Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Bikin Auto»#BikinKereta: Dua Unit Porsche Sentuhan Singer dengan Enjin DLS Turbo Tema Trek, Jalanan
Bikin Auto

#BikinKereta: Dua Unit Porsche Sentuhan Singer dengan Enjin DLS Turbo Tema Trek, Jalanan

Abang HirataBy Abang Hirata22/08/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BARU-baru ini tular di media sosial sebuah Porsche dibaik pulih Singer ditemui di Malaysia. Hasil kerja Singer yang berpangkalan di California, Amerika Syarikat (AS) itu memang hebat.

Contoh terbaharu ialah Porsche 911 reimagined by Singer-DLS Turbo versi Track dan Road yang mampu menitiskan air mata dek kerana kehalusan buatan.

Singer sebelum ini membaik pulih Porsche 911 penyejukan udara. Hasil permintaan pelanggan, Singer mengubah suai siri Dynamics & Lightweighting Study (DLS) (foto atas) dengan menambah pengecas turbo (DLS Turbo).

Dua unit Porsche 911 di bawah ini adalah hasil kerja terbaru Singer dengan kuasa turbo.

Secara am, atau jika berminat mendapatkan khidmat Singer, ada tiga model ditawarkan, iaitu Classic Study, Dynamics and Lightweighting Study dan Turbo Study.

Proses bermula apabila pemilik Porsche 911 (Type 964) menghantar kereta untuk dibaik pulih mengikut cita rasa sendiri. Model itu dikeluarkan antara 1989 dan 1994 yang bermakna usia kereta sport itu dalam lingkungan 30-an.

Kerja membaik pulih memerlukan komponen kereta ditanggalkan hingga tinggal kerangka. Penelitian dibuat pada kerangka sebelum dibersih, diperkuat dan disediakan untuk fasa baik pulih seterusnya.

Baik pulih badan pula melibatkan penggunaan gentian karbon bagi mengurangkan berat dan meningkatkan rigiditi. Perkakasan badan gentian karbon sebenarnya adalah hasil analisis perkomputeran dinamik bendalir (CFD) bagi mengoptimum dinamik.

Liang aruhan udara depan dan pada bonet untuk penyejukan, manakala liang fender belakang dan saluran NACA membantu menyejukkan brek dan pengecas turbo.

Kereta warna Blood Orange dipilih pemilik untuk prestasi trek yang dominan dengan sayap mega dan bahagian atas boleh laras. Bahagian depan dipasang bampar orientasi litar dengan spliter besar.

Tema jingga diteruskan pada ruang kabin Track yang dilengkapi braket belakang juga jingga dengan spoiler ‘tiang gol’ tinggi. Unit Road pula dalam warna Kuning-Emas yang nampak lembut dengan dipasangkan spoiler ‘ekor itik’.

Kedua-dua unit menggunakan bampar depan berbeza. Bahagian belakang selain berbeza spoiler, kedua-duanya berkongsi set fender lebar dan bampar sama.

Bahagian depan Road dan Track juga boleh ditukar ganti mengikut kebebasan pelanggan.

Bahagian kabin sama, model Track menampilkan kerusi sport gentian karbon dengan tempat duduk belakang penuh braket, sekali gus tiada ruang kerusi buat penumpang. Begitu juga model Road.

Bahagian enjin Singer menanggalkan segala komponen, termasuk blok untuk dibaik pulih menggunakan komponen prestasi dan diubahs uai untuk mengoptimum prestasi. Trenkuasa dibaik pulih Singer sekali lagi menunjukkan hasil seni hebat.

Enjin 3.8L dengan pengecas turbo kembar, wastegate elektrik, penyejukan udara kepada air dan kipas janaan elektrik, serta dipadankan transmisi manual 6-kelajuan dalam pacuan roda belakang (RWD).

Pakej trenkuasa baharu ini menghasilkan output kuasa lebih 700hp. Pelanggan juga ditawarkan suspensi orientasi litar dan damper buatan khas dengan fungsi pelarasan kawalan jauh.

Tugas membrek menggunakan khidmat cakera karbon seramik dan kaliper monoblok untuk kegunaan model Road dan Track. Rim ringan 19 inci di depan dan magnesium tempa 20 inci di belakang dengan kunci diferensial, serta dibalut tayar Pilot Sport Cup 2 atau Cup 2R.

BACA >>> #BikinKereta: Porsche 911 Cabriolet reimagined by Singer dengan Kuasa 510hp, Gear Manual
BACA >>> #BikinKereta: Porsche 911 reimagined by Singer yang Direstorasi dengan Turbo Study

Porsche 911 reimagined by Singer – DLS Turbo Track-focused
Porsche 911 reimagined by Singer – DLS Turbo Road-focused
Porsche 911 reimagined by Singer – DLS Turbo

 

 

Porsche 911 Porsche 911 reimagined by Singer – DLS Turbo Singer Singer – DLS Turbo Singer Group
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda N-BOX 2026 – Wajah N-BOX Custom lebih garang!

    19/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    #KLIMS2026: Zeekr 009 Grand – MPV EV Ultra Mewah, Harga Anggaran RM600K

    18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Honda Prelude Baharu Akhirnya Di Malaysia – Casis Type R, Harga RM278,000

    18/06/2026
    Auto Terkini

    Audi A6 allroad 2027, Wagon Versi Lasak Untuk Pelbagai Permukaan Jalan

    17/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.