaptoR 6×6 (2023) – Modifikasi Ford F-150 Raptor R Lebih RM2j!
BACA >>> #BikinKereta: Ford F-150 Raptor Jadi Hennessey VelociRaptor 6×6, Harga Lebih RM1.8 Juta! 
BACA >>> #BikinKereta: Hennessey VelociRaptoR 1000 (2023) – Ford F-150 Raptor R Versi Lebih Buas!
BACA >>> Hennessey Venom 1200 Mustang GT500, Ubah Suai Mustang Shelby dengan Kuasa 1,204hp!

 

Bikin Auto Bikin Kereta Cadillac Cadillac CT5-V Blackwing Hennessey Hennessey Cadillac H1000 CT5-V Blackwing Hennessey H1000 CT5-V Blackwing
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Volkswagen ID. Cross 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km dengan Harga Munasabah

    21/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
    Aksesori

    Dunlop Tetapkan Hala Tuju Pertumbuhan Jangka Panjang di Malaysia

    19/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.